Friday, June 25, 2010

Tersungkur

Penampilan diri mestikah mencerminkan peribadi?

Pada zaman saya baru menghabiskan pelajaran di universiti, ramai rakan-rakan yang memakai tudung menghadapi masalah mencari kerja terutamanya di dalam perkhidmatan swasta. Adik saya sendiri semasa menjalani temuduga di sebuah bank yang berkonsepkan syariat Islam diberitahu bahawa peluang untuk beliau mendapat jawatan tersebut tipis kecuali memakai tudung yang kurang labuh sikit. Itu sekitar tahun 80an.

Pelik juga, kan. Kalau lelaki yang berkopiah juga sentiasa dilihat dengan pandangan curiga dan was-was, dan sentiasa disyaki membawa agenda politik dalam cara kerja mereka.

Namun begitu masalah tersebut saya fikir semakin kurang. Masyarakat lebih terbuka, hinggakan pembaca berita di TV3 juga ramai yang bertudung. Kecuali pembaca berita di TV1, saya lihat tidak seorang pun yang bertudung yang sempurna, sekadar meletak selendang di bahu saya kira masih belum menyempurnakan kehendak yang termaktub dalam Islam. (Maaflah kalau saya tersilap pandang, tetapi seolah ada syarat tersembunyi tidak boleh menutup aurat di TV1 sebagai pembaca berita di waktu siaran puncak... wallahualam)

Bila kita memilih untuk bertudung atau berkopiah, sebenarnya kita telah mengikat diri kita pada tanggungjawab memelihara nama baik semua muslim. Bukan nama kita seorang sahaja yang terlibat, malah seluruh umat Islam. Kerana perlakuan buruk kita  nanti akan dikaitkan bukan pada individu tersebut tetapi pada tudung atau kopiah yang terletak di atas kepala.


Kopiah yang terseleweng

Teringat pencuri yang berkopiah tempoh hari. Ramai di luar sana kini, yang memakai kopiah atau tudung atas tujuan yang tidak kena. Yang terlebih malang menggunakan keduanya untuk melakukan kerja jahat . Kalau di masa lalu, lelaki berkopiah atau wanita bertudung, kita akan kaitkan mereka dengan sifat boleh dipercayai. Tetapi kini kopiah atau tudung bukan lagi menunjukkan imej sebenar si pemakai.

Bukan tidak ada pemakai tudung yang tidak bersolat dan tidak berpuasa, malahan melakukan kerja terlarang. Dan bukan tidak ada yang tidak bertudung, cukup solat lima waktunya, baik akhlak dan sikapnya, lebih pemurah dari yang bertudung. Kekadang pelik dengan sikap, tetapi itulah hakikat.


Meletakkan pada tempatnya

Saya pun bukanlah terkecuali. Awal pemakaian tudung memang terikut dengan rakan-rakan. Alhamdulillah, waktu itu rakan-rakan memang jenis yang baik dan sentiasa berusaha menjadi terbaik. Saya pun ikut sama. 

Tetapi manusia tak selamanya begitu. Ada masa menerima ujian, dia tersungkur. Begitulah juga saya. Walau pun tudung tetap ada, tetapi ada saat dan ketika kehormatan tudung itu tidak saya jaga dan pelihara.

Namun, Allah Maha Kuasa dan kepadaNya sahaja keampunan yang saya harapkan. Mungkin Allah masih memelihara saya agar saya punya peluang meraih syurga seperti sahabat lain. Dan moga rahmat dariNya sentiasa tidak putus.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. kadang2 penampilan diri menjadi lambang peribadi diri...

    kini mungkin tidak lagi

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu..

    Sering kali melihat pesalah-pesalah yang datang ke pembicaraan di mahkamah menggunakan kopiah ataupun bertudung lengkap pada hal kehidupan mereka tidak pernah berkopiah atau bertudung. Apa sebenarnya motif mereka?

    ReplyDelete
  3. semoga cikgu istiqamah dlm melakukan sesuatu ;-)

    ReplyDelete
  4. salam cikgu..
    nak cerita baru beli tudung awning baru... cantik.. bentuk segitiga di depan dan labih menutup dada... baru boleh dikatakan manis bertudung.. :)

    ReplyDelete
  5. Cikgu Citiz/Normah. Salam.

    Kenapa mesti letakkan pakaian sebagai gambaraan imej. Fungsi pakaian ialah untuk "keselamatan" dan "kesihatan".

    Saya fikir, lebih baik kita sandarkan gambaran imej itu pada hati dan keimanan kita...

    ReplyDelete
  6. 1. ada yang bertudung dan warak.
    2. ada yang tak bertudung tapi warak.
    3. ada yang tak bertudung dan haprak.

    sekurang-kurangnya janganlah jadi jenis yang ketiga.

    ReplyDelete
  7. dan lebih-lebih lagi jangan sekali-kali "pakai tudung tapi haprak".

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu,

    Zaman skrg nie bertudung ke tak bertudung 2 kebanyakkannya berfesyen jer...sepatutnya bila dah bertudung tanggungjawab memelihara nama baik semua muslim mestilah ada dalam diri...sbb skrg banyak kes yg bertudung lagi hebat diperkatakan..walaupun bertudung labuh/litup... byk perkara2 yang x elok dilakukan oleh org yg "BERTUDUNG".. (byk yg palsu jer)..luaran punyalah baik..muka baik..sumernyer baiklah...tp dibelakang dialah yg ajar perkara2 yg x baik...org2 yang mcm nie...tolonglah...jgn rosakkan diri sendiri dan ank bangsa.....buat malu jer... insaflah sebelum terlambat...

    ReplyDelete
  9. arahan bertudung datang dari Allah.
    arahan solat datang dari Allah.
    arahan puasa datang dari Allah
    arahan jauhi arak datang dari Allah
    arahan jauhi judi datang dari Allah

    semua arahan dan peraturan ini semuanya dari Allah.
    janganlah kita termasuk dikalangan yg engkar dgn larangan dan suruhannya.

    ReplyDelete
  10. salam cikgu. Masa kakpah sekolah dulu, orang perempuan belum lagi bertudung. kalau ada pun berselendang. itupun makcik2 dan nenek2. So, bila ada seorang murid ni yang mula-mula pakai tudung ke sekolah, kami gelakkan dia dan menuduh dia sudah 'terpesong'.
    alahai... masa tu tak tahu bahawa siapa sebenarnya yang terpesong.

    semuga Allah ampunkan dosa kami yang jahil masa itu.

    ReplyDelete
  11. Salam...
    Kalau setiap laku dan tingkah dibuat kerana Allah...segalanya akan jadi baik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  12. Yang sedihnya ada org yg bila dibicarakan di mahkamah masa tu pula dia pakai kopiah. Buat jatuh imej Islam aje huhuhu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.