Saturday, July 10, 2010

Fikiran Tidak tajam

Karen Armstrong mempertahankan Islam tanpa meletakkan dirinya sebagai seorang Muslimah. Namun, prinsipnya yang menghormati kebenaran, itulah yang menjadi motif untuk beliau bertahan mempertahankan Islam. - Ustaz Hasrizal

Saya teringin sangat membaca karya Karen Armstrong, yang namanya sering disebut-sebut apabila membicarakan isu Islam di dunia Barat. Tidaklah sangat mencari-cari bukunya, tetapi terjumpa sebuah di MPH.


Sekarang sedang menekuni bukunya "A History of God- The 4000 Year Quest of Judaism, Christianity and Islam". Sambil membaca, dok membelek kamus .... bilalah agaknya nak habis ni?

Apa pun, baru di bahagian awal, terasa aura cara fikir seorang penulis yang hebat.

*bila agaknya saya boleh menjadi penulis yang berfikiran tajam dan bernas?*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. salam cikgu,
    cikgu juga mempunyai aura penulisan cikgu yang tersendiri.. saya suka cara penulisan cikgu.. bernas dan memang matang sesuai dengan usia cikgu..

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu,

    Penulisan cikgu simple dan padat, suka saya dibuatnya...bolehlah cikgu hasilkan satu buku

    ReplyDelete
  3. salam..
    Kadangkala kita tak tahu bakat sendiri kecuali mencubanya. Cubalah hasilkan satu buku..sambil2 ambil Phd.

    ReplyDelete
  4. Cikgu...saya nak carilah buku tu bila balik Malaysia nanti. Bila kat sini, terasa kurang ilmu bila org lain berminat/provoke pasal Islam.

    Saya memang suka isu yg cikgu sampaikan. Macam depa kat atas tu cakap simple n padat n menarik. Buat kita berfikir dan byk boleh dijadikan panduan.

    ReplyDelete
  5. Sekarang pun cikgu dah ada ciri-ciri penulis yang tajam daya fikir...melalui entri-entri dalam blog ini.

    ReplyDelete
  6. @cikgu isza

    waalaikummussalam isza

    nanti bila kita jumpa, saya belanja teh tarik ya.. hehehe

    terima kasih

    ReplyDelete
  7. @Abd Razak

    waalaikummussalam razak

    ha... nanti saya belanja razak kopi o ya..
    nak buat buku tu teringin sangat, tapi sekarang ni cuma boleh buat buku 3 lima je la... ( buku hutang)

    ReplyDelete
  8. @Acik

    waalikummussalam acik

    wah ini lagi hebat... master pun tak tentu saya boleh lepas lagi, PhD entahlah acik...

    ReplyDelete
  9. @FairyLilly

    Lilly.. kalau balik Malaysia, bagitaulah..boleh kita shopping buku sama-sama

    ReplyDelete
  10. @ckLah

    saya memang nak menjadi penulis masa kecik2 dulu, sekarang dapat jadi penulis blog pun jadi lah...

    ReplyDelete
  11. saya dah kurang baca buku! beli buku ade le...berangan nak jadi penulis buku...tinggal angan2 aje le - penulis merapu2 di blog

    ReplyDelete
  12. @sonata anak kancil

    sama lah kita sonata
    tapi sonata banyak pengalaman yang boleh dinukil dalam buku nanti bila dah ada masa terluang

    ReplyDelete
  13. fikiran saya tak tajam niiii... sangat merungsingkan.

    menulis di blog pun ikut terlintas saja.

    ReplyDelete
  14. bagus lebih banyak membaca lebih banyak ilmu dapat digali,,
    teruskan cita2 untuk menghasilkan buku sendiri..
    akak pulak menulis kat blog ikut suka hati sendiri saja...isi-isi masa

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.