Monday, March 28, 2011

geram si tulang anjing hitam

Dah berhari blog sendiri terbiar. Itu bukan perkara luar biasa bagi seorang blogger yang tidak tegar seperti saya. Memblog bila rasa perlu dan tatkala kepala punya idea terpenuh melimpah.

Jika idea kering tak perlulah mengetuk keyboard kerana pasti yang akan terluah adalah perkara bosan yang membosankan. Dan inilah yang sedang saya lakukan sekarang. *sigh*

Geram.

Pasti ada yang sedang geram sekarang. Geram membawa konotasi yang berbeza mengikut situasi dan mood seseorang.

Kalau si anak dara terjumpa anak-anak kecil pasti rasa geram hendak mencubit pipinya. Geram memerhatikan kecomelan dan kenakalan si baby , dan rasa geram itu ingin sekali ditonjolkan dengan mencubit pipi atau peha si baby.

Kalau mak si dara pula? Apa pula yang digeramkan ya? Geram menengok barang orang kut? Entah...

Itu geram bila suka. Kalau geram nak marah? Geram nak marah bila marah itu tidak terlampias, ia membuku dalam dada dan menyesakkannya. Selagi ia berkumpul, segala di depan mata menjadi objek atau perkara yang hendak digeramkan.

Hati geram, jiwa tak tenteram;
Hati suka, fikiran kan terbuka.


*lagu Black Dog Bone : Geram jangan engkau geram.... berbaris bagai tulisan billboard dalam kepala. Thanx to AMGM mengembalikan nostalgia lagu tersebut.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. orang kata geram perlu diluahkan supaya tak terhimpun dan meletus sebagai gunung berapi..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Saya pulak asyik takder mood nak update blog. Blog walking pun dah jarang...camner nak mengembalikan mood ni..

    ReplyDelete
  3. @cikgu isza

    Betullah Issa, tapi sift say ni suka menyesakkan dire dengan germ yang tak terluah

    ReplyDelete
  4. @Abd Razak

    Patutlah razak lama merehatkan diri ya. Kalau malas jangan dipaksa. Benda ni pun buat atas kerelaan sendiri kan....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak :)

    Alah Kak, setakat berhari-hari tidak menulis bagi saya perkara biasa, tapi kalau berminggu-minggu macam saya kategori apa ye? :)

    ReplyDelete
  6. geram tengok baby comel :)

    ReplyDelete
  7. kalau jadi cikgu banyak kalilah rasa geram...hehe

    ReplyDelete
  8. Nak control geram marah tu yg payah..

    ReplyDelete
  9. Lah ingat cite pasal anjing apa tadi hehehehe....
    sedap gak lagu ni.. layan..

    ReplyDelete
  10. Salam cikgu,

    Memang kita banyak kali geram traffic jem kita geram. Kena sound dek bini pun kita geram. kadang2 kat pejabat pun geram kat bos bagi kerja macam2. Tengok orang main bola geram juga naka main tapi tak berapa larat sebab dah tua. Jadi seperti kata hitam anjing tulang janganlah geram.. Bawa bersabar. Atau ada satu lagi pesanannya iaitu Rileks..

    mountain Climber

    ReplyDelete
  11. @Ros Illiyyuun

    Ros, berminggu tak menulis, kategori selamba ... :)

    ReplyDelete
  12. @Rara

    Tu maksudnya kena kawin cepat tu rara

    ReplyDelete
  13. @Cik SHiNJU

    Betul tu, bila dah terlampau geram, rasa macam nak baling semua benda....

    ReplyDelete
  14. @Anonymous


    Kena rileks banyak2 kan... Mmmmm

    ReplyDelete
  15. As-salam..

    Sabar... bila terlalu geram, tarik nafas dalam-dalam..

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..:)

    geram bila terkadang..ada sahaja cerita-ceriti yang tdk sepatutnya diselit dalam meeting!!!
    .....( komen dari org yang bermeeting hari ini!!)aduhaiiii

    duk tarik nafas dalam2 niiiii;)

    ReplyDelete
  17. Geram bila anak menipu homework siap tapi dia sembunyi buku tak nak bagi kita check. Tapi tu cerita semalam. :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.