Kalau ikutkan hati, hendak saja mengadap komputer dan berblogwalking. Membaca blog rakan-rakan sebenarnya merupakan aktiviti yang menarik, kerana membaca penulisan di blog ibarat membaca isi hati dan pemikiran penulis. Membaca penulisan dan isi hati penulis blog seolah menelusuri ruang fikirnya dan kekadang boleh mencetus idea dan muhasabah pada diri sendiri.
Itulah yang menariknya.
Tetapi bukan semua yang menarik itu patut dibuat. Kehidupan realiti sebenarnya perlu dilunaskan dahulu berbanding kehidupan maya. Akibatnya, masa untuk berinteraksi dan berblog agak terbatas.
Secara puratanya, saya sempat berblogwalking dalam 10-15 blog sahaja dalam sehari. Sekadar menitip hai, salam singgah, nice post, nice blog... itu bukan cara saya. Saya akan membaca apa yang tertulis dan biasanya saya akan meninggalkan jejak yang sepadan dengan entri, jika sudah lama tidak menjengah ke blog tersebut, biasanya saya akan mengambil masa yang lebih lama di situ, membaca 2 atau 3 entri terdahulu hinggalah entri terbaru. Itu pun memang memakan masa.
Kerana itu agaknya trafik ke blog saya, tidak mencanak naik seperti blog mereka yang rajin berblowalking. Ada yang menjalankan misi 100 blog sehari... Kagum sungguh saya. Tetapi memang tidak terbuatlah saya rasanya.
Jadi, kalau ada rakan blog yang merasakan saya sudah seolah melupakan mereka... saya minta maaf. Ada masanya nanti saya akan menyinggah. Janganlah marah dan merajuk ya. Kalau merajuk, saya memang tak pandai nak pujuk.
Itulah sahaja leteran saya untuk hari Khamis ini. *Ramai nampaknya berbaju baru batik hari ini*
~cikgunormah@klcitizen~
Itulah sahaja leteran saya untuk hari Khamis ini. *Ramai nampaknya berbaju baru batik hari ini*
~cikgunormah@klcitizen~
hehe..saya pun lebih kurang tu je..kadang² tak sampai sepuluh..
ReplyDeletetapi kadang² mencuba menyapa singgah² ;)
kdg2 blogwalking perlu ms yg byk
ReplyDeletedan ms terbatas
saya pun tak nya sempat nak baca blog rakan2 maya ni....banyak kerje2 yang nak diuruskan! saya pun mintak maaf berbanyak jugak la....
ReplyDeletebaru lepas gosok baju batik....
mak ooi ..
ReplyDelete100 blog sehari !!!
boleh 5% dari 100 tu pun dah kire bagus ..
hu..hu...
Cikgu, saya pun sekarang ni memang tak menyempat nak blogwalking...Dapat melawat 10 blog pun dah kira banyak. Jangan kata melawat blog kawan2, blog sendiri pun kadang2 tak terupdate...hehehe
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteSaya pun tak boleh nak buat sampai 100..
Cuma saya disiplinkan diri ziarah setiap blog dalam list saya dan komen...
Salam cikgu. Susah juga nak dapat misi 100 sehari memandangkan kesibukan dengan tugas. tap pa kita tinggal jejak sudah.
ReplyDeletemmg saya terasa hehehehe....cara yg mudah, selalu berkunjung ke rakan2 yg lawat blog kita dan anta komen..sekurang2nya, kita hargai mrk..yg jd foloower tp tak melawat, tak yah la dtg ( ayat jahat kan) huhuhuhuhu
ReplyDeletecik gu..100??..sah sah kita tak dapat buat kerja lain..membaca adalah minat..jadi..akak akan ambil mas..sejam atau dua untuk membaca blog dan kalau akak teringin nak berinteraksi.akak akan tinggalkan komen..
ReplyDeletesamalah prinsip kita tentang berblog ni cikgu. bkn trafik/ glemer yg dikejar. yg penting pkongsian fikrah dan silaturrahim. tq
ReplyDeletesalam cikgu,
ReplyDeletetak, saya tak kecik hati pun. hohoho ^^
saya tak pernah terfikir pun nak kena ada misi bagai bila blogwalking. hmm..harus difikirkan. tp ngan anak kecik 2 org ni, takleh start dulu kot. hehe! mcm cikgu kata, hidup realiti harus diutamakan..
salam cikgu ....
ReplyDeleteitu ler juga yg terjadi pd ummi ni ....
kadang2 banyak N3 rakan2 yg terlepas ..
maafkan ummi juga.
100 blog sehari...tak larat lah. Soal masa pun satu hal. Saya selalu jenguk bloglist saya je ataupun yg ada dalam bookmarks. Itu pun jarang tinggal jejak. Jika berkesempatan atau kebetulan ada tajuk entri yg menarik saya biasanya bloghopping dari bloglist saya hehehe. Cuba elakkan, takut terlajak takleh stop walaupun keja melambai-lambai......
ReplyDelete