Semalam menonton Karate Kid di panggung wayang Wangsa Walk Mall, selepas Isya'. Seronok juga ceritanya, membuatkan saya hendak belajar karate dalam diam. Jaden Smith, watak utama dalam cerita tersebut, boleh membuatkan anak-anak dara gila bayang teringatkan beliau
Saya kira, wanita memang sukakan lelaki yang mempunyai kebolehan dalam seni mempertahankan diri. Saya lihat sekarang ini memang ramai yang melibatkan diri dalam mempelajari seni mempertahan diri, tidak kira wanita atau pun lelaki. Memang bagus.
Tapi bukan cerita Karate Kid yang hendak saya kisahkan. Sebelum menonton, berpeluang mengerjakan solat Isya' di surau wanita Wangsa Walk Mall, di Wangsa Maju KL. Kat Malaysia ini memang kita bertuah , senang mendapatkan tempat untuk solat, apatah lagi di shopping complex... memang kemudahan tersebut sudah tersedia untuk kita.
Tapi saya sarankan, surau-surau tersebut mestilah digajikan orang untuk memantau dan mengemas ... tak boleh nak harap sukarelawan-sukarelawan... tak boleh guna konsep ikhlas mengemas atau mencuci, baik cuci lantai atau cuci telekung. Mesti ada orang yang digajikan dan diamanahkan untuk memastikan surau tersebut kemas, tersusun, telekung tidak berbau, lantai tak kotor, sejadah tak berbau, tak ada tisu-tisu bersepah, lipstick yang tertinggal, stokinlah dan segala mak nenek lagi.
kain telekung tidak digantung, terperosok di tepi dinding |
dah habis guna, tak reti nak menggantung semula telekung |
bahagian lelaki ok jer. takde plak telekung berkeliaran. hehe..
ReplyDeletesaya syak diorang ingat telekung tu bleh bergerak sendiri kut.kan skang ni telekung pun dah pandai solat.
Salam...
ReplyDeleteAllah Akhbar...kat mana-mana pun sama jer, telekung tak pernah dibasuh
Kita bermula dari diri sendiri - selalu terjumpa keadaan macam ni, tak kiralah di mana. Tapi kalau kat R&R lebuhraya keadaan lebih tersusun sebab ada orang yang menguruskan.
ReplyDeleteKena tahu, amal ibadat bukan semata-mata mengerjakan solat.
salam kak Normah
ReplyDeletemacam-macam gaya kan ada kat surau
kasihan nasib telekung tu
kadang tu masih baru lagi dah kotor
salam..
ReplyDeleteTu yg suka bawa telekung sendiri. Kesedaran sivik masyarakat kita memang kurang. Pelajar kita yg diajar pelajaran sivik pun tak amalkan apa yg dipelajari sbb kesan didikan masyarakat berbibik..
salam cik gu..akak teringat masa pi alamanda..kat situ..rasanya surau dia kecik dibandingkan dengan orang yang nak solat..masa tu..maghrib..nak kena Q..rasanya dek ramai orang mau habis maghrib..nasib akak bawak telekong ..tak perlu tunggu..selit2 je..asalkan dapat berdiri..
ReplyDeletejadinya masa tu..tak nampak telekong tak bersimpan..atau tak digantung..semua orang sedang guna..
selalu bila sujud, baunya...aduyai!
ReplyDeletesalam cikgu..
ReplyDeletehehe..suka komen PB yang first tu..
selalunya macam tu...selalunya surau lelaki takde hal sangat melainkan sejadah je yang berbau..
perempuan......kenapa saya selalu ditipu bila dikatakan perempuan lebih pengemas dan pembersih.............nampaknya sama aja ya..
Memang susah nak jumpa surau yg ok di shopping complex ni. Apa yg cikgu cakap dan tayangkan tu lah hakikatnya. Pernah saya pi surau di Jusco Seremban, memang tak sanggup nak guna telekungnya..dahlah masih lembap, bnyak pulak bintik2 hitam dan kesan compact powder. Alhamdulillah, saya teringatkan telekung dalam kereta. Sebagai pengajaran, bawalah telekung sendiri.......
ReplyDeletesalam..:)
ReplyDeleteAduhaii..
mmg ada juga pengalamannya dulu2..
bila guna kain telekung..aduhai..baunya pun leh terlekat...
Tp sekarang..selesa guna telekung sendiri!!:)
@Abd Razak
ReplyDeleteitulah yang masalahnya
kena pertanggungjawab pada seseorang dan beri upah
@Mr PenyuBiru
ReplyDeletegood statement
saya menyokong penuh....
@Kujie
ReplyDeletesaya setuju
di R n R, lebih baik sebab ada yang menguruskan.
sepatutnya juga di surau-surau shopping complex ni
@ummu
ReplyDeleteya ummu
yang mengguna tak reti nak mengguna dengan cara yang betul
@Acik
ReplyDeletemasyarakat berbibik ni yang payah ni...
@kak Erna
ReplyDeleteya.. itulah yang terbaik, kak erna
@piewahid
ReplyDeleteharum menusuk hidung...
@zaren
ReplyDeletesama je lah zaren
harta sendiri memang jaga bersih lah...
tapi public punya ni, masing-masing buat donno je
@FairyLilly
ReplyDeleteya itulah yang terbaik
@Pn Kartini
ReplyDeletememang itulah penyelesaiannya kan
wahahaaa...saya org yg 21 00 komen post ni!hehehe..
ReplyDeleteterkejut baca tajuk..ingatkan akak nak cerita pasal org berkarate dlm surau~hahahaha
@iqbalsyarie
ReplyDeletekalau ada yang berkarate dalam surau, memang akak akan cerita
selalu anggap ada org yang lebih last.. itu pasal macam tu..
ReplyDeletedah guna.. pandailah simpan kan cikgu..
nak upah orang.. berkira ongkoslah pula..
kawan aku kalau nak pergi shopping/tgk wayang dia akan bawa beg besar yg dalam tu ada telekuung..sebab telekung awam kotor
ReplyDeleteTerbaru : Dilemma Wanita Gorjes