Monday, July 12, 2010

Carikan jodoh

"Dia nak buat cara Islamik," beritahu kakak yang berjiran di hadapan rumah saya  tentang anak perempuannya. Anak perempuannya itu baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan sudah pun bekerja.

Agaknya melihatkan muka saya 'blur' tentang pernyataannya itu, beliau menyambung bicara.

"Tulah, si angah tu mintak akak carikan suami untuk dia. Dia nak kahwin dah, tapi tak nak bercinta-cinta macam orang lain. Nak buat Islamik, nakkan emaknya carikan... Manalah akak nak carikan, ya, cikgu. Budak-budak sekarang ni, semuanya dah berkawan-kawan sejak belajar lagi, kan."

Nampak resah juga wajah kakak ini. Kalau saya di tempatnya juga, pasti saya pun resah memikir bagai mana hendak menunai kehendak si anak. Kalau setakat nak beli crayon 46 batang nak bawak ke sekolah tak apalah, ini nak suruh mencarikan pasangan hidup untuk si anak. Memang payah.

Lain pula kisah Acik. Emak Acik sudah berjumpa pemuda yang berkenan di hatinya semasa mengerjakan umrah baru ini. Apabila dinyatakan secara berkias pada Acik, Acik hanya membulatkan matanya yang sedia bulat sambil tersenyum tanda tidak setuju. Ha... pasti Acik sudah ada calon sendiri yang berkenan di hatinya.

Acik dan anak kakak tadi keduanya jenis anak dara yang punya ciri solehah di mata saya. Keduanya manis, mendengar kata, bukan yang jenis keluar tak tentu hala... Tapi masing-masing punya idea dan cara sendiri dalam menentukan jalan hidup memilih pasangan. Permintaan anak kakak tadi yang saya kira begitu jujur sangat benar dan tepat. Tetapi hendak merealisasikannya payah juga. Bagai mana pun saya kira segala yang baik dalam hidup ini bukankah bermula dengan kepayahan?

Acik pun tidak salah dalam tindakan, ingin membuat pilihan sendiri  menunjukkan beliau matang dalam tindakan. Mengenal karakter dan peribadinya saya yakin pilihan Acik tepat juga kerana ciri solehah pada diri Acik . (Cari yang badan gempal ya Acik... kerana saya selalu lihat pemuda berbadan gempal, baik hatinya...hehehe, yang kurus seperti Iqbal dan Zharif jangan marah ya)

Apa pun, kepada yang di luar sana yang masih mencari-cari pasangan hidup, doa saya mengiringi kalian. Moga dipermudahkan dan dikurniakan pasangan yang soleh serta solehah. Pastikan permulaan perjalanan dalam keadaan benar supaya langkah seterusnya tidak tercemar.

*salam hari Isnin...kenapalah muka masam mencuka, senyum-senyumlah, walau Isnin datang bersama serabut dan ribut*

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. d kata jodoh pertemuan di tangan tuhan,

    meaning, sorok mcm mane pun klu sudah datang izin pasti datang pasangannye ..
    expose mcm mane pun klu blm datang izin ...
    pasti masih sendiri juge

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Dalam rumahtangga tidak ada pengawal peribadi yang mengawal seseorang sebagaimana kawalan di jalan raya. Kepatuhan kepada Allah sahaja yang dapat mengawal tindak tanduk manusia. Di sini jelas kepada kita agama memainkan peranan penting dalam kehidupan insan. Tanpa agama manusia akan sengsara walaupun mereka hidup dalam mahligai emas dan perak. Ia adalah perkara utama yang mesti diberi perhatian dalam membangun kehidupan sesebuah keluarga.

    ReplyDelete
  3. sukar mencari, dua situasi yang berbeza semoga dua-dua mendapat suami yang boleh menjadi ketua dan pemimpin keluarga yang boleh memimpin keluarganya dengan iman dan kasih sayangnya

    ReplyDelete
  4. Salam & gud morning cikgu! ^^

    Mmg betul jodoh di tangan Allah swt, tp berdoalah dahulu utk 'kehadirannya'. Lepas tu baru usaha mencari..dan tawakal :)

    p/s: betul kan iqbal? doa dulu..hmm.. ^^

    ReplyDelete
  5. salamm...kalau dh jodoh tak kemana..itu pasti..

    ReplyDelete
  6. Salam kak mah...

    Calun sendiri atau yang dicarikan itu semua jodoh yang telah ditentukan ye tak kak.......

    ReplyDelete
  7. Salam...

    tapi janganlah kite mengacau 'jodoh' orang kan...x baik..runtuhkan rumahtangga org...walaupun kite x bahagia..janganlah kite mengganggu kehidupan org lain...walaupun kite x bahagia dengan pasangan kite atau kpd org yang tidak berpasangan lagi.. W/pun lelaki boleh sampai 4..xkan yg perempuan pun nk jugak kan... so aper yg ada dengan kite sekarang itulah jodoh kite..dan yg maner x jumper jodoh lagi..insyaallah akan datang juga walaupun lambat.

    ReplyDelete
  8. @Lynn Nasir

    iqbal juga kena sasarannya ya...
    saya tahu setiap malam iqbal berdoa dapatkan isteri comel dan solehah

    ReplyDelete
  9. @atie

    ya... cuma kena mencarilah sebab tak tau siapa yang ditakdirkan tu

    ReplyDelete
  10. @mamaolala66

    blog mamaolala sunyi tanpa cerita ya...
    berceritalah, pasti banyak yang boleh dikongsikan

    kedua anak manis dalam cerita saya tu, insyaAllah tidaklah mengacau sesiapa...
    dan didoakan rumahtangga semua yang berkunjung ke sini termasuk r/tangga mamaolala bahagia, tiada yang mengganggu

    ReplyDelete
  11. Uhuuuu.. saya pun masih mencari.. ada yang baik hati nak tolong carikan? :D

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.