Mengejek.
"Dia cakap saya tak sunat lagi cikgu...."
Mukanya merah menahan marah. Ariff, namanya, hitam manis kulitnya dan susuk badannya yang besar sedikit pun tidak menakutkan rakannya.
Belum sempat saya berkata apa, Ariff bangun bergerak ke belakang dan menujah kepala rakannya. Dan sepantas kilat, rakannya itu membalas dengan tumbukan di pipi Ariff, tetapi hanya terkena sipi.
Darah dalam urat yang mengalir dalam badan saya meningkat naik. Emak saya beritahu dulu, aruah datuk saya yang berasal dari tanah seberang adalah seorang pendekar, dan pernah memelihara harimau jadian ( :D). Kalau boleh saya hendak bertukar menjadi harimau jadian waktu itu juga. Telinga saya panas, dada saya berdegup kencang menahan marah. Tetapi harimau jadian yang dipelihara aruah datuk telah lama lenyap dan tak mungkin datang di sebelah saya.
"Awak berdua duduk!"
Serasa ada kekuatan untuk menjerit waktu petang ini. Perubahan hormon yang sedang mengambil tempat dalam badan mengikut kitar bulanan saya turut membantu. Pelajar Tingkatan 1 dalam kelas saya semua diam menunggu reaksi saya seterusnya. Kalau boleh ikut hati, saya hendak menggila waktu itu juga.
Namun selalu saya mendengar ada hadis yang menyuruh kita beralih cara jika sedang marah, kan. Saya cari bangku dan duduk menarik nafas. Ah... selamat.
Semasa kecil dahulu pun, saya selalu juga diejek.
Anak Vespa, anak Vespa ... kalau bukan anak vespa, saya diejek sebab rambut berkutu, dan kalau tak diejek sebab rambut berkutu , saya akan diejek sebagai nenek tua, sebab cermin mata saya dulu ala-ala cermin mata nenek tua..
Tapi , alhamdulillah, tak pernah diejek bab bersunat... :D
Nasib baik.
~cikgunormah@klcitizen~
Assalamualaikum:):)
ReplyDeletePerangai bebudak macam tulah kan..
mana2 sama jee
Asalnya nak bergurau..tapi taK kena pada tempatnya..maka..tak semena2 bergaduh!
aDUHAII..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMacam2 budak nikan. Betul2 menguji kesabaharan seorang guru.
hehe. tergelak saya baca entri ni. macam2 perangai pelajar2 cikgu ni
ReplyDeleteahahaha!!! sabor je la aku ngan bebudak nih!
ReplyDeleteJemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!
@Pn Kartini
ReplyDeleteitulah yang selalunya jadi kan
@Kunang-Kunang
ReplyDeleteye lah kak ani, tengah emosi tak stabil , lagilah mengharukan
@ain fathihah
ReplyDeletenanti ain jadi cikgu barule rasa kan...
@Jiji-Fify
ReplyDeletenama pun budak2 kan
macam2lah bebudak ni..
ReplyDeleteyang nak marah tu pasal pe..
ke memang dia tak sunat lagi?
hu3
salam, sabo jelah kak ye..haha tapi bila kenang semula memang seronok
ReplyDeletesalam....
ReplyDeleteejek ni kalau ilang sabor...mau bengkak mata dibuatnya..
naper tak sunatkan aje dua² orang tu.baru diorang tau.hehe
ReplyDelete