Awal mengajar dahulu, mengajar di sekolah lelaki sahaja, yang mana majoriti pelajarnya berbangsa Cina dan India. Memang waktu muda, perasaan marah senang sahaja terbetik. Marah dengan sikap pelajar terutamanya dalam kelas, dan saya akan terjerit-jerit, memarahi pelajar yang tidak kena tingkahnya di mata saya.
Kekadang akibat terlalu marah, tiada kata yang boleh diucapkan, hanya air mata yang terkeluar. Bukan air mata memohon simpati, tetapi air mata geram dengan diri kerana tidak berjaya melampiaskan marah yang terbuku di dada.
Sekarang ini pun, masih ada perasaan marah tersebut terhadap pelajar-pelajar yang juga tingkahnya tidak kena di mata saya.
Geram.
Masih tersarang lagi, kerana baru sahaja habis kelas di waktu akhir lewat tengahari tadi. Namun, saya memuji diri sendiri kerana tidak seperti dahulu, marah saya masih membolehkan saya berfikiran rasional. Kerapnya, tingkah pelajar lelaki yang selalu membebankan perasaan saya. Ah... kalau anak sendiri sudah lama saya tarik telinga dan cubit-cubit perutnya melampiaskan rasa marah saya.
Tetapi saya hanya bisa berleter. Itupun leteran yang keluar dalam keadaan malas berbicara. Itulah saya sekarang ini. Kalau sudah geram, saya jadi malas bercakap.
Dari ekor mata pelajar perempuan, nampak seperti mereka faham dan memohon maaf semasa bersalaman. Yang pelajar lelaki ni....heee, entahlah. Perkara kecil tetapi menggeramkan. Asyik...nak bermain saja dalam fikiran.
*Sabar, sabar...Tarik nafas panjang-panjang, tahan...1,2,3..ha...lepas perlahan-lahan, ya tarik lagi , tahan, lepas... Ok?...Gi makan goreng pisang panas tu ya...*
~cikgunormah@klcitizen~
salam cikgu..sabar separuh dr iman...
ReplyDeletep/s: cikgu, betul ke sm teknik nak patah balik ke sm vocay???
Salam sdr.
ReplyDeleteLapias marah, dulu masa muda-muda batang pisang yang menerima padah. Kekadang terus patah sembah bumi kena penyepak dan penumbuk!
tingat sekolah rendah dulu..
ReplyDeletepernah kena cubit perut dgn ustazah...
kui3..
masa muda semua membara..
ReplyDeletepengalaman mematangkan kita kan cikgu..
memang terasa hati kalau dengan pelajar menengah,
pelajar sekolah rendah boleh tahan lagi..
pernah ajar sekolah yang sama seperti cikgu..
amat memahami..
dah lama tak makan pisang goreng panas..
suka yang lembik2..
yang jual asyik keras jer..
salam. darah muda.. cepat naik darah. tapi bila dah berumur dan berfikiran tambah rasional.. takde gunanya marah. baik makan goreng pisang macam yang cikgu normah cakap hehe..
ReplyDeletesaya tgh marah.tadi lupa tutup lampu kereta..sekarang sapa nak tolng tolakkan..
ReplyDeletemarah diri sendiri
Betul tu cikgu. Kalau asyik marah aje lama2 kita yg kena sakit jantung. Pelajar2 yg degil tu mcm tu juga - tak berubah.
ReplyDeleteKat mana beli goreng pisang tu?
akak pun tak suka marah-marah sekarang ni, cakap sekali saja kalau dah tak dengar terus diam...
ReplyDeletemakin byk bebel makin bebudak tu tak mendengar makin hati kita panas..
masa muda mmg cepat nak marah,tapi bila usia makin meningkat, otomatik perasaan marah tu boleh dikawal...
ReplyDeleteSalam kak :)
ReplyDeleteTak boleh cubit langsung ke diorang tu...cubit tanda sayang, bukannya sampai bengkak :)
bawak bawak banyak bersabar..
ReplyDeleteKalau masa marah tu berdiri...tarik nafas panjang-panjang dan duduklah di atas bangku... kalau masih marah...duduk di atas lantai.... kalau masih marah lagi....guling-guling le kat lantai tu...he..he...he..
ReplyDeletecik gu..mari makan cekodok pisang panas..b
ReplyDeleteiar sejok hati cik gu..
@kak Erna
ReplyDeletebestnya cekodok pisang...
@mus99
ReplyDeletenak gulin2 tu yang tak sanggupg
@endiem
ReplyDeletedah banyak bersabar ni endiem...
@Ros Illiyyuun
ReplyDeletekalau dah geram sangat cubit jugak...
tapi dah lama tak mencubit ni
@hai
ReplyDeletedah makin tua, dah tak kuasa dah
@ibuintan
ReplyDeletebetul tu ibuintan, samalah kita
@Yunus Badawi
ReplyDeleteyalah... tak marah, geram lah pulak..
goreng pisang kat gerai berdekatan sekolah
@- jinggo -
ReplyDeletemm... ni memang tak boleh nak marahkan sesapalah ni
@kakpah
ReplyDeleteyalah kak pah
duduk senyap2 makan goreng pisang , lagi best
@cikgu isza
ReplyDeletesaya pun suka goreng pisang yang lembik2 isza
@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr
ReplyDeletemesti banyak bercakap ni masa ustazah mengajar ya?
@mountdweller
ReplyDeletekesian pokok pisang yang tak berdosa tu ya
@sahromnasrudin
ReplyDeleteya, dengar2 nya macam tu lah... kembali ke vokasional
Aslmkm Cikgu.
ReplyDeleteKak G kena tengok kamus dulu apa makna 'melampias' tu! Lepas tu senyum sendiri. :)
Kak G semasa mengajar sandaran dulu (tunggu result HSC & cuti 1st year), tak pernah pun rasa marah, asyik enjoy jer .. budak2 suker ler ... tu pasal tak jadi guru!
Sabar banyak-banyak cikgu, insyaAllah banyak faedahnya.
ReplyDelete