Musim kenduri kendara.
Apa yang saya tidak gemar semasa menghadiri kenduri kahwin?
- semasa beratur hendak mengambil lauk (sekarang kan kenduri banyak yang ala-ala buffet) , ada orang-orang yang tidak mahu beratur. Mencelah masuk sahaja. Mentang-mentanglah gelang tangan dia berurat-urat di pergelangan, beraturlah sikit, saya pun lapar juga.
- memilih lauk ayam berjam-jam (okay ini menipu je... bukan berejam... tapi memang lamalah) , kejap ambik ayam, letak balik, pilih yang lain lagi, ambik... letak balik... (makcik... ini bukan pasar tani ya... ambik je la... tak cukup nanti, beraturlah balik, ambik yang lain)
- tempat duduk tak cukup, orang yang dah habis makan buat tak nampak.... saya tahulah dah lama tak jumpa kaum kerabat, tetapi lepas makan ajaklah mereka ke tempat lain untuk bersembang bagai...
Tapi apa pun... saya sebenarnya suka menghadiri kenduri kawin. Dapat lihat pelbagai ragam dan selalu dapat berjumpa dengan ramai kenalan.
SELAMAT PENGANTIN BARU untuk yang akan dan baru menyambutnya.
*khas untuk Suhaili dan suami.... nampak cantik bertema merah putih.
~cikgunormah@klcitizen~
salam. kakpah juga tak gemar bila:
ReplyDeleteambek lauk penuh sepinggan. lepas tu bila makan, tak habis. Lauk beketul2 terbongkang dalam pinggan.
Allo!!.. larilah bajet. Ada orang yang belum makan lagi tuuu....
Salam...
ReplyDelete..."Mentang-mentanglah gelang tangan dia berurat-urat di pergelangan," situasi di mana-mana saja masa kenduri kahwin ada saje yang suka mempamerkannya walaupun baju kurung itu lengannya panjang sanggup disinsingkan dan memanjang jer bertongkat siku..
Saya selalu nampak ni cikgu...tak gemar tengok
@kakpah
ReplyDeletebetul kak pah... macam tak pernah jumpa ayam masak merah diorang ni kan...
@Abd Razak
ReplyDeleteni kekadang diorang buat tak sengaja kut...
*berbaik sangka*
salam ziarah..
ReplyDeletehuhu, da ramai2 orang cam tu macam2 fesyen la ada kan..sy tak gemar sangat tempat2 cam nie..
datang makan jew la..hehe
Aku plak kalau kat tempat orang kawin suka menjeling2 kat awek2 yang kontrol ayu. makin d kenyit semakin ayu di kontrol nya.. hahahahaha
ReplyDeletesha pulak tak suka org yang suka sangat jumpa saudara mara tp macam saudara mara tu dia aje yang punye.
ReplyDeletekita takde can nak jumpe sebab semua org kena dgr kata dia, laga pipi dengan dia.
tp, biarlah...semua org nampak perangai gila kuasa tuh...
nanti akak normah nak buat kenduri jangan lupa jemput saya..hehe
ReplyDeletebaru balik dari kenduri kawen.. dan apa yg akak sebutkan memang jadi tadi kat depan mata..
ReplyDeletesambutan perkahwinan dekat gaza tak sempat nak buat itu semua. majlis kita terlalu mewah dan sampai peringkat membazir melampau.
ReplyDeleteCIKGU, semua yg tersenarai tu saya setuju. Benar belaka. Nak gelak pun ada...
ReplyDeleteApapun kalu sekali sekala jumpa kaum kerabat sahabat handai memang seronok. Sebab tu kalu kenduri kengkawan lama, saya lebih suka datang lewat skit, waktu tak puncak so leh borak lama skit.
Kalu sedara mara pulak, datang awal dari waktu puncak, sbb leh tolong dan leh spend masa lama dgn kaum keluarga..
Ok ler tu kan?
haha. nice entry akak. suka point no 1 tu..
ReplyDelete"Mentang-mentanglah gelang tangan dia berurat-urat di pergelangan, beraturlah sikit,"
-- biasa org2 kaya ni eksyen je lebih...
itulah jadi kalau masing2 pentingkan diri...
ReplyDeletepsstt
plz email me your details, nak pos buku tu..
@Azrai Ahmad Zamri
ReplyDeleteyalah, akak pun datang makan je tadi
@DiL
ReplyDeletejangan jadi juling sudahlah DIL
@cHeRyNa PiReS
ReplyDeleteyalah... nak tunjuk yang dia ada sangkut paut...kan sha
@n@m@n
ReplyDeleteinsyaAllah... takut lak buat kenduri, orang tak datang
@s1t1 2uL41k4
ReplyDeletesama ngan akak petang tadi... gitulah
@abu muaz
ReplyDeletebetullah abu muaz... buat salah, tak buat pun salah jugakkan...
@azieazah
ReplyDeleteyang azie buat tu elok benar... boleh contohi
@Oh Malaysia
ReplyDeletekadang-kadang, tak kaya mana pun...
@ummumishkah
ReplyDeleteinsyaAllah
Salam Cikgu.
ReplyDeleteHmm, sekarang Cikgu lebih kerap buat N3 ya? Baguslah dpt lebih berkongsi pandangan, ilmu & pengalaman.
Isu ini mmg lece. Saya selalu langkau jer orang yg buat lambat2 tu! Kalau tak cukup tempat duduk pula, menengek aje kat mana dapat! :)
saya perhati itu semua...persangka baik dah lah...dah memang adat begitu...pergi kenduri kawen nak baju baru - nak pakai macam2 barang kemasnya dan sebagainya....( kadang2 terfikir depa tu tak faham cara berpakaian ke majlis ke )...tapi saya malas nak kisah...sebab saya pergi majlis ni nak penuhi jemputan...lepas tu nak ke jemputan lain pulak...macam majlis rasmi pulak!
ReplyDeletedalam semua senarai tu yang paling saya tak suka
ReplyDelete1. anak beranak laki biini kaut lauk semua jenis menimbun - kemudian makan tak habis
pantang nombor satu - kita dtg kenduri atas jemputan dapat pahala, kalau buat sikap macam tu tak dapat apa-apa..berdosa lagi!