Wednesday, June 30, 2010

Anak

"Cikgu, seringgit cikgu. Laparlah.." tegur Faris semasa saya berselisih dengannya.

Setakat seringgit memang tidak akan memiskinkan saya. Tetapi saya tetap membuat pekak telinga, dan buta mata, seolah si Faris yang memang sedia kecil ini tidak wujud di situ.

Bukan Faris seorang sahaja. Ramai juga anak-anak murid zaman sekarang ini yang tidak lagi takut kepada gurunya (seperti saya ni) dan secara berseloroh ( atau tidak, tak tahulah) meminta cikgunya membelanja makanan atau minuman di kantin.

Mungkin sebab selalu sangat melihat orang di luar meminta sedekah dan cuba mengaplikasikan dalam kehidupan mereka.

Padahal bukannya budak-budak susah mana pun, rokok boleh dibeli tetapi asyik meminta. Kalau kita meminta tolong pun, pasti bersyarat. "Cikgu belanja air ya , cikgu." Budak-budak sekarang memang liat sekali hendak memberi bantuan, kalau dipanggil menolong mengangkat kerusi, boleh berlari menyorokkan diri. Agaknya ramai bibik di rumah, jadi bab-bab menolong ini tidak termasuk dalam senarai hidupnya.

Kalau disuruh menyapu lantai pun, ada saja alasannya. "Cikgu, hari ni bukan tugas saya." Padahal sampah yang kelihatan, berada di bawah kerusinya sahaja. Tak kira lelaki atau perempuan. Sekarang ini sama sahaja.

Mungkin kehidupan kita sudah terlampau senang sekarang ini kan. Semuanya sudah di hadapan mata. Cakap saja, insyaAllah mak bapak akan carikan juga.

Anak......anak. *saya menggeleng kepala dalam hati*

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 comments:

  1. Salam Cikgu,

    sy setuju kalau di katakan anak2 sekarang terlalu dimanjakan. Tu pasal budak2 sekarang jenis yg tak tahan lasak

    ReplyDelete
  2. hehe betul3.

    err, sayalah tu. agaknya.

    ReplyDelete
  3. betul tu k.normah. bdk2 sek dh anggap kita ni mcm kwn je.. bahasa pun informal.. same dgn situasi di atas..

    ReplyDelete
  4. kne beli mesin sapu sampah nie, cikgu huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. aduhai, mntak le anak sy x camtu huhuu

    ReplyDelete
  6. tumpang geleng kepala sama..
    tapi yang kecil masih senang di didik..

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu...

    Agaknya emak bapak terlalu 'spoon feeding' kat anak-anak sebab tu jadi camtu kot...

    ReplyDelete
  8. Zaman kome dulu cikgu..takut segan dan hormat sangat pada guru ni..apatah lagi nak minta singggit..

    ReplyDelete
  9. Salam Cikgu,

    Anak2 sekarang dah terlebih minum susu lembu agaknya... tak seperti kita dulu2.

    Apa yang cikgu katakan itu, memang benar dan saya setuju 100%.

    Alahai.. anak2 sekarang..

    ReplyDelete
  10. slm,
    suka atau tidak, itulah realitinya anak2 kita skang. risau bila memikirkan anak2 sendiri

    ReplyDelete
  11. salam..macam2 perangai anak2 zaman sekarang ni..biasanya yang sudah biasa hidup mewah mereka akan menjadi malas..ini hanya pendapat saya,,bukan semua macam tu..hehe

    ReplyDelete
  12. Ada banyak perkara yg sering menjadikan ibubapa hari ni, menjadi risau...

    Pengaruh keliling sukar sekali kita elakkan. Kata orang, bukan salah ibu mengandung, tapi kita tetap rasa bersalah bilamana anak-anak menjadi di luar kawalan dan kehendak kita...

    *ikut sama geleng kepala.

    ReplyDelete
  13. salam cik gu..teringat..macam mana la agaknya anak akak kat sekolah..

    ReplyDelete
  14. @aidah

    Yalah
    anak saya sendiri di rumah ni pun bukan main lemaknya

    ReplyDelete
  15. @ain fathihah

    ya ke ain...
    saya rasa bab yang tak nak menyapu lantai tu kut

    ReplyDelete
  16. @Syura Ambin

    yalah syura
    setiap hari asyik begini kan...

    ReplyDelete
  17. @sahromnasrudin

    tak payah rasanya,
    cuma minta pelajar2 ni datang ke sekolah kena bawak bibik sama

    ReplyDelete
  18. @maiyah

    saya pun selalu risau ngan anak sendiri maiyah

    ReplyDelete
  19. @cikgu isza

    bila dah besar, perangai memang susah nak kata

    ReplyDelete
  20. @relevan

    ya saya pun dulu
    takut ngan cikgu

    ReplyDelete
  21. @Isa

    ya... kita pun ada anak sendiri, melihat anak orang sering terkenang anak sendiri... camanalah pulak perangai anak saya sendiri di sekolahnya

    ReplyDelete
  22. @piewahid

    samalah piewahid

    saya pun risau ngan anak sendiri
    minta dijauhkan dari perangai yak baik seperti ini

    ReplyDelete
  23. @azieazah

    ya azie
    zaman sekarang memang mencabar betul

    ReplyDelete
  24. @kak Erna

    saya pun selalu terkenang anak sendiri

    ReplyDelete
  25. haritu nyanyi lagu anak masa hari guru ;)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.