Esok, tarikh akhir bagi guru-guru yang mengajar di Tingkatan 5 sekolah saya memberikan markah kepada guru-guru kelas, bagi ujian 1 tahun 2011. Selepas itu, pula, guru-guru kelas akan memasukkan data semua markah anak-anak murid di kelasnya bagi semua subjek, dan menyerahkan analisis markah kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah.
Habis dikumpul nanti, Setiausaha Peperiksaan akan menghantar analisis ke Pejabat Pelajaran Daerah dan akan dipanjangkan ke Jabatan Pelajaran Negeri pula.
Tekanan.
Saya dalam tertekan! Tetapi....., tetap juga membuang masa di sini menaip. Nak buat macamana. Ini sebenarnya merupakan satu cara meluahkan rasa tertekan.
"Cikgu,...cikgu salah kira markah kertas saya. Patutlah saya terkejut..."
"Ha, saya lagi terkejut sebab awak terkejut! Saya memang ada masalah mengira sejak kecik, sebab itu awak kena semak balik." Pura-pura saya membuat muka terkejut. Kertas Kimia 2 dan kertas 1 baru sahaja habis diduduki pelajar hari Isnin kelmarin.
Dalam 2 hari hendak menanda lebih dari 100 skrip kertas jawapan bukan kerja mudah. Tanyalah guru pakar mana pun. Ditambah lagi dengan urusan harian di sekolah dan di rumah serta rasa bosan membaca jawapan yang berulang dengan tulisan yang bak cakar ayam sahaja.
"Cikgu, kenapa cikgu bagi salah jawapan saya ni?...Bukan yang ini betul ke?" tanya yang lain, tidak puas hati.
Saya baca jawapannya. Jelas-jelas saya beri markah kosong pada jawapannya yang betul.
"Sapa kata jawapan awak salah? Betullah tu... saja letak kosong nak tengok awak dengar tak jawapan masa saya bincang tadi...."
Itulah alasan basi saya. Mana tidaknya, malam dah pekat menghitam, saya masih menanda kertas, berselang dengan kantuk yang amat.
Tekanan berulang setiap tahun.......
*malam ini akan menyambung lagi menanda dengan aroma nescafe sambil iri hati mendengar dengkur orang di sebelah
~cikgunormah@klcitizen~
besar nya tanggungjawab guru kan..
ReplyDeleteSalam my dear sis:)
ReplyDeleteTak pe..alasan basi yang dikira masuk akal dan ada logiknya...ok pe!;)
cabaran guru..huhu
ReplyDeleteالسلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteBoleh siap ker cikgu...
salam...
ReplyDeleteadussssssss.....nak periksa kertas punya la banyak...lepas tu nak markah kelam kabut...itu la yg terjadi tiap tahun....org atas buat kalut...kita jadi mangsa....
kita memang mangsa keadaan..
suara hati cikgu..
ReplyDeletetertekan dan terus ditekan..
kasihankan..
hu3
salam..
ReplyDeleteselamat menjalankan tugas
hingga ke rumah..kesian..
harapan dapat jadi pekerja cemerlang
nanti..he he
@Gen2Merah
ReplyDeletesamalah kita, kan
@Pn Kartini
ReplyDeleteya tini, harap2 boleh guna lagi tahun depan
@ain fathihah
ReplyDeleteya, ain
tak lama lagi ain pun pasti menghadapinya
@Abd Razak
ReplyDeletewaalaikummussalam razak
alhamdulillah, siap on time
@pak long
ReplyDeletebiasalah tu pak long
kita kan pakar kelam kabut
@cikgu isza
ReplyDeleteisza
jadual yang diatur oleh JPN, kenalah kita akur kan
nak buat camana
@zulkbo
ReplyDeletekalau tak jadi cemerlang pun tak apa, jangan tekanan darah menaik tak terbilang sudahlah