Ada masa marah menggila , membuak-buak dalam dada. Geram teramat tak tahu hendak dikisah bagaimana.
Cikgu, adui...sakit cikgu.
Ha, macam itulah hati saya sakit ni.
Saya lepaskan sideburn nya.
Bukan seorang. Bukan dua orang. Semua budak lelaki yang hadir dalam kelas itu , saya pun tak perasan ada berapa orang. 9 atau 10 orang. Kesemuanya pelajar contoh di sekolah, sepatutnya. Belajar Chemistry, Add Maths bagai, dan masih lagi membincang tajuk kecil yang sama walau sudah masuk minggu ke 4 persekolahan.
Mana jawapan yang dah bincang semalam? Saya dah beri jawapannya, kan, satu-satu. Tinggal awak menyalin dan hantarkan pada saya sahaja hari ini untuk laporan amali ni.
Er... er..
Mana?!
Er... Saya ingat cikgu nak bincang saja.
Ahhhh !!!
Sampai ke pelajar lelaki terakhir, saya sudah hilang sabar. Kata-kata sudah tidak tergaris di benak lagi. Amarah saya menutup idea dan jalur fikir saya. Saya kena buat sesuatu. Kalau tidak, ada nanti berita di dada akhbar, guru baling kasut pada pelajar.
Saya berjalan ke depan makmal, mencari bangku dan memasang kipas pada kelajuan maksimum. Lantas saya duduk diam macam patung.
Hari ini, makan gaji buta!
Alahai...
~cikgunormah@klcitizen~