Monyok.
Situasi apa yang menyebabkan seseorang menjadi monyok? Ikut orang dan ikut keadaan kan. Tapi rata-ratanya adalah disebabkan apa yang dihajat di hati tidak difahami dan tidak dapat dipenuhi oleh orang lain.
Tapi masalah yang paling besar saya kira ialah bukan orang yang sedang monyok tu.
Masalahnya ialah orang paling rapat dengan si monyok. Kalau si monyok jenis yang meluahkan perasaan dan memberitahu apa yang terbuku di dada... masalah boleh juga dikurangkan. Tapi kalau si monyok masam mencuka dengan bibir panjang sedepa dan mengharapkan orang lain tahu apa yang sedang berlegar dalam fikirannya persis tok nujum paling handal dalam dunia memang payahlah jawabnya.
Memang tiada siapa yang dapat menerka apa yang tersimpan dalam dada. Sedangkan diri sendiri pun kadang sukar menerka tindakan sendiri. Dan faktor monyok menambahkan lagi sukar dan getirnya keadaan.
Namun begitu... saya tahu ramai yang tahu monyok hanya dituju pada orang tertentu. Monyok kita bukan untuk semua, kan. Hanya orang-orang terpilih sahaja anugerah monyok akan diberikan.
Mmm ... hidup ini memang penuh dugaan. Dan monyok adalah salah satu darinya...
~cikgunormah@klcitizen~
kalau isteri selau monyok depan suaminya??ditambah lagi perisa MUNCUNG?haish tak pasai2 naik tangan..eh..haha
ReplyDeletesiapa yang monyok kak?
ReplyDeleteanak soleh tu ke?
Cikgu Normah...
ReplyDeletekalu saya monyok tu disebut “mengkut”. Ikut gaya orang Melaka bercakap...
Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar
Monyok boleh membawa kepada kemurungan..bahaya gak nih..
ReplyDeletemonyok klu pd seseorg tu tak salah asalkn berpada2lah... mgkin itu tanda protes atau utk tarik perhatian..
ReplyDeletetp klu dah selalu sgt,kemurungan plak nnt jadinyer...bahaya woo..
hehe..
Assalamu'alaikum Normah
ReplyDeleteSusah juga kan kalau asyik monyok memanjang je..
kalu kawan ngan orang., ada masalah, tak payah la tunjuk monyok...buat orang frust je....hehehe
ReplyDeleteالسلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteKalau boleh tak nak monyok-monyok :)
Orang tak sihat pun boleh moyok...
ReplyDeleteDi serang babi hutan
@IMANSHAH
ReplyDeleteish... janganlah sampai naik tangan .... suami kena banyak sabar
@cikgu isza
ReplyDeleteanak soleh tu memang selalu monyok kalau suruh baca buku
@azieazah
ReplyDeletefirst time dengar perkataan mengkut ni azie
@relevan
ReplyDeleteya, betul tu
@hysman
ReplyDeleteya lah hysman, kalau dah acap sangat kena bawak jumpa psikiatri kut kan
@Werdah
ReplyDeletewaalaikummussalam kak werdah
memang susah kalau dapat kawan jenis monyok memanjang ni kan
@faizal
ReplyDeletebetul faizal
@Abd Razak
ReplyDeletewaalaikummussalam razak... rasanya razak ni bukan jenis pemonyok
@Miecyber
ReplyDeletetak sihat hati yang selalu terlebih monyok ni