Thursday, March 17, 2011

memang ingin sungguh menyintainya

Sudah hampir ke petang Khamis. Panas, hujan, panas, hujan dan panas semula kebelakangan ini.

Sebab cuacalah, cikgu.

Penyebab yang paling baik bagi segala rasa tidak sihat yang dirasa dua tiga hari ini. Doktor di klinik yang memberi jawapan, walau pun ziarah saya kali ini ke kliniknya bukan mahu beliau menjawab sebarang persoalan, cuma mahukan ubat merawat tidak selesa tekak dan rasa tidak sihat ini.

Yalah doktor.

Sahut saya terhenti, kerana dipaksa membuka mulut  dan termometer klinik dijolok masuk di bawah lidah. Satu cara yang baik mengelakkan pesakit bertanya apa-apa yang tidak relevan dengan isu semasa.

Semua yang bernama manusia pun sama. Ada masa sihat dan masa sakitnya. Ada masa suka dan dukanya. Masa senang dan susahnya.

Waktu sakit begini semua yang menghinggap di lidah rasah pahit dan tawar, tiada rasa dan tidak membangkit selera. Makanan yang berubah rasakah atau lidah yang berubah fungsinya?

....kenapa sukar benar mencintai-Nya? Walaupun fikiran kita mengiyakannya, iaitu logik dan patut kita mencintai Allah. Tetapi hati kita masih berat, masih sukar merasainya

Mari kita bandingkan hati kita dengan fizikal kita. Dalam keadaan badan sihat, kita boleh makan dengan berselera sekali.Tetapi apa kata kalau badan kita tiba-tiba jatuh sakit? Demam selsema menimpa. Tekak kita jadi pahit, selera kita jadi sempit. Ketika itu, hidangkanlah makanan selazat manapun, insya-Allah mulut kita akan menolaknya. Yang manis terasa pahit. Segala-galanya bertukar menjadi hambar, kelat dan meloyakan.

Kenapa jadi begitu? Apakah makanan itu yang berubah rasa atau mulut kita yang berubah selera? Tidak, makanan tetap sedap. Tetapi bila badan kita sakit, selera kita akan pahit. Begitulah hati kita apabila tidak mahu mencintai Allah. Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung, tidak hebat, tidak indah tetapi hati kita yang sakit ~ Mengapa Sukar Untuk MencintaiNya : Ustaz Pahrol

Peringatan yang entah keberapa kali datangnya buat saya. Badan yang sakit , mengisyaratkan agar langkah saya diperlahankan, tawa saya diperlahankan dan kata-kata saya juga diperlahankan.

Hujan lagi di luar.

Salam petang Khamis.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. saya bila sakit suka mengerang, 'huh, huh...'. Tak elok kan macam tu..lepas tu saya mengingatkan diri saya sendiri, 'Tuhan bagi aku sakit sebab nak hapuskan dosa kecil kita.' WALLAHUAKLAM.

    ReplyDelete
  2. Allah masih sayangkan kita cikgu

    ReplyDelete
  3. Salam Kak..

    Semoga cepat sembuh.. Allah turunkan sakit kerana Allah ingat pada kita...

    ReplyDelete
  4. arini hujan sungguh lebat sebelah petang...pagi tengah hari memang panas sungguh..kering tekak dibuatnya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.