sumber |
Luka lama kembali berdarah. Siapa yang pernah merasa pedih dan sakitnya pasti faham. Ibarat pisau yang paling tajam menghiris tanpa sedar. Sakitnya hingga ke dalam, pedihnya sukar digambarkan.
Kadang-kadang menjadi manusia bodoh yang saban kali mengulang kesilapan memang terasa sesal dan bebal. Sudah ternampak kelibat kecewa, masih juga diredah jalan yang beronak duri. Bukan bodoh selayaknya dilabel pada diri tetapi yang lebih teruk dan hebat dari bodoh itu apa? Dungu? Mungkin....
Tapi ... hati ini pasti akan kembali pulih. Pasti. Kerana doa yang tidak putus ini.
Mungkin ini caranya Allah ingin mendidik, mengajar agar kembali semula dekat denganNya. Persetan dengan janji dan harapan yang digantung pada insan lain, kerana mereka juga sama lemah. Menabur harapan, membibitkan rasa dan semudah itu menghenyak sesukanya. Dan padanlah dengan muka sendiri, kerana lekas percaya.
Sedangkan diri sendiri pun tahu tiada yang selayaknya digantungkan rasa dan harap kecuali Yang Esa.
*entri membebel
~cikgunormah@klcitizen~
Salam...
ReplyDeleteMoga sakit hati yang bertandang akan bisa terbang bersama-sama zikrullah dan doa yang dipanjatkan pada Yang Maha Kuasa.
Rasa sakit itu datang kerana Dia mahu kita 'aqrab' dengan Dia.Mengadulah semahu-mahunya dengan dia, insyaAllah hati yang bahagia kembali ke jiwa. Ameen.
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteBila Allah memberi ujian, Dia ingin engkau mencari~Nya untuk meminta pertolongan dan kelapangan serta ingin engkau kembali kepada~Nya
dengan pasrah dan berserah.
Sabar atas segala ketentuanya kerana manusia telah dijanjikan dengan bahagia dan kecewa untuk mematangkan diri kita........
ReplyDeletepengalaman itu akan mendewasakan kita, setiap ujian dan cabaran akan membuatkan hati kita semakin kuat. Allah akan menguji hambanya hanya setakat kemampuan setiap seseorang itu sahaja...
ReplyDeletesetuju sangat kerana bila kita berhadapan dengan ujian kita akan semakin dekat kepadaNya...
salam..
ReplyDeleteluka yang lama kembali berdarah... harap2 luka tersebut sudah pulih sepenuhnya.. dan janganlah mengharap apa2 dari orang lain kecuali daripadaNYA... kerana ia adalah ujian bg orang2 yang pernah mengharapkan janji orang lain yang tidak mungkin akan terjadi kecuali kepada orang2 yang tidak bersyukur dengan apa yang ada sekarang.. hiduplah dengan keadaan yang realiti dan bukannya masih teringat kepada kenangan zaman silam yang tidak mungkin akan ada penghujungnya..