Saya bukan ahli ekonomi, jadi saya bukan hendak menulis tentang isu tersebut dari kaca mata ahli ekonomi, bagaimana membendung atau cara mengatasinya.
Saya hendak menulis berdasarkan kerisauan seorang rakyat biasa yang sangat tidak tahunya tentang aspek ekonomi yang pelik-pelik ini. Yang mana, saya adalah antara salah seorang dari ribuan mungkin, yang telah diberi amaran oleh orang yang berkuasa dan lebih arif tentang isu tersebut.
Sebenarnya apa jadi kalau Malaysia muflis? Bagaimana saya hendak membayangkan buruknya situasi tersebut? Bila cakap pada emak saya, yang Malaysia akan muflis, dia tanya balik, habis tu, jadi apa kat kita?
Pakcik Google lah juga tempat saya bertanya.
Situasi bila Malaysia muflis
sumber |
1. Matawang negara tersebut akan jatuh, dan nilainya mungkin lebih rendah dari harga kertas tersebut. Ingat duit kertas Jepun masa zaman Perang Dunia Kedua... berguni-guni duit kertas Jepun cap pisang.. tak bernilai langsung.
2. Hasil keluaran ekonomi akan merosot teruk.
3. Sektor jual beli dan sektor perkhidmatan akan musnah.
4. Kadar pengangguran meningkat.
5. Harga barangan import meningkat, kerana duit kita sudah tidak bernilai.
6. Bantuan kewangan dalaman tiada. (tak bolehlah buat pinjaman di bank)
7. Kualiti hidup merosot teruk. (nak gi tengok wayang, tak boleh lah....saja contoh ya)
Ada lagi?
sumber |
Yang no 5, 6, 7 tu menakutkan...
5. Akan ada keadaan huru hara (tiada polis yang boleh menstabilkan huru hara atau bomba yang memadam kebakaran)
6. Masing-masing akan berbunuhan antara satu sama lain untuk makanan.
7. Negara kaya akan membeli negara kita dan menukarkan demokrasi menjadi sistem diktator.
Takutnya....
~cikgunormah@klcitizen~
5,6 dan 7 memang menakutkan..
ReplyDeletekalau negara tak muflis janganlah kata muflis pula (harap2nyer).. itu kan nanti menjadi doa..
salam,
ReplyDeletesama-samalah kita berdoa dan meminta belas kasihan Allah swt supaya terlindung dr itu semua. kita tak tahu perancangan Allah swt lg berkuasa dr perancangan atau 'tilikan' manusia. wallahualam..
apa akan jadi bila msia muflis???=(
ReplyDeleteAstaghfirullah Hal Azim... Dahsyatnyer kesan kalau negara muflis...
ReplyDelete@cikgu isza
ReplyDeletekita harap dan berdoa, tidaklah, kan isza
@Lynn Nasir
ReplyDeleteya, betul... lynn
@dayah aziz
ReplyDeleteyang pastinya, huru hara
@Webmaster@Echam
ReplyDeletememang menakutkan
salam cikgu, sekadar berkongsi..
ReplyDelete..apa kata..
..cuba cikgu google tentang greece, swaziland, somalia, sudan, macamana hidup diorang sekarang?
atau..kita tengok keadaan negara zimbabwe yang wang kertas berguni untuk belanja makan malam.. sekadar gambaran awal keadaan apabila wang jatuh teruk..
saya tak rasa akan jadi macam tu (dan doakan agar tak terjadi)..
sebabnya, kalau dah muflis, negara miskin yang lain dah lama muflis. dan orang kita mesti ada cara untuk biarkan negara kita tak muflis (selain mansuh subsidi)..
apa-apa pun, semua di atas tu cumalah spekulasi dan teori mereka..dan kita tak harap jadi macam tu..
Salam Cikgu,
ReplyDeletesukar nk digambarkan
huh..propa~
ReplyDelete