Tuesday, June 29, 2010

Tutor Peribadi

Pagi tadi sepasang suami isteri datang berjumpa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah, dan meminta berjumpa saya, guru Sains anaknya. Anaknya di Ting 4 di kelas paling hujung. Sebenarnya anak beliau dalam kategori sederhana, tetapi sebab kurang fokus dan kerap juga  ponteng,  akibatnya, pencapaiannya dalam peperiksaan memang lemah.

Si ayah bekerja di Sabah, dan dalam usahanya membantu anaknya, beliau sekarang ini mensyaratkan anaknya membuat peta minda di rumah setiap hari, dan pada belah malamnya beliau akan menyoal anaknya tentang nota peta minda tersebut dari Sabah.

Beliau menyuarakan kemusykilannya kenapa anak beliau tidak dapat menggarap konsep "Jirim dan Bahan" walau pun telah belajar di sekolah. Sama ada guru Sains mengajar tidak cukup padat atau apa?

Terus terang saya katakan:
  • di kelas hujung, pengajaran hanya melibatkan perkara asas, kerana aras pelajar yang lemah menyukarkan pemahaman pada peringkat dalaman. Bayangkan pelajar kelas hujung hendak menguasai bab atom yang terdiri dari proton, elektron dan neutronnya bagi 20  elemen dalam  Jadual Berkala.  Belum lagi dengan sifat dan tindakbalas yang perlu diketahui untuk 4  kumpulan utama  dalam Jadual Berkala tersebut.
  • Saya memudahkan isi pengajaran. Tidak semua yang ada dalam buku teks akan saya sentuh. Kerana ada beberapa perkara dalam buku teks memerlukan pemahaman yang lebih senang dikuasai oleh pelajar yang mempunya 'basic knowledge' yang baik dari menengah rendah, tetapi ia akan menjadi sukar dan payah bagi pelajar kelas hujung yang rata-rata mendapat C, D dan E dalam subjek Sains dalam PMR.
  • Berpandukan soalan-soalan tahun lepas, saya menekankan apa yang perlu dan mesti diketahui oleh pelajar, dan apa yang boleh ditinggalkan.
  • pelajar mesti sentiasa mengikuti pelajaran dalam kelas, untuk memastikan flow pengajaran diterima. Kalau sekejap datang, sekejap tak datang memang payah memastikan urutan ilmu dapat digarap dan memang payah melihat bab secara seluruhnya.
  • Tiada kerja rumah dibekalkan bagi pelajar kelas hujung. Everything has to be done in the class.  Pengalaman mengajar saya sudah cukup saya kira, untuk mengetahui bahawa kerja rumah yang diberi akan sebegitulah  apabila berjumpa di kelas yang lain pula. Kekadang, buku tulis yang dibawa balik akan lenyap dalam perjalanan ke rumah. Jadi, tulis, buat latihan dan hantar pada hari itu juga. Bila nak periksa akhir tahun barulah dikembalikan sepenuhnya pada pelajar.
  • Mengajar di kelas hujung punya teknik yang tersendiri. Lebih baik pengajaran yang pendek tetapi diberi penumpuan dari mengajar berjela-jela, tetapi sepanjang pengajaran pelajar tidur atau berangan-angan. Biasanya pengajaran saya bersyarat, mereka beri kerjasama dalam 20 - 30 minit, selepas itu mereka boleh berihat. Biasanya mereka akan tidur selepas  memberi tumpuan. Kerana kebanyakan mereka jenis yang tidur pukul 2 atau 3 pagi samada bekerja di luar atau merempit semalaman.... (ini saya melebih-lebih je ni)
Walau bagai mana pun, saya menyokong usaha si bapa kerana jarang berjumpa bapa yang sangat prihatin tentang cara belajar si anak. Biasanya hanya si ibu yang akan berjumpa guru-guru menyuarakan rasa risau dan khuatir tentang si anak. Kalau ada si bapa pun yang datang biasanya mengkritik tentang kekurangan dan ketidak upayaan guru-guru mencemerlangkan si anak.

Sikap bapa sebegini yang datang bertanya, meminta pendapat dan menyuarakan cadangan memang boleh saja membuatkan guru berkorban masa dan tenaga untuk turut sama berusaha bagi si anak. 

