Saturday, June 12, 2010

Kita ni pun tak tentu..

Makan malam di kedai mamak lagi. Sambil menunggu makanan, singgah ke kedai buku kepunyaan mamak tersebut.


Ternampak buku edisi terhad Mastika, bertajuk Insaf! Terus saya beli. Okaylah juga.

Ada pengalaman beberapa insan terkenal yang telah menemui jalan pulang, diberi kesempatan oleh Allah untuk bertaubat.

Salah seorangnya ialah Datuk Malek Noor, bertajuk, Syukur... saya masih Islam. Alhamdulillah. Sebelum ini banyak juga mendengar cerita yang tidak baik tentang beliau. Rupanya kini beliau sudah berada di Malaysia semula dan berusaha memperbaiki diri.

Kita ni pun tak tentu, kan. Iman bukan boleh diwarisi atau dijual beli. Hendaknya  janganlah kita jadi seperti Barshisha, lelaki zuhud yang punyai ribuan anak murid, tetapi di akhir hidupnya beliau sujud kepada syaitan yang memperdayanya. Nauzubillah...

~cikgunormah@klcitizen~
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Ya.. pernah gak dah baca kisah Malek Noor ni. Dia pernah kahwin dgn wanita Jepun. Dah lama dah dok balik Msia semula, buka restoren kot. Tapi hebat dia, ada rumah mewah (penthouse).

    Syukur bila diberi peluang begitu kan? Kita lum tentu lagi..

    (uikk mana entri 1Malaysia? nampak di list tadi)

    ReplyDelete
  2. kalau adalah seorng manusia selain dr rasul yang boleh menentukan pengikutnya sebagai jaminan masuk syurga pasti lah kita ajaran tersebut sesat..kerana kita belum tentu lagi..

    kata2 disebalik "kita ni pun belum tentu" buatkan sy teringat pula tentang satu perkara.cuma nk kongsi..bila di masjid2 mahupun surau2,atau dimana-mana sahaja..alim ulama memperkatakan perkara-perkara dosa,dan perbuatan-perbuatan yang boleh menuju ke neraka,konsert2 maksiat,malah ikutan kepada jadinya kita bersubahat sama untuk bersama dengan orang yang jelas melanggar perintah Allah boleh menempah tiket ke neraka,perkara2 yg boleh membatalkn islam dan banyak lagi..maka ada pula orng awam yg jahil agama yg menyindir kata2 ulama atau orng yg menyampaikan kembali akan peringatan Allah ini.katanya ulama/orng tersebut berkata ibarat mereka ini dijamin masuk syurga pula nk jelaskn jenis orng yg msk neraka,malah ada juga yg menyindir,katanya orng yg berkata-kata tentang neraka seolah-olah merasa ibarat mereka suci..dan hal ini sememangnya wujud.apabila ulama yg hendak menyampaikan kebenaran dikritik hebat kerana sesuatu yg dikritik terkena batang hidungnya dan tak berpuas hati.

    secara peribadinya,bg sy ini adalah amanah yang mesti disampaikan dr seorang yg lebih mengenal akan isi alquran atau yg menerima pesanan ini untuk disampaikn sebagai peringatan Allah kepda dirinya sendiri dan masyarakat..dan apabila mereka berkata-kata,semestinya kena sampaikn dngn jelas.kita dengar dan kita muhasabah lah kembali.tak perlu nk mengkritik..

    ReplyDelete
  3. azie

    post 1Malaysia tu dah di delete
    ada masalah siit

    ReplyDelete
  4. syah

    betul cakap syah tu
    entri saya tidak bertujuan mengkritik, cuma saya menilai diri saya sahaja ...

    ReplyDelete
  5. Saya pun jenis rajin beli buku, tapi tak semua habis dibaca, mungkin perlu lebih banyakkan masa untuk membaca...Buku ni dekat kedai bese ada jual??

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.