Bagaimana kita menakrif kehidupan yang biasa atau luar biasa?
Setelah membaca majalah al-Islam Julai 2010, tentang Kemiskinan di India, saya terfikir ada benarnya kata penulis artikel.
Bila kita memandang kehidupan pengemis yang merempat dijalanan sejak lahir lagi, dan seterusnya membina zuriat keturunannya di bawah jambatan serta mewariskan kemiskinan tersebut pada zuriatnya, terbayang sangat kesusahan mereka. Sangat susah hidup mereka!
Tetapi penulis silap, memang dia (pengemis tersebut) tidak pernah tahu tentang erti kesusahan, kerana kehidupannya itu adalah perkara biasa. Kehidupan itu adalah perkara yang normal yang dilalui setiap hari sepanjang hidupnya. Jika terasa lapar itu perkara biasa, jika terasa dahaga itu perkara biasa, jika terasa sakit, itu juga perkara biasa. Tetapi apabila perutnya kenyang, tekaknya puas, badannya sihat dan wangi, itu perkara luar biasa bagi dirinya. - Penulis : Mahathir Yahya
sumber |
Agaknya bila pengemis melihat kehidupan saya, pasti mereka kata saya sangat-sangat senang. Padahal saya merasakan kehidupan saya kehidupan yang biasa sahaja, kerana seluruh hidup saya tidak pernah mengemis seperti mereka .
Beruntungnya saya.
~cikgunormah@klcitizen~
Salam cikgu,
ReplyDeletewalaupun sy bukan dilahirkan dari keluarga yang kaya raya tapi sekurang2 nya sy adik beradik cukup makan dan pakai. alhamdulillah
Salam...
ReplyDeleteKata-kata orang tua dahulu, ‘hinanya besi kerana karat, hinanya manusia kerana kemiskinan’. Agama kita pula berkata, ‘kemiskinan itu membawa kekufuran’. Namun, boleh jadi yang kaya pun boleh membawa kepada kekufuran.
Berikhtiar mencari rezeki itu penting.
alah bisa tegal biasa.....
ReplyDeleteTiba² berderau darah ke kepala..
ReplyDeleteKIta ni dah beruntung..
Entri terbaru chekgu
Selamat Hari Jadi Ke-18 buatku...
begitu juga kita.. yang memandang ke atas lebih lagi..
ReplyDeleteSalam dari Blog Izad,
ReplyDeleteBersyukur dengan apa yg kita ada sekarang :)