Hari Jumaat kali ini menyedihkan.
Kenapa?
Ha... tinggal lagi dua hari sahaja, sekolah kembali dibuka dan rutin harian pun bermula semula. Bukannya tidak suka ke sekolah, tapi hendak mengadap kerja-kerja perkeranian dan mesyuarat yang tidak pernah sudah itu yang memberatkan perasaan.
Tapi... tinggalkan sahaja perasaan itu, yang penting ada lagi 2 hari untuk dihabiskan dengan berpoya-poya. :D
Benda baru memang best kan.
Apa sahaja yang baru pasti mengujakan. Kereta baru, buku baru, baju baru, rumah baru, dapur baru, bini baru atau pun kekasih baru.
Apa sahaja yang baru pasti mengujakan. Kereta baru, buku baru, baju baru, rumah baru, dapur baru, bini baru atau pun kekasih baru.
Sebenarnya manusia ini sama sahaja, awak kaya macam mana pun atau miskin papa pun, perasaan kita tetap sama. Bila dapat benda baru yang mungkin kita idam-idamkan selama ini, perasaan seronok, suka dan teruja mengisi ruang dada dan kalau boleh ingin kita lihat, pegang, pakai atau rasa setiap minit yang ada.
Kalau dapat kenderaan baru, ada masa terluang saja pasti hendak mengelap mana yang patut, dapat melihat dari celah tingkap rumah, kilauan kenderaan tersebut pun sudah terasa best dalam hati. Kalau dapat baju baru pun, tak sabar hendak memakai dan memperaganya di hadapan kengkawan. Untung-untung ada yang perasan dan kita mendapat pujian.
Apatah lagi kalau dapat kekasih baru, siang malam kalau boleh hendak bertanya khabar. Dah makan? Belum makan? Makan apa? Dah mandi? Buat apa? I rindu sangat kat u.. ni I hantar <3<3<3. U know I love u till i die... after i die i will cari u... (jadi hantulah pulak kan).
Biasalah tu. Perasaan tersebut, yakni, keterujaan memiliki benda yang baru sangat hebat.
Cumanya, satu hari nanti benda baru itu nanti akan jadi benda lama yang kadang menyesakkan jiwa juga.
Jadi... bersederhana dalam segalanya.
Salam petang Jumaat.
~cikgunormah@klcitizen~
betul kak.. wasatiah (sederhanal) itu adalah sebaiknya..
ReplyDeletebetullah...aku rasa banyak2 benda baru...kekasih baru jugak yang mengasyikkan...kenapa eeekkk..?
ReplyDeleteteringin nak ada awek baru utk dibuat calon bini huhu..tapi belum cari hehee
ReplyDeletehehehehe... kena betul entri ni dgn jiwa saya. Dulu2 mula2 ada keta baru, seronok sangat nak pandang hari2 lap sana sini. Skrg dah bosan dah. Harap2 aku tak cepat bosan dgn awek aku walaupun lama da bekawan.. hehe
ReplyDeleteAssalamualiakum sis:)
ReplyDeletehuhhh...dah nak bukak cuti yaa..huhuu
apatah lagi nak berdepan 23 Mac ni..!yang ni..tak leh nak bersederhana dup dap jantung ni haaa...cikgu lakk yg terlebih sudahhh!!:)
p/s:selamat 'berfoya2' sis..seblm bukak sekolah niii!!
sederhana dalam materialistik ok. tapi tidak dalam ibadah.. tak gitu?
ReplyDeleteKalau dah dapat gading yang baru.. tanduk yang lama jangan dilupakan
ReplyDelete@s1t1 2uL41k4
ReplyDeleteya wasatiah... lama tak dengar perkataan ini
@abadi romeo
ReplyDeletekekasih baru banyak menimbulkan kejutan...
@aimannajmy
ReplyDeletebila tiba masanya nanti berjumpalah tu, jangan risau
@Gen2Merah
ReplyDeletebab awek tu harapnya berjaya dijadikan isteri harapnya ya
@Pn Kartini
ReplyDeleteya tini
dupdapdupdap
@Insan Marhaen
ReplyDeletebetullah IM ada betulnya tu
@Nida
ReplyDeletetanduk sekadar jadi perhiasan je la nida lepas dapat gading..