Friday, July 2, 2010

Tilawah Kebangsaan 2010 dan rasa tidak suka




Tenangkanlah hati anda untuk mendengar firman Allah, yang dibacakan dengan merdu dan menyentuh hati, oleh seorang qari yang membaca sesuai dengan kaedah tajwid dan dengan suara yang menarik, nescaya anda akan sampai kepada keredhaan Allah, muncul ketenangan di dalam jiwa, dan tubuh keyakinan, kesejukan dan kedamaian di dalam hati.
- La Tahzan :Jangan bersedih . Dr Aidh Bin Abdullah  Al - Qarni. Penterjemah Mohd Sofwan Amrullah.

Kali ini Sabah menjadi tuan rumah bagi majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan kali ke 53. Sudah pun bermula dari 29 Jun hingga 3 Julai.

Kalau masa saya kecil dahulu, masa masih belum arif tentang kalendar Hijrah, tanda-tanda dah dekat nak puasa dan nak hari raya ialah siaran majlis Tilawah di TV1. Dulu-dulu di panggil Musabaqah al-Quran. Waktu itu, siaran di televisyen sangat terhad, ada 2 siaran je, jadi bila musim Musabaqah, waktu siaran puncak selepas Berita Utama, tidaklah dapat menonton cerita seperti Bionic Woman ke, Six Million Dollar Man ke... Memang frust habislah. Tak suka sangat.

Sekarang dah tetua ni okaylah juga. Walau pun belum lah sampai ke tahap menunggu siaran seperti menunggu drama bersiri Winter Sonata, Nur Kasih atau yang sepertinya, tetapi tidaklah ada rasa tak suka dalam hati seperti dulu.

Qari sekarang pun hensem juga, seperti Johan Menunggu di bawah. Tinggi betul songkoknya... aishh sempat juga nak mengata ya.






*kenapa dipanggil johan menunggu ya?*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. Salam :)

    Majlis tilawah al-Qur'an... bermakna majlis bacaan/membaca al-Qur'an. Musabaqah al-Qur'an pula bermaksud pertandingan al-Qur'an...

    sekadar berkongsi pengetahuan :)

    ReplyDelete
  2. hahahaha...biasa la tu...mungkin berlaku kpd semua org~

    Latest post:Berapakah nilai cinta manusia?

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Ermm..johan menunggu..tahun lepas dia johan erk!!
    Kalau tak silap dia tu orang sarawak ni kan! Asalnya dari bintulu...

    ReplyDelete
  4. cik gu..masa mendengar pun akak heran juga..kenapa dia kata johan menunggu..
    akak sekarang ni pun..suka sangat mendengar tilawah ni..siap tunggu dan nak tengok..ayat yang dipaparkan tu..seiring dengan bacaan..bolih juga tau kan...

    ReplyDelete
  5. salam cikgu...

    biasaler , umur2 kita ni apa lagi siaran yg sesuai, itu jer le ,takkan nk tengok kartun plak , he he he

    ReplyDelete
  6. pernah saye mengikuti kursus alquran..

    kate tenaga pengajar ..

    antara sbb kite buat majlis tilawah alquran,
    adelah sbb kite nak mencarik bacaan yg terdekat dgn care bacaan rasullulah.
    di adili dgn ahlih2 alquran dari negara2 lain,
    sape yg menang.. bermakna care bacaan nye adalah menepati care2 bacaan zaman rasulullah.

    bile mengetahui hukum2 tajwid, memang sedap kite menghayati bacaan bile d paparkan ayat tu kt screen, begitu sempurna depa tekankan kt tempat2 yg harus d bagi tumpuan

    ReplyDelete
  7. Johan menunggu adalah johan tahun lepas.. dia adalah salah seorang dari peserta.. tapi bola tak de pulak johan menunggu yek

    ReplyDelete
  8. ye la..napa tak ubah penyandang johan ke? bekas johan ke?? ape yang dia nak tunggunya..klu dia tak join tahun nie punya, masih dikata menunggu ke????

    ReplyDelete
  9. @Ros Illiyyuun

    terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  10. @iqbalsyarie

    saya ingat saya je tak suka dulu2 tu

    ReplyDelete
  11. @kak Erna

    bagus til kak erna..
    moga saya pun seghairah akak..

    ReplyDelete
  12. @aby

    mesti aby terror bab tajwid ni kan

    ReplyDelete
  13. @sahromnasrudin

    wallahualam...
    cuma istilah je , kan, tak pelah nak menunggu pun tak pe

    ReplyDelete
  14. errmm..ada NKRA suda ka..sejak 'pertandingan' membaca quran di adakan 30+++ tahun lampau, amalan dan pematuhan kpd perintah dlm quran meningkat begitu tinggi sekali ???!..kadar 'buang' bayi smakin menurun sbb rakyat sudah faham betapa quran menjelaskan hukuman berat kpd pesalah jenayah seksual????..isteri PM sudah faham menutup aurat ???

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.