Thursday, July 22, 2010

pelaburan masa depan

Balik suami dari tugasan di luar, saya mengajak beliau dan anak minum petang bersama di restoran mamak. Restoran ini baru dinaiktaraf dan telah bertukar pengurusan. Di bahagian atas restoran, ada beberapa buah pusat tuisyen yang agak terkenal di kawasan saya.

Ramai pelajar-pelajar yang turut minum petang seperti saya, di restoran tersebut. Ada yang sekadar minum dan berborak, tetapi ramai juga yang memesan makanan berat sementara menunggu waktu kelas bermula.

"Ish...rimas," spontan keluar kata-kata dari mulut suami.

Saya perhati keliling. 

"Biasalah ...." jawab saya.

Sudah biasa dengan kerenah pelajar, menjadikan saya boleh tidak mempedulikan kehadiran mereka. Saya boleh 'tune off' kalau saya mahu untuk tidak ambil kisah dengan perlakuan mereka.

Sana sini, ada saja kelihatan anak muda dalam usia kelas menengah ini merokok semahu mungkin. Berkepul asap memenuhi restoran. Yang perempuan bergaya habis dengan lagak seolah mahu menonton wayang gambar, bukannya hendak masuk ke kelas menelaah pelajaran. Yang sibuk dengan handphone nya, tidak sudah-sudah bermain mesej dengan entah siapa, itu cerita lain pula.

Belajar ke tidak dalam kelas tuisyen...entahlah.  Pengalaman  saya di usia muda menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen sebegini , selalunya hanya segelintir sahaja yang memang datang mahu belajar. Kebanyakannya hanya menghabiskan masa berjumpa rakan dan mengambil peluang untuk keluar rumah. 

Ramai juga anak murid di sekolah yang bertuisyen ke sana sini, tetapi tidak juga menunjukkan keputusan cemerlang dalam pelajarannya. Kasihan emak dan ayah yang mengeluar duit beratus ringgit, mengharap anak untuk cemerlang. 

*tak apalah cikgu, habis beratus tak apa, ini kan pelaburan masa depan.... *

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. kalau untung takpe, kalau rugi besar?

    ReplyDelete
  2. pelaburan perlu ada pengawasannya juga kan cikgu.. bukan dah labur lepas tangan..

    ReplyDelete
  3. Salam:)

    Semmgnya ada yang tidak menggunakan sepenuhnya peluang yang ada di depan mata sebaliknya...mencari keseronokan yang bakal mengundang penyesalan di kemudian hari..:(

    ......memang menggeleng kepala lihat gelagat segelintir remaja masa kini...aduhaii..

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Kalau nak melabur pun kena pantau juga....seperti melabur di papan utama KLSE, pelaburnya sering memantau sahamnya yang turun naik.

    Dewasa ini semua orang mengeluh melihat gelagat remaja masa kini...

    ReplyDelete
  5. suruh belajar kemahiran lg bagus pd yg dh tak minat blajor nie huhuhuhuh

    ReplyDelete
  6. memang ramai pelajar suka ambil tusyen di luar..mcm dah jadi trend..tak yakin dengan cikgu sekolah kot..

    ReplyDelete
  7. waaa..sama la kita ek..cuma sy full time cikgu tusyen..r u a school teacher too? area mana ye? boleh kenal2..add me kat FB boleh? kasha159@yahoo.com tq

    ReplyDelete
  8. demi pelaburan anak-anak, ibu dan bapa sanggup berkorban tanpa mengira balasannya...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.