Tuesday, June 15, 2010

Jadi saksi

Tengahari tadi pergi ke Carrefour Wangsa Maju. Rasanya saya telah menyaksikan acara pecah bonnet kereta tanpa disengajakan, di kawasan meletak kereta di luar Carrefour tersebut. Dalam pukul 1.30 pm.


Nampak kereta silver yang tengah bergerak tu.., itu bukan pencurinya. Bayangkan saya yang drive kereta tu, mencari tempat parking di situ. Ternampak kereta waja (kalau tak silap lah) warna brown ala kelabu, double parking , lebih kurang kat belakang teksi tu lah. Tapi masa tu bukan teksi kat situ , kereta lain. Kereta pencuri tu double parking, BMJ 280. Pemandu pakai kopiah putih, kawannya keluar dan godek-godek bonet belakang kereta.

Saya dok perlahan kereta dan berhenti ke depan sikit, bagi signal , dan tengok melalui cermin pandang belakang.

Kawannya pakai t-shirt putih, bukak bonet kereta, keluarkan beg , ala-ala tote bag, tutup bonet, bergegas masuk dalam kereta dan vroom .... laju je perginya.

Saya dalam kereta dengan anak, si anak ni tak perasan pun, duk dengar lagu ngan headphone. Tangan saya menggigil, tak tahu nak buat apa.....

Nak kejar ... takutlah pulak. Balik rumah.... dok citer ngan kakak ipar je dan buat entri...
Tak berfaedah langsung rasanya saya sebagai saksi ....


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Berani betul depa buat kerja tu di siang hari n ditempat terbuka. Tu la kita memang kena hati2 letak barang berharga dalam boot kereta. Pernah dengan cerita yg geng pencuri/pemecah kereta ni ada alat pengesan barang dalam boot kereta.
    Kalau saya ditempat cikgu, saya pun tak tau nak buat apa...hanya mampu melihat je la. Kalau nak call polis pun tak sempat, pencuri tu dah hilang ntah ke mana.

    ReplyDelete
  2. @FairyLilly

    memang berani sangat diorang ni sekarang ni

    ReplyDelete
  3. pemandu tu pakai kopiah untuk mengaburi mata je kan..benda sekelip mata kadang2 buat kita terkaku seketika..kalau ibuayu pun tak tahu nak buat apa

    ReplyDelete
  4. nombor plat? selalu saya cuba dptkannyer dan buat report.. tapi tulah.. bila mengelabah.. memang tak terfikir tindakan apa yang patut diambil..

    ReplyDelete
  5. akak rasa..dia dah tau apa yan gada dalam bonet tu kan..tu sebab..senang aje dia ambik..sian yang empunya tu..tapi nak buat camana..kalau akak pun takut jugak..

    ReplyDelete
  6. penyangak zaman sekarang...
    berani tak bertempat..
    siang hari pun berani..
    banyangkan kalau malam!

    ReplyDelete
  7. salam cikgu. sudah mendaftar sebagai rakan cop?

    ReplyDelete
  8. @abu muaz

    memang belum... patut saya daftar ya...
    camana tu?

    ReplyDelete
  9. Salam..

    Kalau tak jadi saksi kat dunia ni, nanti kat sanalah cikgu..

    ReplyDelete
  10. Lahanat sungguh...
    Malang.

    Benar juga, kalu saksi tidak yakin, jangan dibuat pasal nak kejar pula.

    Elok report polis.

    ReplyDelete
  11. Berani betul pencuri buat kerja siang-siang hari ni ye. Tak selamat rasanya nak simpan barang dalam kereta dah sekarang ni. tak perlu kejar kalau rasa tak yakin.. keselamatan diri harus dijaga juga. sebaliknya perlu report pada pihak yang berkenaan. :)

    ReplyDelete
  12. Pencuri tuu tak peduli siapa yang ada kat situ, kalau ada kereta peronda polis pun pencuri tuu tak takut...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.