Thursday, February 3, 2011

berita dari alam kubur.....

Tahu tak Pakcik X dah meninggal kelmarin?

Seperti biasa emak membuat laporan bila saya balik ke kampong, mengemas kini rekod pengetahuan yang patut disimpan dalam fail di kepala.

Innalillahiwa inna ilaihi rojiun..

Ya , apa lagi ucapan yang selayaknya buat menyambut berita kematian. Dan apakah soalan yang paling lazim yang akan terkeluar dari bibir? 

Meninggal sakit apa, emak?

Terjatuh..

Kat mana?

Dekat jalan besar depan rumah kita ni lah, naik motor, agaknya pitam kut, terjatuh ... tak sedar diri lalu dibawa ke hospital oleh adik awak tu yang memang sedang berniaga di kedainya tak jauh dari situ.

Senang je ya matinya... sahut saya.

Habislah sudah kisahnya di dunia ini, dan bermulalah kisah barunya yang tidak dapat kita jangkau dengan deria kita yang terhad ini....

Seperti yang saya baca dalam buku terkini yang baru sahaja selesai saya khatamkan.. Have a little faith oleh Mitch Albom, semasa upacara pengebumian Rabbi nya, ahli kariah synagogue mereka telah diperdengarkan rakaman kata-kata terakhir Rabbi mereka. Dalam kata terakhirnya itu Rabbi tersebut menjawab 2 persoalan yang selalu ditanya padanya.

Satu: Adakah beliau percaya pada kewujudan Tuhan? Jawabnya ... ya.

Dua: Adakah kehidupan selepas kematian? Jawabnya .... " My answer here too is yes, there is something. But friends , I'm sorry.Now that I know, I can't even tell you !"


Setiap dari kita akan punya kisah kematian yang tersendiri dan perjalanan yang seterusnya hanya kita juga yang akan tahu dan tidak akan dapat kita rakamkan walau dengan cara apa pun.


Walau pun di masa hidup kita ini, ada antara kita yang ingin merakam dan mewarwarkan pada semua setiap butir pejalanan hidup kita agar menjadi kenangan dan ingatan, tapi seepas dari noktah hembusan nafas terakhir, tiada upaya untuk kita berbuat demikian .

Takut? Pasti ... ketakutan lahir kerana jalan yang terbentang seterusnya adalah jalan yang tidak pasti. Terlebih lagi bagi diri seperti saya yang hidup penuh lingkaran dosa melilit badan ....


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. To Sis Normah with lots of love
    Siapa pun kita di dunia...kita berhak untuk tidak putus asa memohon rahmat dan keampunan dari Allah.

    Selamat beristirehat sempena CNY.
    Take care.

    ReplyDelete
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Hidup ini diibaratkan seperti kita belajar di sekolah dan liang lahat itu merupakan dewan peperiksaan. Jika persediaan kita mencukupi mudahlah nanti untuk menjawab segala soalan kubur. Namun jika kita tidak bersedia, maka payahlah keadaan kita...

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Normah

    Kehidupan ibarat memandu kenderaan, jika kita pandai menjaga dan mengendalikannya insyaAllah kenderaan terjaga dan akan sampai ke tempat yang dituju dengan selamat.

    Berkenaan susu segar tu, yang memberi petua tersebut menyuruh kak beli susu (goodday fresh milk)

    ReplyDelete
  4. Terimakasih Cikgu NORMAH.
    Berpesan-pesan...

    ReplyDelete
  5. @hazeleyed lady
    kak hazel... tq for the soothing words...

    ReplyDelete
  6. @Abd Razak

    waalaikummussalam razak...

    setiap kali nak periksa memang akan kecut perut... apatah lagi peperiksaan yang sangat besar seperti itu

    ReplyDelete
  7. @Werdah

    bolehlah saya cari susu tu... kak werdah

    ReplyDelete
  8. Itulah yang kita lari darinya, semakin kita lari semakin dia menghampiri kita. Wajah makin tua, tapi umur makin muda...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.