Sunday, June 20, 2010

Membeli

Pagi Sabtu sedang sarapan dengan husband dan anak di kedai mamak (kedai mamak lagi.....) seorang lelaki berbangsa Cina dalam  usia 30an menghampiri kami. Berbeg sandang, berkemeja biru pucat, basah di bahagian belakangnya dengan peluh, memegang pen sebatang bertanya... "Nak beli pen Encik? " Suami menggeleng. Lelaki itu senyum, menunduk sedikit tanda terima kasih dan beredar ke meja lain.


Saya lihat, di meja lain pun, nasibnya sama sahaja. Dalam hati berdoa moga Allah murahkan rezekinya hari ini. Salah ke? Tak tahulah... cuma hati terasa belas melihat beliau bermandi keringat menjual pen.

Kalau saya bersendirian mungkin saya akan membeli. Sebab kesian.

Jadi faktor membeli pada saya bergantung pada beberapa perkara:
  • memang barang tersebut  menjadi keperluan saya atau,
  • barang tersebut menarik di mata dan berguna untuk seseorang atau,
  • barang tersebut unik - tetapi unik ni pada masa tersebut je selalunya. Bila dah lama di rumah, jadi menyemak je atau,
  • kesian kat penjual. Bab ni memang saya kalah, lebih lagi kalau yang menjual tu perempuan tua, atau kanak-kanak atau orang lelaki tua atau seperti lelaki Cina tadi yang nampak gigih mencari rezeki.
Anda pula membeli berdasarkan apa ya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. salam cikgu,
    saya tak suka pergi mana2 pekan sehari. sbb bila jumpa mana2 makcik yang jual kangkung, pucuk paku, jantung pisang, keledek dsbnya sy rasa nak beli sbb kesian. terinagt mak saya jual jering, kerdas dan mcm2 sayur2an kampung masa saya kecil2 dulu. :(

    ReplyDelete
  2. kalau dalam kes ini.. saya ikut gerak hati.. :)

    ReplyDelete
  3. pasal penjual pen tu, kalau rasa kesian saya beli jugak kalau mampu..tapi tengok keadaan orang tu gak..kalau nampak susah dan tua tu memang tergerak hati nak membeli..

    ReplyDelete
  4. sy tgk keadaan jugak.
    kdg2 buat2 keras hati tolak mentah2 je penjual nih...

    ReplyDelete
  5. kalau ke kedai, membeli tu berdasarkan keperluan dan juga kerana keunikan.

    kalau orang datang pada kita menjual barang, membeli lebih kepada dasar kesihan tak kiralah bangsa apa. Tapi tengok gak keadaan si penjual...

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Kesian kat dia orang ni, mereka sangat gigih mencari rezeki cara tersendiri.

    ReplyDelete
  7. @Abd Razak

    ya...
    kehendak hidup membuatkan mereka terpaksa

    ReplyDelete
  8. cik gu..akak pernah kena tegur dengan suami..kalau membeli kerana kesian bukan tak bolih katanya..tapi..kalau dah benda sama..tak perlu beli katanya..akak tak sampai hati..tengok orang menjual tu..lagi2 kalau yang menjual sampai kerumah tu..kesian kan..berjalan dari satu rumah kesatu rumah..kalau semua orang nak beli..mesti ringan sikit beban dia..

    ReplyDelete
  9. @kakpah

    samalah kak pah
    tengok keadaan

    ReplyDelete
  10. @chekgu BaniHassim

    pandai buat keras hati, ya
    kena belajar ni

    ReplyDelete
  11. @cikgu isza

    depan suami tak beli
    nanti dia marah, membazir duit....

    ReplyDelete
  12. tengok keadaan..tapi selalunya buat kering..tapi suamiibuayu lain sikit cepat cair..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.