Buat yang masih tak tahu lagi, Pusat Babyhatch di Malaysia telah menerima bayi pertamanya, yang berusia 5 hari.
sumber |
Pusat ini mengambil contoh dari negara Jerman, Pakistan dan Jepun. Memang banyak pro dan kontranya, kan, tetapi tengokkan si bayi dalam gambar tu berbaloi jugalah ada pusat seperti ini.
Di Jerman kabarnya terdapat 60 pusat babyhatch seperti ini. 60% dari bayi yang ditinggalkan itu biasanya akan dituntut semula oleh ibu bapa kandung setelah mereka berubah fikiran. Itu pun jangka masa boleh tuntut semula ialah 8 minggu. [sumber]
Jepun memulakan babyhatch mereka pada tahun 2007 , tetapi menghadapi masalah kerana ramai yang meninggalkan anak mereka yang cacat.
Kita tengoklah macam mana kesan baby hatch ini dalam masyarakat kita. Harap-harap tidak adalah lagi bayi yang meninggal dunia dalam tong sampah atau hilang kaki tangannya dimakan anjing lagi selepas ini.
Dan kepada adik-adik di luar sana, berhati-hatilah dalam dunia percintaan. Tidak segala yang manis itu indah.
~cikgunormah@klcitizen~
untuk bayi ada babyhatch. untuk ibunya ada raudhatus sakinah. IM secara tak lansung satu masa dulu terlibat dengan RS ini yang menempat dan mendidik anak gadis yang terlanjur.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSemoga ianya tidak disalahgunakan, bimbang makin ramai anak luar nikah..
Kita berfikir tentang tempat buang bayi.... tetapi tidak berfikir untuk mengelakkkan bayi-bayi tersebut terhasil. Suasana persekitaran tidak banyak membantu. Janganlah kita berbangga hasil dari perbuatan yg buruk.
ReplyDeletemencegah lagi baik dr mengubati..inilah yg harus dilakukan walau dari segi moralnya ia kurang baik :-)
ReplyDeletejanji nyawa diorg dpt diselamatkan. ada tak baby hatch nak bagi baby dekat yang memerlukan agaknya nanti?
ReplyDelete...walaupun niat nya baik...namun implikasinya amat mrunsingkan...
ReplyDeleteadakah ini akan menggalakkan lagi kes buang bayi? walopun ke babyhatch tp buang still buang kan..ya Allah..
ReplyDelete@Insan Marhaen
ReplyDeletemesti IM banyak pengalaman bersama RS dahulu....
patut ditulis tu
@Abd Razak
ReplyDeleteya ... itu antara perkara yang membimbangkan juga
@abu muaz
ReplyDeletememang tak patut berbangga, cuma saya rasa patut juga ada pusat sebegini
@sahromnasrudin
ReplyDeletememang tak baik... tapi ada alternatif bagi yang dah hilang punca
@hazeleyed lady
ReplyDeleteya ... part itu membimbangkan
@Lynn Nasir
ReplyDeletekita harap dapat mengurangkan kematian bayi yang tidak diingini, tapi, langkah mencegah membuat bayi tanpa nikah patut didahulukan