Saturday, June 26, 2010

Berbadan dua

Sedang menunggu waktu masuk ke kelas awal pagi Jumaat, sempat bersembang Jumaat dengan rakan-rakan yang masih muda-muda dan masih dalam fasa produktif. Salah seorangnya menekan bahagian perut sebelah kanan sambil muka mengerut seolah menahan sakit.

"Kenapah Dah? Sakit?"

"Ya, kak normah. Doktor kata air kencing kotor tapi sakitnya di belah kanan perut ni...bukan di bahagian ari-ari. Demam yang sudah pun tak kebah lagi ni."

"Engkau kena jaga betul-betul Dah, jangan pikir sangat pasal kerja sekolah ni. Kesihatan tu yang pentingnya. Sudahlah susah nak lekat.." seorang sahabat menasihat.

"Tulah, dengar cerita si Kiah dah keguguran, semalam Wok pula mengadu belakang pinggangnya sakit selepas sibuk di padang. Aku pun risau. Takut jadi macam  hari tu." sambung sahabat lain,  yang juga sedang mengandungkan anak ke tiga setelah keguguran hujung tahun lepas. Semua nama yang disebutnya itu juga sedang berbadan dua masing-masingnya.

Memang kasihan. Walau pun nasib saya tidak sebaik mereka, tapi memang belas melihat rakan-rakan yang berbadan dua  di sekolah. Naik tangga turun tangga, kejap ke blok A, kejap ke blok C, mengejar pelajar lagi, berdiri sepanjang waktu mengajar atau mengawas peperiksaan, sempat berkebun dan bergotong royong, dan di hari sukan ke hulu hilir menguruskan pelajar-pelajar di padang dan di kelas. Yang sihat walafiat macam saya ni pun selalu mengah memanjat tangga, apatah lagi mereka yang berbadan dua.

sumber


Mungkin juga kerana itu ramai juga yang mengalami keguguran. Boleh dikata setiap tahun mesti ada yang mengalami situasi keguguran di sekolah saya. Memanglah setiap satu yang berlaku ada rahmat di sebaliknya. 

Satu kajian sains mendapati bahawa guru-guru mempunyai peratus risiko paling rendah untuk mendapat anak cacat. [baca di sini] Kerana itu agaknya proses keguguran di kalangan rakan saya agak tinggi. Mungkin bagi memastikan anak yang dikandung memang betul-betul anak yang lasak menghadapi situasi . Apa pun moga Allah kurniakan kesabaran di atas kehilangan tersebut bagi rakan-rakan guru yang menerima nasib yang sama.

Dan kepada yang sedang berbadan dua, seperti isza di sana, jaga diri baik-baik. Moga ibu dan anak sihat sentiasa.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. terima kasih cikgu... orang kata sikap kita masa mengandung mempengaruhi anak.. perlu cekal supaya anak juga cekal :)

    ReplyDelete
  2. Saya baru saja keguguran dalam 7 minggu lepas...janin baru mencecah usia 6 minggu. Mengandung bersama cikgu2 muda,dalam usia yang sepatutnya sudah tidak produktif (ha..ha). Anak bongsu pun sudah 10 tahun, anak sulung 17.

    ReplyDelete
  3. ops.. bahaya jugak ye.. biasalah tugas guru, memabng x kenal erti duduk diam..

    ReplyDelete
  4. Ini salah satu betapa istimewanya menjadi kaum Hawa..

    ReplyDelete
  5. Anak2 anugerah Allah.

    Saya cukup tabik kaum wanita yg bersusah payah mengandung lebih2 lagi yg bekerjaya.

    ReplyDelete
  6. @ckLah

    ckLah pun baru je keguguran? harap-harap bertambah sihat ya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.