sumber |
Ha... tak sangka. Rupanya budak lelaki lebih sensitif perasaannya berbanding budak perempuan. Lelaki dewasa juga didapati mempunyai tahap emosi lebih sedikit dari perempuan, tetapi lelaki lebih cepat mengawal emosi dan menunjukkan muka tak kisah..
Jadi, kalau anak-anak kita masih kecil, kena tengok-tengok sikit anak lelaki kita ni.
9. Kurang daya tahan menghadapi kesunyian
Lelaki berusia kurang daya tahan terhadap kesunyian berbanding wanita. Lelaki yang mempunyai perkahwinan yang stabil didapati lebih sihat, kurang resah dan lebih panjang umur.
8. Lebih bersifat penyelesai dalam masalah
Dalam menghadapi sebarang masalah, lelaki dilihat cuba mencari penyelesaian berbanding memikir dari sudut perasaan.
7. Lelaki memang cenderung memerhati wanita seksi
Ini disebabkan hormon testosteronnya yang lebih 6 kali dari dalam wanita, memang sifat lelaki seperti radar apabila melihat wanita seksi. Walau bagai manapun, kita (orang perempuan) janganlah khuatir sangat ya, sebab biasanya mereka akan lupa dengan perempuan seksi tersebut.
Tapi, apa pun, perkara yang luar biasa mungkin juga berlaku!! So hati-hati.
6. Bersifat mempertahan
Lelaki akan cuba mempertahan apa yang dirasakan miliknya. Dan jika tercabar, memang mereka cenderung untuk bertindak kasar atau ganas.
5. Menjadi boss
Memang menjadi sifat lelaki untuk menjadi boss di mana sahaja. Walau bagai mana pun, hirarki dalam organisasi kerja biasanya dapat menghalang kawlan hormon testoteron ini. Jadi... di rumahlah tempatnya lelaki berpeluang menjadi boss sepenuhnya. (kecualilah ada queen control yang punya hormon testeosteron lebih dari suaminya)
4. Lelaki matang bersaing secara sihat
Kajian menunjukkan, lelaki muda yang tinggi kandungan testosteronnya lebih cenderung bersaing dari segi fizikal satu lawan satu, tetapi semakin berusia, persaingan lebih melibatkan persaingan antara kumpulan.
3. Lebih bersifat ke'ibu'an semasa isterinya mengandung
Lelaki yang isterinya mengandung didapati mempunyai tahap testosteron yang lebih rendah dan tahap prolaktin yang lebih tinggi. Kajian menunjukkan pada waktu isteri mengandung biasanya lelaki lebih bekerjasama. Dicadangkan bahawa feromon (sejenis hormon juga) dari ibu yang mengandung yang memungkinkan sebab ini.
2. Bapa yang bermain dengan anak
Anak-anak yang kerap bermain dengan bapanya didapati dapat belajar lebih baik, lebih yakin dan dapat menghadapi realiti hidup lebih baik.
1. Curang
60% lelaki adalah setia pada pasangannya dan perkahwinan mereka bahagia. Kajian menunjukkan kecurangan biasanya berlaku bagi lelaki yang berumur 30 tahun ke bawah. (kajian ini di Barat sana... mungkin kurang sesuai di sini)
Boleh baca lebih lanjut di bawah.
Sumber : livescience
interesting info! tq for sharing and ada award untuk cikgu di http://littlemishkah.blogspot.com/2010/06/creative-blogger-award.html
ReplyDeletesila ambil lah yer!
Salam...
ReplyDeleteYa cikgu, saya sensitif...hehehe
Salam cikgu..lelaki jiwa halus..tu pasal...hehe!
ReplyDeletehmmm..
ReplyDeletesukar ku nafikan...
yg bawah skali tu bukan curang..
mat saleh curang dier tahap gaban..
cuma lelaki ni kadang gatal sket..
2,3 orang..
majoriti tak.. he3..
lanun tak...... kot.
ha3.
peace akak..
smoga always bahagia bsama famili.
hya isteri yg faham suami. ;-)
@ummumishkah
ReplyDeleteterima kasih
akan ke sana
@Abd Razak
ReplyDeletewalaikummussalam
baru saya tahu...
@relevan
ReplyDeletebegitu rupanya ya.... relevan
@LaNuNsepet
ReplyDeleteinsyaAllah lanun tak gitu
Lelaki oh lelaki...
ReplyDeletetetap juga kita tidak boleh hidup tanpa mereka. Nanti sapa yg nak pi kedai malam-malam time mengidam Mee Siam?
atau sapa nak tolong sangkut baju tinggi2 atau amik tin biskut atas almari?
Lelaki lah jugokkkk...
azie
ReplyDeletebetul sangat-sangat tu...
diorang ni sensitif tau azie
cuba mencari no berapa yang ngam dengan saya..ehhe
ReplyDeleteLelaki dan perempuan.. ada samanya..
ReplyDeleteLAki sensitif bila kawan atau kekasih dia tak pandai jaga hati...kalau orang asing, peduli apa dorang...sekian...hehe
ReplyDeletecikgu,
ReplyDeleteLelaki hebat..hehehe
nk tanya part yg last skali..CURANG..
kt sini xleh pakai part nie sbb kt negara kite nie rasa2 sama jer perempuan curang ngan laki curang kan..
nie sumer pasal lelaki..camner lak kalau PEREMPUAN,GF dan ISTERI yang curang...brp peratus agak2 nya??? rasa2nya samer jer kan...
kalau isteri yg curang.. neraka jahanamlah tempatnya...gf xper lg kot..sbb lum jadi bini kan..
Salam.
ReplyDeleteSemua tu betul. kan sumber ini kajian barat. mungkin boleh tambah gi sampai 20 ke he he.. laah manusia kan, yang betul2 manusia k lah. manusia cam hewan pun de jugak lelaki dan pompuan pun de lah. pergaulan bebas hubungan bebas makan bebas segala2nyer bebas, kan yer tu, tak sembahyang tak ngaji tak makan yang halal jer. oh banyak lagi leer ho ho . .