Saya pasti ramai di luar sana yang pernah mengalami situasi cinta tidak berbalas. Bila kita kata cinta tidak berbalas, sama juga agaknya dengan bertepuk sebelah tangan sahaja kan.
Saya mengalami situasi ini ada dua tiga kali juga, tapi semuanya semasa tengah muda remaja. Yang saya ingat cinta pertama yang tidak berbalas tu masa saya masih sekolah rendah. Nama pemuda yang saya minati tu pun saya dah tak ingat.
Tapi selepas itu dalam lingkungan umur lewat 20an kut, saya tertarik pula dengan si dia ni. Orangnya memang kacak habislah, tinggi, suaranya sedap, pandangan matanya tajam menusuk kalbu. Memang ramai yang minat pada si dia. Saya tahu cinta saya memang tiada harapan untuk diletakkan padanya, jadi saya pun akur dengan ketentuan Ilahi..... tapi gambarnya di internet merata-rata. Ni satu darinya...
V
V
V
V
![]() |
| sumber |
Lelaki yang ketiga yang saya perasan sorang-sorang ialah Tom Cruise.
Sekejap je terjatuh suka ke Tom Cruise... lepas perangai tak betul dia dengan agama yang memang tak betul Scientology tu, langsung tak tertarik.
Apa pun Ahad baru ini berkesempatan menonton filem 'Knight and Day' lakonan Tom Cruise dan Cameron Diaz. Kalau dulu menonton Mission Impossible versi Tom Cruise membuat hati berkocak, tetapi kali ini menonton Knight and Day terasa hambar plot ceritanya. Saya memang gemar cerita aksi, tetapi aksi dalam Knight and Day, terasa merepek.
Mungkin sudah ternampak ketuaan Tom Cruise dalam filem ini dan saya memang kurang gemar dengan Cameron Diaz.
O ya... jejaka pertama di sekolah rendah dulu saya tidak ingat namanya, tetapi saya ingat cerita yang dia berlakon, iaitu Marco Polo... Malam-malam pun terkenang kekacakannya...
Sekarang ni... insan paling kacak di dunia sudah saya temui. Yalah... kacak di mata saya, tidak semestinya kacak di mata orang lain kan.
:) Salam Isnin.
~cikgunormah@klcitizen~







