Sebenarnya saya baru sahaja berblog. Kalau budak, ibarat saya ini baru boleh bertatih. Walau bagai mana pun saya kira saya berada dalam lingkungan orang yang cepat menangkap, terutama bab-bab belajar benda yang saya suka. Dalam usia 'bocah' (budak-budak kecil) dalam blog ini, saya kira saya hendak menulis sedikit tentang adab berblog, terutama bagi mereka yang lebih baru dari saya. (konon-konon dah senior sikitlah ni).
Nak tulis sikit sahaja, sebab usia blog pun baru dua tahun jagung.....
- Tulislah entri dengan tujuan untuk perkongsian membina. Janganlah menulis entri bertujuan menghentam dan membalas dendam terutama terhadap blogger yang lain. Selalu yang kena hentam ni blogger yang sudah terkenal lah, kalau yang tak dikenali oleh sesiapa macam saya ni , haram orang tak tulis pun, kan. Takde faedahnya. Kecualilah blog anda itu blog politik yang sedia maklum asal tujuannya. Perkongsian boleh jadi juga dalam bentuk nasihat yang tidak memalukan dan tidak merendahkan maruah orang. Percayalah apa yang kita tulis akan datang semula dalam hidup kita nanti. .....Hukum karma? (asyik orang lain je guna perkataan ini, ingin menyelitkan juga dalam entri saya)
- Tidak terlalu mendedahkan. Internet bukanlah dunia yang selamat. Segala buah butir dalam blog kita boleh diguna pakai oleh insan berhati busuk dan sakit jiwanya. Begitu juga FB, Yahoo, Gmail atau yang seangkatan dengannya. Butir-butir peribadi seperti susun atur perabut dalam rumah dan gambar boleh dimanipulasi oleh sesiapa sahaja. (saya pun dah terfikir tentang gambar yang selalu saya upload di blog saya ini....) Ada dengar cerita tentang peranan FB dalam CIA sebagai pengumpul data dan maklumat seluruh penggunanya? Itu pun menakutkan juga.
- Memberikan kredit pada yang berhak. Janganlah sentiasa copy paste kerja orang lain. Kalau hendak menyebarkan idea yang baik dari penulis asal, kenalah melakukannya secara berhemah. Link balik ke tuan punya artikel, memaklumkan kepada rakan blog kita bahawa artikel tersebut bukannya ditulis oleh kita tetapi oleh orang lain. Ia lebih terhormat.
- Berani bertanggungjawab dengan apa yang ditulis. Ini terutamanya menyentuh bab komen dari anonymous. Janganlah membaling batu dan menyembunyikan tangan anda, serta menjadi orang yang pengecut. Terutama bila hendak menghentam tuan punya blog. Masa itulah anda menjadi si anonymous. Jika tidak berani memperkenalkan diri, janganlah berani menulis komen yang menyakitkan hati penulis. Anda memang berhak menyuarakan pendapat, tetapi tuan punya blog berhak memadamkan komen anda.
Bagaimana pun saya sedar, siapalah saya. Blogger yang sudah super senior dari saya dalam dunia blogging ini mungkin lebih almaklum dan lebih tahu. Dari mereka juga saya banyak belajar.
~cikgunormah@klcitizen~
selamat hari ulang tahun 2 tahun jagung hehehe
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletebetul, kita kena b'tanggungjawab dgn hasil kerja kita. hargai hasil kerja org pula sebagaimana kita nk org hargai hasil kerja kita.
saya skang ni baru je nak t'hegeh2 buat watermark bagai..tu pun malas nak buat watermark, buat kat paint aje. hehe!
wah...dah 2 tahun ke?tahniah cikgu..teruskan berkongsi~hehe
ReplyDeleteLatest post:Bagaimana Mr.Bean diislamikkan?
cik gu..terima kasih..akak pun belum setahun jagung..pelik kan..jagung pulak..padahal jagung..paling tinggi umor 65 hari dah tanam baru dah..he he saja gurau..
ReplyDeleteapa2 pun amat berguna apa yang cik gu tulis..
ingin IM dapatkan komen yang paling jujur dari cikgu;
ReplyDeleteIM ini ada di dalam kategori mana, ya? Dalam kategori 2?
tkasih kernan menulis sesuatu yang membuatkan IM berfikir....
Setuju semua yang tertulis tu CIKGU...
ReplyDeleteproses belajar bukan sehari dua, bukan setahun dua.. tapi tidak pernah berhenti.
Sama-samalah kita belajar, dan tegur menegur.
lum lg pernah kne hentam dgn anomymous..maklumla, blog sy tak terkenal kan heheheheh....
ReplyDeleteSalam Kak :)
ReplyDeleteSelamat menyambut ulangtahun ke-2 bagi KL CITIZEN.Semoga tuan punya blog terus gigih menulis dan melontar pendapat, insyaAllah pengisian yang dapat diraih kebaikan darinya oleh pembaca. Semoga terus istiqamah... :)
Salam kak :)
ReplyDeleteSelamat ulang tahun ke-2 buat KL CITIZEN.
Semoga terus gigih melontarkan idea yang insyaAllah akan diraih manfaatnya dari para pembaca.
Salam ukhuwwahh berpanjangan :)
yg penting berblogging lah secara sihat ;)
ReplyDeletesalam cikgu,
ReplyDeletenampaknya cikgu lebih lama dari saya..
betul tu cikgu..
kadang2 risau terbabas juga..
kalau saya salah.. tegur2lah yer.. :)
@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr
ReplyDeletesebenarnya belum dua tahun lagi... sekadar menyedapkan ayat
@Lynn Nasir
ReplyDeletesaya pun tak reti camana nak buat watermark
@iqbalsyarie
ReplyDeletebelum lagi iqbal... tapi dah setahun lebih
@kak Erna
ReplyDeletesama-sama
tegur-tegurlah saya jika terdapat kesilapan
@Insan Marhaen
ReplyDeleteIM...
tak tahulah,
saya sekadar menulis tanpa berniat menuju ke sesiapa,
janganlah terasa ya
@azieazah
ReplyDeleteya azie, saya pun banyak belajar dari azie juga
@sahromnasrudin
ReplyDeleteblog saya ni pun tidak terkenal, tetapi ada juga terkena tempias si anonymous
@Ros Illiyyuun
ReplyDeleteinsya Allah, walau pun belum 2 tahun tetapi sudah memasuki tahun kedua
@Nazra~
ReplyDeleteya... begitulah hendaknya
@cikgu isza
ReplyDeletetegurlah saya sama....
salam normah,
ReplyDeleteTahniah...2 tahun yang mematangkan dalam dunia bloggers.....saya masih meniarap, tak pandai sangat nak menambah itu dan ini...yang boleh saya lakukan hanya menjadikan blog medan saya meluahkan rasa hati dan melatih diri menjadi penulis tak bertauliah.
Ass-salam dear sis
ReplyDelete...Dont worry...you did well!
salam,
ReplyDeletetegur menegur amalan yg baik kan..kadang2 aper yg ditulis itu xsemestinya utk tuan punyer blog.. hanya utk berkongsi sahaja dan pengalaman si pembaca blog dan pengalaman kawan2 si pembaca blog sahaja....ttp kalau tuan punyer blog terasa hati ia tidak ada kena mengena (kalau x wat salah x terasa punyer)... dan bukan utk menyakiti hati sesiapa..si anonymous bukanlah pengecut seperti yg disangka... hanya utk mendiamkan diri sahaja buat seketika dan akan muncul jua bila akhirnya...