Tuesday, March 1, 2011

tuah di keyboard

Entri ini entri berangan.

Orang kata, orang yang bijak tidak panjang angan-angannya. Ya, saya tahu, dan saya tidak berniat hendak memanjangkan angan-angan saya sebab saya juga teringin menjadi orang bijak.

In the world of books, I'm a late-bloomer, a johnny-come lately, new kid on the block. My first , Angela's Ashes , was published in 1996 when I was 66. 'Tis , in 1999 when I was 69.

So, what took you so long?

I was teaching, that's what took me so long. Not in college or university, where you have all the time in the world for writing and other diversions, but in 4 different New York City public  high schools.

When you teach 5 high-school classes a day, 5 days a week, you're not inclined to go home to clear your head and fashion deathless prose. After a day of 5 classes your head is filled with the clamor of the classroom  ~ Frank Mc Court : Teacher Man

Sudah lama menjejak buku Teacher Man oleh pengarang yang pernah memenangi  Hadiah Pullitzer, sejak membaca ulasan buku ini dalam surat khabar bertahun dahulu. 

Seorang guru biasa, yang punya cerita luar biasa di hujung usianya.

Teringin betul...

'Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu...'


Impian lama yang terpendam dalam hati. Bukan... bukan nak menang Hadiah Pullitzer tu, tapi hendak menghasilkan buku yang dibaca oleh orang lain dan diterima sebagai karya yang baik.

Kenapa ya?

Kenapa ingin menulis?

Kerana tidak ingin idea, kisah atau luahan  yang tergaris dalam benak ini berkubur begitu sahaja. Saya ingin insan lain menilai dan berkongsi beza rasa atau sama rasa, atas aksara yang saya susun dan rangkaikan.  Saya ingin mana yang baik itu dibaca dan direnung bersama, tidak hari ini , mungkin esok lusa.



Dan... kalau tuah saya nampak dikeyboard ini, dapat Hadiah Pullitzer tu pun...... ALHAMDULILLAH (dapat pingat emas dan hadiah US$10,000 ....ha, boleh buat haji). 


:)


Okay, stop sesi berangan....!


~cikgunormah@klcitizen~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. Salam cikgu,

    wah saya tiba2 teringin nak baca jugak buku ni!

    Mudah2an ianya menjadi satu kenyataan. Tidak salah membina angan2 kerana dari angan2 akan tercetus usaha. saya doakan impian itu bakal menjadi realiti bila tiba waktunya :)

    p/s: saya juga teringin nak menulis sebuah buku .. tapi entah bila hehe

    ReplyDelete
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Tulisan cikgu di blog ni pun dah kira baik. Kumpulkan dan jadikan satu buku...:)

    ReplyDelete
  3. angan² mesti ada..disusuli usaha..

    saya pun banyak angan² mat jenin..hehe

    ReplyDelete
  4. salam..
    semoga anganmu menjadi
    kenyataan cikgu..apa salah
    mencuba..

    ReplyDelete
  5. Semoga impian cikgu tercapai..saya suka baca tulisan2 cikgu walaupun saya ni silent reader je hehe..jarang nak taip komen

    ReplyDelete
  6. @aimannajmy

    terima kasihlah membaca aiman.
    amin untuk doa aiman

    ReplyDelete
  7. @zulkbo

    ameen...
    tunggu umur 66 nanti
    :)

    ReplyDelete
  8. @Abd Razak

    waalaikummussalam razak...

    entahlah bila tu, angan2 dah lama terpasang

    ReplyDelete
  9. @Izariza

    ameen
    terima kasih atas doa

    harap2 keinginan iza juga termakbul

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.