Itu yang terluah, tatkala bekas pelajar bertanya khabar, adakah saya masih mengajar Kimia dengan segala kisah tentang bonding antara unsur.
Untuk berhubung dengan manusia, kita mestilah berhubung dengan Tuhan terlebih dahulu. Kuatnya hubungan kita dengan Tuhan, maka kuatlah hubungan kita sesama manusia ~ Ustaz Pahrol
Itu antara kata-kata Ustaz Pahrol dalam slot motivasinya di radio Ikim semalam yang sempat saya petik dan lekatkan di fikiran. Selembut suaranya menerjah telinga, selembut itu ia berbekas di hati.
Dalam setiap hubungan, pasti sesekali ada rasa khuatir dan ragu- ragu. Apakah rakan, teman atau kekasih yang berada di hadapan kita ini jujur dalam hubungan. Adakah hatinya tulus memberi dan menerima?
Hubungan yang kuat adalah hubungan yang sudah teruji dengan tribulasi. Setelah tersungkur, biasanya kita akan bertanya apa yang tidak kena hingga terjatuh begitu. Jika bangunnya kita bersama, maka perjalanan yang seterusnya akan lebih terisi dengan kepercayaan.
Saya sentiasa yakin dan percaya, hubungan kita dengan sesiapa pun, dapat terpelihara kalau kita sentiasa memelihara hubungan kita dengan Tuhan. Jika takdirnya kita teruji dengan ujian getir, itu kan tandanya Allah ingin kita lebih dekat denganNya, Allah ingin mendengar rayuan dan rintihan kita. Walau tika itu , saya pasti, beban yang terasa di pundak ibarat tidak terpikul, tapi percayalah, masa yang terisi dengan doa tak putus akan merawatnya.
Doa dari saudara juga amat membantu. Kerana itu, saya mengambil ruang ini memohon doa dari Allah agar hati- hati teman dan saudara yang saya sayangi yang sedang diuji, diberi kekuatan untuk menghadapinya .
Kekuatan hati perlu dicari, ia tidak datang bergolek begitu sahaja ...
* payung emas memang bukan percuma, ia datang bersama air mata dan penyerahan diri yang mutlak
~cikgunormah@klcitizen~
Salam cikgu.
ReplyDeleteBagi yang nak menambah cawangan, fikirkanlah masak2. Adakah itu jalan yg terbaik utk semua pihak.
kak normah...
ReplyDeletepayung emas? takut nanti emas yang dicari perak pun tak dapat...
bukan senang mugkin kita ikhlas memberi tetapi macam mana pulak yang menerima adakah jugak seikhlas kita?
renung-renungkan...
assalamualaikum cikgu..
ReplyDeletesemoga cikgu dan keluarga senantiasa dirahmati Allah SWT...
trime kasih atas perkongsian ini
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteYa cikgu payung emas itu perlu dicari seperti pesan Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary:-
"Tidak ada sahabat sejati yang ikhlas dalam persahabatan kecuali sahabat yang mahu menemani kamu walaupun ia tahu akan aib/kecacatanmu dan mengampuni kamu atas dasar persahabatan yang mana ia tiada lain adalah Allah SWT. Sebaik-baiknya orang yang kamu temani adalah orang yang meminta bersahabat denganmu bukan kerana sesuatu darimu yang bermanfaat kepadanya".
bukan senang nak dpt keharmonian antara kita dgn Allah serta makhluk lain,kan?
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteKalau 'payung emas' yang dimaksudkan itu ialah yang berkaitan dengan ganjaran kepada sesiapa yang mengizinkan suaminya berkahwin lebih dari satu dengan ikhlas hati, setakat yang saya tahu tiada terdapat hadis sohih / hasan mengenainya.Hadis dhaif mengenainya pun setakat ini masih belum dijumpai. Mengikut ilmu hadis, jika sesuatu hadis itu bukan dari kategori sahih, hasan atau dhaif, ia berkemungkinan hadis mawdhu' atau palsu.
Hadis dhaif tidak boleh diamalkan kecuali dalam fadha'il a'mal. Manakala hadis mawdhu' langsung tidak diboleh dijadikan sumber/hujah bahkan ia adalah dosa yg amat besar kerana pendustaan ke atas nabi.
Wallahu A'lam.
@Yunus Badawi
ReplyDeleteya...
fikir masak2, tapi banyak yang berfikir tak cukup masak
@JunAina
ReplyDeleteini kes berat
tapi kalau benda yang baik, biasanya bantuan Allah akan sentiasa datang
@sahromnasrudin
ReplyDeletewaalaikummussalam
ameen dan sama2
@Abd Razak
ReplyDeletewalaikummussalam razak
sebelum mencari, baiklah kita cuba menjadi sahabat yang sedemikian kan
@Hamizah
ReplyDeletetak senang, tetapi tidak mustahil kan
@Ros Illiyyuun
ReplyDeletewaalaikummussalam
oo... begitu rupanya ya ros,
terima kasih atas pengetahuan ini
Assalamu'alaikum Normah
ReplyDeleteSelalu kita dengar kalau isteri dimadukan dapat payung emas, entah daripada mana sumbernya tak tahu pula. Belum pernah bertemu nas ataupun hadis.
Tapi yang pasti ialah apabila bersahabat kerana Allah (ada hadis 7 golongan yang akan diberi naungan oleh Allah) bila bertemu kerana Allah dan berpisahpun kerana Allah itu adalah kak dengar.
Mudah2an kita antara yang ada di bawah naungan Allah pada hari itu. amiin