Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

awan dania, K.I.T.A Carefree....


sebenarnya saya baru kenal si gadis di atas tu, hari isnin semalam.

saya tahu ramai yang dah kenal, kan... kalau tidak, tidaklah riuh dewan sekolah saya bila melihat si gadis turun dari pejabat.


kalau ada yang seperti saya, tidak kisah dengan si dia ini, marilah saya beritahu dia ni Scha al-Yahya, pelakon yang dikenali melalui drama Awan Dania dan yang terbaru K.I.T.A Carefree.


kenapa saya tak kenal dia? sebab saya jarang benar menonton drama melayu.


"ada banyak pengajaran drama melayu ni berbanding drama Inggeris. Drama inggeris banyak aksi yang melampau dan terlampau." tegur seorang rakan bila saya sibuk bertanya siapa si gadis tersebut.

saya hanya tersenyum.

pendapat peribadi. - ada benarnya kata-kata rakan saya itu. tetapi saya berpendapat drama melayu terlalu klise. dan kekadang tidak rasional..

habis tu iron man 2 tu rasional ke? memanglah tidak. tetapi ketidak rasionalan cerita inggeris yang baik tidak 'membodohkan' penontonnya . contohnya filem Green Zone, kisah tentang perang di Iraq yang jelas menggambarkan penipuan yang dilakukan oleh AS. cerita begitu memang bagus.

saya tidak gemar apabila drama melayu selalu menggambarkan laki bini bila bercakap terpekik2 terutama apabila tidak sependapat, jiran yang selalu mengumpat dan suami yang sering menganiaya bininya. saya juga tidak suka apabila cerita-cerita cinta dilambakkan dalam bentuk drama bersiri , tidak kiralah drama melayu, inggeris atau korea.

jadi apa yang dibuat oleh Scha di sekolah saya? .... datang mempromosi tuala wanita dan surat khabar Berita Harian....

tengok gambar di bawah:

bersama Penolong Kanan Hem, Pn Azizah Yahya





cikgu yang tengah tu sukalah sangat nampak si Scha





pelajar-pelajar


kesimpulannya?
walau pun tak menengok drama melayu, tetap juga pergi hampir, nak menengok muka artis. maklumlah bukan selalu jumpa artis.

apa pun, tidak lah semenggah mana.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 8, 2010

antara drama Adamaya dan Nur Kasih....



Pendapat peribadi saya. Bukan berdasarkan hujah saintis, ahli ekonomi atau pakar agama.


Drama bersiri Adamaya berjaya meletakkan pengarah drama Melayu di tempatnya yang sebenar. Bukan terpinggir di negaranya sendiri.


Setelah beberapa lama diserang dengan drama bersiri Jepun seperti Oshin, drama telenovela dari Amerika Latin seperti Maria Mercedes yang episodnya sahaja sebanyak 150 episod, Rosalinda dan Yo Soy Betty La Fea, muncul pula sinetron dari Indonesia.


Bawang Merah Bawang Putih sahaja berjaya mencecah rating 3.5 juta rakyat kita di Malaysia ini iaitu mak-mak, bapak-bapak, adikberadik, rakan-rakan, tetangga dan kita untuk menontonnya. Begitu sekali penangan jiwa Indon di kalangan kita.

Agaknya sebab sudah lama kakak-kakak Indon yang menyuap nasi ke mulut anak-anak kita ini, jadi persaudaraan itu begitu erat sekali. :(


Kemudian datang armada dari Korea dengan Winter Sonata nya yang memukau. Sehinggakan lagunya dialih bahasakan oleh Hazami. CD dan DVD Winter Sonata juga dijual hinggakan ada yang mencecah ratusan ringgit. Tetap juga dibeli dan disimpan sebagai koleksi.


Drama bersiri Korea yang terbaru juga hangat di kalangan remaja iaitu drama boys over flower , hinggakan ada anak murid yang bercita-cita menyambung pengajian di Korea kerana terlalu minat dengan cerita Korea.





Apapun pengarah drama melayu nampaknya mula belajar dari kegilaan dan kehendak masyarakat nampaknya. Selepas Gol dan Gincu, beberapa drama lain mencuba nasib tetapi tidak setanding dengan drama Nur Kasih. Walau pun pelakon wanita utamanya seolah mencemar watak Nur Amina dalam siri Nur Kasih tersebut, tetapi penonton-penonton 'matang' tidak mempedulikan. Watak dan kehidupan luar jangan dikaitkan...yalah tu.





lisa surihani ni memang Allah kurniakan wajah yang menawan




Dan kini Adamaya menguasai persada. Dan seperti selalunya, Adamaya boleh dijejaki di mana sahaja. Di surat khabar, televisyen (memanglah), di blog-blog (blog ini apa kurangnya), di pejabat, kedai kopi.... aissh... tak habis lagi siri Adamaya ni ya??


Secara tak pandainya, saya bolehlah simpulkan, bahawa drama Adamaya ini dapat mengurangkan kebergantungan kita pada drama-drama import di luar sana. Sekurang-kurangnya dramatis kita bolehlah mencari makan di tanah airnya sendiri.

Setuju?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...