Saturday, March 19, 2011

makin tua makin mahal

Sabtu yang mendung dari pagi hingga ke waktu ini. Basah. Pastinya cuaca sebegini sedikit pun tidak membantu insan-insan yang sedang bersedih hati. 
Jangan berdukacita, sebab rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam dan harapan akan menghilang. ~ La Tahzan : Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni

Akak umur berapa tahun?


45


Oh, kalau macam tu kena ambik range product  yang ini.


O ye ke? Harga sama?


Er...mahal lah sikit.


Manis senyuman adik di kedai kecantikan tersebut. Maklumlah usia masih muda dan kulit wajahnya bersih ibarat orang yang begitu tinggi nilai iman dalam dada. Skirt pendek yang membalut punggungnya yang montok ditarik perlahan sambil membetul duduk. Cantik, sesuai dengan kerjayanya.

Saya memikir panjang. Ibarat membuat keputusan maha besar yang melibatkan nyawa manusia.

Tak apalah dik. Lain kali.

Musnah angan-angan. Sudah terbayang dalam kepala, lagi dua bulan, mungkin wajah saya semulus adik tersebut, ah, kalau tidak pun semanis wanita dalam katalog kedai tersebut.

Dik, supplemen yang ini tak ada diskaun ke?

Melihat harganya ratusan ringgit, hati jadi berbelah bagi sambil berdiri memerhati mungkin ada supplemen lain yang lebih murah di rak kedai farmasi tersebut.

Tak adalah kak. Harga nett. Tapi ini memang yang terbaik untuk sakit lutut. Ramai yang makan.

Bila usia sudah makin lewat, badan pun mulalah sakit sini dan sana. Sudah menjadi penyakit keturunan dalam keluarga, agaknya, sakit lutut. Walau tidak seteruk mana, perlulah dicegah agar tidak parah.

Itu belum lagi dengan supplemen lain untuk mencegah itu dan ini . Makin tua rupanya makin mahal perbelanjaan mengurus diri sendiri.

Mah, rasanya kita kena tukar kereta biru tu. Makin lama usia, makin mahal maintenancenya.

Ya ke?

Ya, baruni pergi servis je dah makan ribuan ringgit, itu pun belum tukar spare-part yang perlu.

Sayang rasanya hendak menjual kereta biru tersebut. Ada kisah duka bersamanya dahulu. Pahit dan manis dilalui bersama kereta tersebut terpaksa diketepikan memikirkan kos penyelenggaraannya. Kalau ada kereta baru, kos penyelenggaraan lebih murah rasanya.

Makin tua memang makin mahal.

*ada kaitan tak isu maintenance kereta dengan wanita berusia?

Selamat berlibur di hujung minggu.

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. sebab tu kena jaga elok-elok, kalau tak makin lama, makin tinggi maintenancenya...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cikgu,

    Nasiblah yer kita, bila usia menganjak senja, maintenancenya pun tinggi.

    ReplyDelete
  3. Makin tua makin berharga..macam barang antik juge ..hehe!

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu Normah,

    Ada persamaan juga. Manusia dan barang2 yg semakin berusia mmg biasanya maintenance semakin tinggi.

    Kereta saya yg putih tu pun dah tak larat nak bayar kos repair nya huhuhu

    ReplyDelete
  5. @ZOOL@TOD

    jaga elok, mengikut jadual servisnya tanpa ilat , tapi memang dah ketentuan, makin lama makin mahal maintenance fee nya

    ReplyDelete
  6. @relevan

    tengok juga barangnya apa ya relevan

    ReplyDelete
  7. @Yunus Badawi

    waalaikummussalam

    memang patut tukarlah, sama macam situasi saya. mungkin boleh adakan hari tukar kereta setaman... setiap 10 tahun sekali :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.