Monday, June 14, 2010

Sha yang ungu

Hari ini hendak bercerita tentang warna ungu. Kenapa ungu, bukan warna lain?

Mengikut sejarahnya, warna orang kebanyakan dalam zaman kegelapan Eropah, adalah hijau dan perang sahaja. Warna biru dan yang seakan ungu adalah warna bagi golongan bangsawan sahaja.

Warna ungu mula dikomersilkan pada tahun 1600 sebelum masihi di daerah Lebanon. Ia diproses dari siput iaitu Murex snail.  [sumber]


Pada tahun 1453, kulit kerang Murex ini makin sukar didapati, dan warna ungu mula di perolehi dari serangga cochinela.


Warna ungu banyak dikaitkan dengan kebangsawanan dan spiritual. Ini kerana waktu dulu, hanya golongan bangsawan dan golongan paderi sahaja yang layak memakai warna ungu. [sumber]

Warna ungu juga melambangkan berharga, romantik dan suci... (bab suci ni macam tak kena je) [sumber]

Kesan warna ungu kepada mental dan fizikal - [sumber]
- menaikkan semangat
- memberikan ketenangan minda dan spiritual
- meningkatkan kreativiti

Beberapa fakta tentang warna ungu: [sumber]
  • di Thailand, warna ungu dipakai oleh janda yang baru kematian suami
  • tentera Amerika melihat warna ungu sebagai tanda keberanian. Tentera yang cedera dalam medan perang akan dianugerahkan medal 'Purple Heart'
  • di Jepun warna ungu melambangkan kemewahan
  • Februari selalunya dikaitkan dengan warna ungu. 
  • cip untuk permainan poker yang mempunyai nilaian tertinggi berwarna ungu, bernilai $5,000.
  • jika anda memandu kenderaan berwarna ungu, anda sedang memberitahu semua orang bahawa anda adalah seorang kreatif, original tetapi anda juga individualistik....

Entah, kenapa tiba-tiba menulis tentang ungu ni.... sebab suka ngan bunga di template sha yang berwarna ungu tu. 


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Salam Cikgu Normah,

    Terima kasih berkongsi info ni.

    Ada satu negeri di Malaysia ni, warna unggu tidak boleh dipakai (untuk baju) ketika permaisuri negeri berkenaan ada di dalam Majlis yang sama.

    ReplyDelete
  2. Salam..:)

    purple???opss!my fav. colour!!!:):):)

    ermmm..agak2 negeri mana tu ekk yg sis hanim maksud tu..aduhaii!!

    ReplyDelete
  3. pernah minat warna ungu tahun lepas.. bila saya hiaskan rumah dengan warna ungu baru saya tahu yang saya tak rasi dengan warna tu..

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Blog saya pun warna purple, cikgu!

    Adalah kawan saya seorang guru, (Bukan Pn Kartini tau hehehe) suka sangat ngan warna ungu ni, hampir semua - rumah, kereta, pakaian, dan sekecil2 barang pun warna ungu...hingga suatu hari saya cakap kat dia, esok kau jangan nak wasiat bila mati nak pakai kain kapan warna ungu..gelak besar dia..:):)

    ReplyDelete
  5. rasanya ada sehelai je baju warna ungu..hehe

    ReplyDelete
  6. ada kumpulan artis bernama ungu kan?
    Eh.. ye ke..

    ReplyDelete
  7. @Kunang-Kunang

    wah baru tau tentang ini kak ani
    negeri manakah itu ya? ingatkan warna diraja di Malaysia ini kuning....

    ReplyDelete
  8. @Pn Kartini

    patutlah orangnya begitu kreatif sekali....

    ReplyDelete
  9. @cikgu isza

    agaknya isza ni rasi dengan warna apa ya?

    ReplyDelete
  10. @Abd Razak

    ya... blog razak pun purple...
    original dan kreatif gitu dan ada ciri kebangsawanan....
    ;)

    ReplyDelete
  11. @n@m@n

    lepas ni kena beli banyak2...

    ReplyDelete
  12. waaaa...rasanya takde apapun yg ungu kat blog saya.hahaha

    ReplyDelete
  13. hihi...dapat iklan percuma kat sini. thanks kak! sha belajar banyak pasal ungu...kaler perberet:)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.