Friday, June 25, 2010

Bapaku kawin lagi

Bukan bapa saya. Bapa saya sudah lama meninggal dunia. 

Melihat album perkahwinan bapa kepada rakan sekerja yang baru menjadi pengantin baru tidak sampai sebulan pun lagi, bibir saya tersenyum memanjang. Bukan senyuman sinis, tetapi senyuman ikhlas menumpang rasa gembira bagi mereka sekeluarga.

Ayahnya sudah menduda setahun. Selama itulah rakan saya ini terpaksa menguruskan makan minum ayahnya dan sentiasa mengejar masa. Berulang alik dari rumahnya ke rumah ayahnya, menyiapkan serbanika urusan yang patut. Itu belum lagi dengan bebanan di sekolah dan bebanan menguruskan keluarganya sendiri. Memang kesian. Namun, tidak pernah mendengar beliau mengeluh, cuma sesekali meluah perasaan kepenatan dek beban tugas di sekolah.

Alhamdulillah, bapanya bersetuju dengan cadangan rakan semasjidnya untuk mencari calon isteri. Walau pun pada awalnya bapanya agak keberatan, tetapi dek sokongan anak-anak, niat tersebut diteruskan. Pasangannya anak dara berusia 45 tahun.

"Lebih kurang sebaya ngan kak normahlah kan. kak normah 44 kan," beritau beliau kepada saya.
"Ha... lepas ni Min kena panggil kak normah mak de lah..." sahut yang lain.
"Yalah ... mak de kalau kak normah kawin dengan bapa Min, tapi malangnya tak sempat, bapa Min dah dapat orang lain... jadi panggil kak normah je...." balas saya, sambil tersenyum.

Memang lelaki yang menduda rata-ratanya tidak boleh bersendirian lama-lama. Kasihan melihat mereka menguruskan diri sendiri setelah sekian lama diuruskan oleh si isteri. Tetapi tidak pula bagi orang perempuan, kan. Memang sudah dijadikan begitu agaknya.



Sekarang ini, saya lihat sahabat saya itu lebih ceria. *lagu di atas hanya selingan sahaja* Maklumlah beliau tidak lagi risau memikirkan makan pakai bapanya lagi. Moga terusan begitu hendaknya.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. niat & jodoh yang baik...bukan kerana anak tak sanggup menguruskan...buat kawan bapanya...tahniah kepada rakan itu...

    ReplyDelete
  2. Salam>:)
    Alhamdulillah..dah jodoh..
    :):)..sekurang2nya terjaga segala keperluan..:):)

    ReplyDelete
  3. bila tengok tajuk je memang dah teringat pada lagu tu.
    yelah.. tak ramai lelaki menduda yang boleh uruskan diri sendiri. eloklah dia kawin..

    ReplyDelete
  4. Aslmkm Cikgu.
    Gitu ceritanya. Naper kenen ke Cikgu pulak, marah suami Cikgu nanti!
    Saya pun takkan mengalami seperti kawan Cikgu - beribu tiri muda kerana arwah ayah telah lama kembali setelah terlibat dlm kemalangan jalanraya.

    ReplyDelete
  5. salam..sekurang2nya dia tidak keseorangan menjalani kehidupan :-)

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu,

    kalau lelaki yg dah berumur kawin ngan perempuan yg dah berumur gak mcm nie oklah...sesuai sgt2... baru sepadan..ada org jaga makan minum sakit dia..tp yg x sedap didengar kalau perempuan tua nk kawin pulak ngan lelaki muda..2 mcm buang tebiat jer kan....kalau pk pasal jodoh plak...(kalau dua2 dah kawin) jodoh ker??? lg2 kalau si perempuan 2 yg tergila-gilakan si lelaki muda 2...mmg buang tebiat kan cikgu...

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Alhamdulillah Allah kurniakan jodoh buatnya...moga mereka bahagia

    ReplyDelete
  8. Terkejut juga mula2 bila baca tajuk n3 ni... kemudian setelah diteliti n3nya barulah faham.... rupa2nya Nida dah salah sangka..hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.