Tuesday, June 22, 2010

Copy Paste

"Lain kali, saya cuma perlukan buku tulis Raihan saja untuk saya semak. Yang lain, tunggu saya semak Raihan punya, lepas tu kamu semak sendiri."


Pemalas betul gaya cikgu ni bercakap. Saya lah tu...  

Bukan apa, ... cuma geram je dengan kerenah bebudak kelas tersebut. Bukan semualah, tapi boleh dikatakan separuh yang begitu. 

Mana saya tak geram, separuh kelas meniru kerja si Raihan ni. Raihan salah soalan A, berderetlah yang salah soalan A, Raihan tertinggal 'full stop', berderet jugalah yang akan meninggalkan 'full stop' tersebut. Raihan garis perkataan yang berkenaan, berderetlah juga yang menggarisnya. Ha... kan patut saya tanda buku Raihan je. 

Ni semua angkara copy paste lah ni.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. kadang2 murid ni ingat deme tu pandai dalam diam.. tak tahu yang cikgu boleh agak.. dah lama cikgu makan garam.. kalau cakap kat deme.. mesti deme kata.. ohhhh... patutlah cikgu ada darah tinggi... ;)

    ReplyDelete
  2. Masa saya kat U pun sama benda ni. Lecturer tu cakap ayat yg sama mcm kak normah cakap.... hehehheheh

    ReplyDelete
  3. @cikgu isza

    setiap tahun masalah yang sama
    mana tak darah makin tinggi

    ReplyDelete
  4. @Webmaster@Echam

    echam copy paste ke, orang lain yang copy paste?

    ReplyDelete
  5. Copy paste biasa....kopi tea pun lagi biasa..hehe!

    ReplyDelete
  6. hahaha. tergelak saya. saya dulu, bila meniru kerja sekolah kawan, tak la tiru buta2 sangat. apa yg mangsa tiru buat silap, saya betulkan (jika terperasan kesalahan dia)...

    so hasilnya kerja sekolah saya lagi banyak yang betul dari kawan yg saya tiru. haha.

    ReplyDelete
  7. hehehe..ada pulak, kalau kawan garis kat situ, dia pun ikut sama..dah macam fotostat

    ReplyDelete
  8. salam cikgu..biasalah bebudak sekolah sekarang ni. Uni students pun sama. Dulu pernah gak saya mengajar...Senang sangat nak detect sape meniru, sama je jalan cerita ngan cikgu. Ada jugak saya dah pesan banyak kali, dengar penerangan saya dulu dan jangan main salin je apa yg saya tulis. Ada sekali tuh, saya saja nak tengok depa concentrate atau tidak pada apa yg saya cakap dan faham atau tidak apa yg saya tulis. So lepas tulis ayat yg sepatutnya dalam pengajaran, saya saja tulis "Jangan tulis ayat ini"...hmmm...ramai juga yg salin ayat tuh...

    ReplyDelete
  9. Salam..
    kalau nk kira pelajar yg betul2 buat kerja sekolah, takat berapa kerat je. Memang kebanyakannya copy paste la sampaikan waktu peperiksaan pun nk copy jawapan kawan (tiru le tu)

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Aduhai cikgu, patutlah ramai cikgu stress..

    ReplyDelete
  11. @relevan

    kopi tea adalah jugak gunanya
    copy paste kerja sekolah ni macam nak membodohkan cikgu je

    ReplyDelete
  12. @ain fathihah

    kalau nak meniru , buatlah cara pandai... meniru buta ni menyakitkan hati je

    ReplyDelete
  13. @n@m@n

    ni mesin fotostat manual namanya

    ReplyDelete
  14. @FairyLilly

    ya... masa menyalin pun tak membaca, kan... memang macam mesin fotostat

    ReplyDelete
  15. @Acik

    memanglah acik..
    perkara tak betul yang susah nak diperbetulkan

    ReplyDelete
  16. weee....itu juga saya!tapi tak penah kot tiru 100% sama smpai mcm tu sekali!hahaha
    Be a muslim?Oh!sorry.I'm not interested...

    ReplyDelete
  17. errr,.... camne pulok cikgu boley tau keje raihan yg di tiru? Tah-tah, raihan yg tiru kawan dia.....:)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.