Semasa kecil dahulu mendengar sirah Rasul seperti mendengar cerita pahlawan terbilang. Terasa kagum dari jauh dan cuba membayang wajah Baginda. Ibarat membaca buku cerita, menggambarkan babak-babak perjuangannya yang begitu asing di bumi asing.
Saya mula belajar untuk cuba menyintai Baginda Rasul agak lewat. Itu pun kerana bersahabat dengan teman- teman di UKM yang banyak mengenalkan saya dengan sisi spiritual saya. Memang sudah tertakdir, kerana itulah yang terbaik buat saya.
Di usia yang semakin lewat ini, saya makin cuba mengenal Baginda. Agar kecintaan itu bukan hanya basah di lidah sahaja tetapi menjiwa di hati dan fikiran. Moga bila hati ini terpenuh dengan kasih sedemikian rupa, harap-harap di pertemuan yang kekal nanti ia boleh menjadi bukti yang tuan kepada hati ini adalah salah seorang ummatnya yang disebut-sebut tatkala kewafatan Baginda.... "Ummati...ummati..."
Namun tak semudah itu. Kerana hati ini masih bersarang dengan jiwa jahiliyyah yang cuba disingkir jauh. Dan harapan saya tiap saat, agar Allah membantu saya.
Selamat menyambut Maulidur Rasul.
~cikgunormah@klcitizen~
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteIsteri Rasulullah s.a.w. Aisyah pernah berkata,
Orang yang lebih tampan dari dirimu, belum pernah mata ini melihatnya
Orang yang lebih sempurna darimu, belum pernah dilahirkan wanita
Engkau diciptakan bersih dari semua cacat dan noda
Seolah kau dicipta, seperti yang kau suka
(Aisyah radiyallahu 'anha)
assalamualaikum kak Normah
ReplyDeleteselamat menyambut maulidur rasul untuk akak sekeluraga.sedih kerna waktu ini sambil membaca entry akak, mendengar dari masjid di kuarters ini berkumandnagnya solawat nabi,kak.
salam maulidul rasul kepada semua.
ReplyDeletesesungguhnya mencintai Baginda adalah segala-galanya buat umatnya.
Saya cukup tersentuh dengan lagu pemergianmu oleh kumpulan inteam, mengisahkan kewafatan Rasulullah SAW. Cuba cikgu hayati liriknya.
ReplyDeletesalam akak ^_^
ReplyDeletemoge cinta kita di hati, bukan di mulut sahaja...insyaALLAH
@Abd Razak
ReplyDeletewaalaikummussalam razak
sukanya saya membaca komen ini... terima kasih razak
@ummu
ReplyDeletesalam ukhuwwah dan maulidur rasul dari saya juga utk ummu sekeluarga...
manisnya iman untuk mereka yang tahu
@miera
ReplyDeleteitulah yang sewajarnya kan miera
@ZOOL@TOD
ReplyDeleteya zool ...lagu itu memang menyentuh hati
@cun09
ReplyDeleteinsyaAllah
salam kak...
ReplyDeletesalam maulidur rasul kak...
moga kita menyelami dgn lebih mendalam sifat kebesaran nabi junjungan nabi Muhammad SAW..
insyaAllah kak..
@hysman
ReplyDeleteharapnya begitulah hysman