Jadi, masa khas akan  diperuntukkan untuk anak beliau, di luar waktu pengajaran, kerana apa yang akan saya bincangkan isi pengajaran nanti bersama anaknya adalah yang tidak saya bincangkan di dalam kelas. Lebih mendalam lebih men-detail. Itu sudah pasti!

Yang pasti pelajar tersebut mendapat tutor peribadi secara percuma.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. jgn salahkan kayu klu sedang berjalan terlanggar olehnya..salahkan kaki sendir :-)

    ReplyDelete
  2. IM masa anak masih sekolah selalu jumpa guru. berbual dengan HEP dan minta tengok buku kedatangan.

    Bagi pandangan IM, kalau kita berbaik dengan guru, insyaAllah anak kita akan mendapat perhatian lebih sikit dari mereka.

    maklumlah, anak-anak IM 'baik-baik' adanya...

    ReplyDelete
  3. salute kat cikgu....susah nak dapat cikgu sebegini sekarang!!abah saya penah mengajar mengaji secara percuma dan dia berniat semoga anak dan cucunya dipermudahkan menerima ilmu yang sama dgn guru yang lain...alhamdulillah!

    ReplyDelete
  4. masalah dan kerenah pelajar kelas2 hujung ni boleh buat buku. dahlah bawa satu buku jer.... masa bm tulis bm, masa math koyak bm, tulis math pulak. begitu lah seterusnya. esoknya buku baru pulak. kena klas2 cam ni mmglah kenalah banyak bersabar. tekanan dari kiri kanan dtg..... dari pelajar, parent, pentadbir dan macam2 lagi

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah
    inilah berkhidmat kerana Allah!

    ReplyDelete
  6. @sahromnasrudin

    ramai yang menyalahkan si pembuat kayu...

    ReplyDelete
  7. @Insan Marhaen

    memang patut dicontohi sikap IM
    payah nak jumpa

    ReplyDelete
  8. @hai

    cuba mana yang termampu...
    tak lama pun, sebab tak boleh lama-lama
    biar sikit tapi istiqamah

    ReplyDelete
  9. @iBu...gUru

    senario yang sama je ya ibu guru... kita cuba mana yang termampu je lah... kalau boleh kita tolong, kalau tidak tak boleh nak kata apa pun lah

    ReplyDelete
  10. @ummumishkah
    cuba mana yang terdaya ummumishkah, harap2 Allah terima sebagai sebahagian dari amal yang baik

    ReplyDelete
  11. tahniah cikgu.. semoga apa yang dilakukan akan menampakkan hasilnya suatu hari nanti.. sebenarnya.. kat kelas sederhana pun masalah yang sama.. ada ibubapa yang bising kenapa kerja rumah tak banyak.. kena jelaskan juga ada murid lemah di sini.. kita pukul sama rata.. kalau dia berminat nak buat kerja tambahan.. cikgu takde masalah untuk menyemak...

    ReplyDelete
  12. salm cik gu..seorang guru..taukan..bagaiman cara menangani murid2nya..usaha guru..patut disanjong..kita ibu bapa..kenalah selalu berjumpa guru untuk mengetahui keadaan anak2 disekolah..akak memang jarang berjumpa guru sekolah..selalu ayahnya aje yang jumpa..akak sensitif sikit..apa saje penerangan yang cik gu bagi..mesti air mata akak dah dok tepi..cik gu cakap yang baik2 pun sedih jugak..sudahnya malu..sendiri..baik suami aje yang pergi...

    ReplyDelete
  13. betul tu kak,

    mengajar kelas hujung perlu cara tersendiri

    tak boleh selalu marah², melenting

    kena main psikologi ;)

    ReplyDelete
  14. Salam..

    Pendapat Nida... keadaan kelas yang terlalu ramai menyukarkan guru untuk memberi perhatian lebih kepada pelajar yang lemah.... ditambah pula dikelompokkan dalam kumpulan yg lemah juga, maka tiada motivasi dari persekitaran untuk maju ke depan.. wallahualam

    ReplyDelete
  15. Tabik spring kat kak normah....
    memang kelas lemah ni kena main2, lawak2, bercerita byak2 baru dia nak dengar kata..
    kalau duk chalk n talk tu... cikgu dok syok sendiri.

    ReplyDelete
  16. Nanti Haizam bolehlah dapatkan tutor peribadi dari cikgu ngeee

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.