suami dan anak pun ikut serta |
Cuti baru ini sempat menerima anugerah World Greatest Teacher. Best !! Hendak menerima award tersebut bukannya dekat ... terpaksa ke Hollywood.
Di sana sempat juga berposing di Lane of Fame ... Zsa Zsa Gabor menjadi pilihan, sebab dia seksi!
Rupanya di sana tu panas sangat.... Berpeluh-peluh! Ingatkan Hollywood sejuk. Berjalan di 5th Avenue Street.
Berangan je semua di atas itu....
Sebenarnya cuti sekolah kali ini sempat ke Singapore dan singgah di Universal Studio di sana. Pergi bersama keluarga.
Tetapi satu gambar yang di atas ini bukan di Universal Studio, tetapi pergi mencuba Duck Tours mengguna Amphibious Vehicle yang boleh bergerak di darat dan juga atas air, mengelilingi beberapa tempat di Singapore.
Berbalik di Universal Studio, patutlah ramai yang memberitahu, seharian mereka di sana, sebab hendak bermain permainan di sana sahaja memerlukan sejam lebih menunggu dan beratur bagi setiap permainan. Ditambah pula kepanasan ....
Kalau hendak dibanding dari segi permainan kanak-kanak, best lagi ke Genting Highland, sebab tidak perlu menunggu lama sangat bagi sesuatu permainan dan juga cuaca yang tidak panas.
Pernah juga ke Movie World di Gold Coast , Australia...yang paling best cuacanya dan ada tempat solat di situ, serta makanan halal. Di Universal Studio Singapore juga ada makanan halal, tetapi tempat solat tak ada lagi buat masa ini. Mungkin akan datang.... dua tiga tahun lagi, sebab sekarang ini pun banyak yang masih dalam pembinaan.
Tapi satulah yang pastinya, duit kita di sana... kecilnya!!
~cikgunormah@klcitizen~
wah.. seronoknya kak.. dapat award lagi tu.. tahniah...
ReplyDeletewah.. slmt bercuti.. kali terakhir sy gi sgpore masa tingkatan2 dlu ada kenduri kawin.. meriah gak kat situ kan..
ReplyDeleteselamat bercuti & rehat2kan kepala.
ReplyDeletep/s bila mengenangkn duit kita yg tlalu kecil bbanding dgn dia org, kekadang nak makan nasi, rela tunggu sampai johor baru makan!
berapa kecik duit kita tue, cikgu???
ReplyDeletesaya ke Sngapura waktu tamat ting 5....ikut rmbongan sekolah....lepas tu tak prnah lagi sampai ke sana.
ReplyDeleteDuit rm200 yg dibawa waktu itu sudah boleh beli sepasang kasut adidas,baju,...bnyak juga brangan lain....
Salam Tahniah....
ReplyDeleteMemang hebat!
salam cikgu..
ReplyDelete..macam seronok je kat situ ye..
..boleh tahanlah, kan..
..kena keluar 2kali ganda duit kita baru sama dengan diorang..
cuba kita ni orang singapore, datang melancong kat malaysia, mesti kita kata..
..besarnya duit kita...
Walaupun saya belum pernah sampai ke Singapore, tapi buat masa ini belum terbuka hati nak bercuti ke sana... sbb tukaran wang buat kita rasa seksa... hehehe
ReplyDeleteKe Singapore cuti cuti..ok lah tu..kome nak juge rasa kesana..tapi ntah bila..herga getah dah mula turun...
ReplyDelete@s1t1 2uL41k4
ReplyDeleteitu award mainan je... rasanya harganya 7 dollar singapore, dalam rm13 lah kut
@maiyah
ReplyDeletemakin meriah dan makin sesak di singapura
wah bestnyer...ronda2 di Singapore. Tak pernah pun pi sana, entah bila la nak sampai.
ReplyDeleteEnjoy your trip..and your holidays sis.
ReplyDeletesalam cikgu..lama tak singgah sini :)
ReplyDeleteingatkan td betul2 la amik award kat hollywood :p pandai ye..hehe! duit kita terasa kecil di sana sebab kuantiti keping RM lg byk dikeluarkan jika nak bayar. tp, nilainya sama saja :)
kalau cam tu baik nak gi kat Gold Coast lah....saya memang dah lama mengumpul duit nak bawa family (suami masa tu..dan anak2 )tapi bila ajak suami masa tu..tiga perkataan saja yang dia boleh keluarkan...sama ada 'saya tak nak!",..."pegi buat ape..?" atau dia anggap dia jadi kuli jaga anak2 bila pegi sana. kan rugi isteri nak sponsor tak nak pegi. Tak pe lah saya pegi ngan anak2 je lah.
ReplyDeleteDuit kita mmg kecik je kat Singapore