Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam. Kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan." Riwayat al- Tirmizi
Dipetik dari buku 101 Rekreasi Hati oleh Dr Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar
Sesampai di kelas, ketua tingkatan mengarahkan pelajar untuk bangun dan memberi ucap salam. Doa dari mulut anak-anak ini mendoakan kesejahteraan cikgu yang berdiri di hadapan, diaminkan dalam diam dan dibalas dengan ucapan doa yang sama juga buat mereka.
Sekadar menjadi guru ganti buat kelas tingkatan 3 ini, kerana guru yang berkenaan bertugas di luar membawa pelajar lain bertanding kawad kaki.
Ada kerja yang dibekalkan oleh gurunya dan mereka duduk menyambung kerja. Cuma sekelompok budak lelaki yang sibuk bersembang di tepi tingkap. Saya biarkan sahaja kerana tidak mengganggu.
Saya mengira kepala pelajar. Rutin apabila masuk kelas. Melihat borang MKM (maklumat kehadiran murid), bagi memasti bilangan pelajar sama seperti tercatat . Kurang lagi 5 orang.
Tidak lama melabuh punggung, masuk dua orang pelajar lelaki.
Terus ke dalam.
Memandang ke arah saya dan bersegera melangkah ke tempat duduknya.
Terus ke dalam.
Memandang ke arah saya dan bersegera melangkah ke tempat duduknya.
Saya memandang tepat pada salah seorang. Dia hanya mengangkat kening dan bahunya, hairan.
"Waalaikummussalam...!" Sahut saya lantang dari tempat duduk.
Tersipu malu dia dan rakannya. Datang menghampiri saya, memberi salam dan mengisahkan tentang sakit perut salah seorang menjadi penyebab dia lambat masuk kelas.
Saya mengangguk menunjukkan kuasa saya sebagai guru relief :)
Saya mengangguk menunjukkan kuasa saya sebagai guru relief :)
Berselang beberapa minit, masuk pula tiga sekawan perempuan. Berlenggang bagai Mak Minah pulang pasar. Terus ke tempat duduk.
" Eh cik kak... Waalaikummussalam!" Saya menjerit dari depan.
Cik Kak bertiga buat-buat terkejut. Berpandangan sesama sendiri hairan. Mana ada orang beri salam dengan waalaikummussalam kan. Sewel agaknya cikgu ini.
Cik Kak bertiga buat-buat terkejut. Berpandangan sesama sendiri hairan. Mana ada orang beri salam dengan waalaikummussalam kan. Sewel agaknya cikgu ini.
Hoi... Bagi salam kat cikgulah.
Budak-budak lelaki yang lain memaklumkan, cuba memberi faham pada cik kak bertiga tersebut.
Lantas datang seorang ke depan mewakilkan dirinya memberi salam pada saya. Dan seperti sudah termaktub dalam buku peraturan sekolah, antara sebab masuk lewat ke kelas ialah sakit perut.
Budak-budak lelaki yang lain memaklumkan, cuba memberi faham pada cik kak bertiga tersebut.
Lantas datang seorang ke depan mewakilkan dirinya memberi salam pada saya. Dan seperti sudah termaktub dalam buku peraturan sekolah, antara sebab masuk lewat ke kelas ialah sakit perut.
*saya rasa budak-budak sekarang memang ada masalah dgn sistem pembuangan bahan tak perlu dalam badan mereka kut, itu yang kerap sangat ke tandas, kan.
~cikgunormah@klcitizen~
HAHAHAHA comelnyaaaaaa entri cikgu niiiiiii :P Teringat zaman sekolah dulu, rindu pulak.
ReplyDelete@Rara
ReplyDeleteLa... Entri pun ada kategori comel ya? Antara zaman yang menyeronokkan ialah zaman persekolahan kan....
dah dari sekolah rendah pun begitu..
ReplyDeleteklo saya.. panggil jer ke depan dan terus sound direct jer dengan kuliah agama lagi..
pendekatan murid dengan pelajar mungkin berbeza kan cikgu?
Assalamualaikum Cikgu,
ReplyDeleteMacam-macam budak sekarang yer cikgu.
assalam..
ReplyDeletehehe.. zaman sy pun camtu gak
haha..alasan yang sama di mana² sekolah...
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteRasanya itulah alasan yang kukuh. Nak bagi alasan lain rasanya tak masuk akal..:)
susah beno le mulut deme ni bagi salam ye..
ReplyDeleteAssalamulaikum...
ReplyDeleteatau samekum.... yang mana boleh dapat pahala?
budak zaman sekarang...
ReplyDeletepanas punggung nak duk lam kelas lama2 kutt..ada jekk alasan nak merayau!aduhaiii