Monday, June 28, 2010

Pengadilan yang pasti...

Dunia ini terlalu banyak pengadilan, tetapi susah sungguh mencari keadilan.


Itu kata-kata Ustaz Pahrol dalam sembang motivasinya pagi tadi di radio IKIM. Setiap yang beragama pasti ada 'sense of the end'. Semua agama meyakini bahawa ada kehidupan kedua setelah kehidupan di dunia ini. Kerana tanpa keyakinan tersebut pasti setiap dari kita akan hilang punca dalam kehidupan.

Setiap dari kita pernah disakiti hati tanpa kita minta. Kesilapan lama memang tidak boleh dihapuskan dari sejarah hidup, Tetapi kalau dek kesilapan itu setelah kita cuba melupakan dan membuka lembaran baru dalam hidup, hati kita terusan disakiti, memanglah kita berdoa akan adanya pengadilan.

Pasti juga ada yang dianiaya dalam hidup, tanpa sebab dan kehendak. Kekadang yang pecah amanah terusan mencanak naik kehidupannya, sedang yang amanah dan baik terusan ditindas serta terpinggir. Keadilan di dunia memang seolah tidak wujud, tetapi bagi yang meyakini, pastinya hidup di dunia ini tidak berakhir di sini. Akan tiba masanya, nasib akan berubah dan menjadi lebih baik di sana, insyaAllah.

Seboleh mungkin janganlah kita cuba menyakiti sesiapa, baik dari kata atau tingkah kita. Kekadang menghiris hati dengan tulisan lebih dalam calarnya dan lebih tekad doa yang tercalar. Cerita lama janganlah diungkit-ungkit, biarkan ia terkubur dan bawalah hidup masing-masing dengan cuba mencari kebaikan.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. mahkamah dunia adalah ciptaan manusia..diakhirat kekal abadi...:-)

    ReplyDelete
  2. Kadang kesilapan dan kesusahan kita yang kecil sering diungkit-ungkit...Pepatah kata Roda sentiasa berpusing pada kiraan paksinya....

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Sifat adil adalah antara sifat Allah s.w.t. yang amat mulia. Allah s.w.t. Maha Adil terhadap hambaNya dan tidak ingin melihat hambaNya menzalimi sesama sendiri ataupun dizalimi oleh individu lain. Tapi manusia didorongi oleh hawa nafsunya maka keadilan sukar ditegakkan.

    ReplyDelete
  4. tu la..mulut ni mmg leh buat seluruhnya binasa..tp payah tul nak kontrol mulut kadang2

    ReplyDelete
  5. kadang rasa tercabar juga bila kita dah memaafkan org tu,tapi dia tetap x berubah malah makin galak menabur fitnah,rasanya x kuasa nak melawan...jadi beserah kepada Allah je!!

    ReplyDelete
  6. tak suka orang suka mengungkit menda2 lepas. for me, even menda lepas tu pahit tapi try sebaik mungkin untuk lupakan.huhuhu

    ReplyDelete
  7. @zuri3389

    ya.. betul zuri.
    kita pun kena fikir juga, masa kita pasti tiba juga

    ReplyDelete
  8. @~Blabberina~

    saya pun kekadang terlepas kata dan terlepas tulis
    sesekali kena mengingatkan diri juga

    ReplyDelete
  9. @hai

    betul hai...
    manusia ada yang suka menyakitkan hati orang lain

    ReplyDelete
  10. @lizz

    ya.. lizz
    kita cuba nak lupakan, orang lain sibuk nak ingatkan kita
    memang tak suka dan menyakitkan hati

    ReplyDelete
  11. Selalu berharap nak jadi baik dengan semua orang tanpa prasangka dan kadang2 tindakan kita pula yang di pandang negatif seolah-olah berbuat baik itu perkara pelik dalam dunia

    ReplyDelete
  12. salam cikgu,

    kesilapan yg telah dilakukan akan diadili olehNYA... mengulangi kesilapan yg sama juga akan diadili olehNYA... kesilapan yg telah dilakukan seseorang bukan mudah utk dilupakan... apatah lagi sehingga kini kesilapan tersebut masih dilakukan....perit untuk melupakannya.... janganlah menyakiti hati sesama kite... sesungguhnya org2 seperti ini akan menerima balasannya kelak...bukan hari ini...bukan esok..bukan lusa..tetapi pada bila2 masa sahaja... sesungguhnya jauhkanlah mereka2 seperti ini daripada hidup kite...AMIN..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.