Sarcastic!
Terkeluar dari bibir anak murid sebentar tadi. Jam sudah menunjuk waktu 740 am, dan mereka masih leka berbincang. Sedangkan ujian mesti dimulakan tepat 745 am. Arahan minta bersedia di tempat duduk masing-masing yang saya lontarkan tadi ibarat terpantul semula ke muka saya tidak diendahkan.
"Eh... awak nak mula periksa bila ni? Tahun depan ke?" Itu soalan saya.
Memang ada nada sinis, biasalah saya.
Dan sarcastic menjadi jawapan pelajar tersebut. Hari ini saya tidak tersenyum terhadap jawapannya. Dan dia pun mengangkat punggungnya, meletakkan beg di belakang kelas lantas duduk senyap di mejanya.
Ha... berjaya juga saya!
Bahasa yang terlontar dari bibir dan yang tertulis selalu boleh disalahtafsir. Salah tafsir kadang-kadang memang sengaja dilakukan untuk menarik perhatian.
Dan sempena hari Jumaat ini saya tiba-tiba berkeinginan memohon maaf jika ada bahasa yang saya gunakan disalah tafsir menjadi perkara yang tidak baik dan menyinggung rasa.
Moga hari ini lebih baik dari semalam.
~cikgunormah@klcitizen~
ya semoga jumaat ini jugak bembawa seribu keberkatan buat kita semua....
ReplyDeleteالسلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSaya pun excited juga bila tibanya hari Jumaat..
Setiap hari kita mohon kemaafan..
saya selalu suka hari jumaat sebab hujung minggu takda kelas! hehe. tapi sekarang jumaat tak berapa best sebab hujung minggu la kena pulun siapkan keja2 segala bagai
ReplyDeletesalam cikgu...saya terus bertandangan kesini - membaca cerita seorang guru..
ReplyDeleteJumaat mmg ditunggu sb Raja Lawak 5 punyer pasal
ReplyDeletehari jumaat penghulu hari,
ReplyDeletehari hari lain pun kususun jari..
assalam cikgu.. moga ceria :D
ReplyDeletesalam cikgu..
ReplyDeletexde pe2 yg salah faham kat blog cikgu ni..
sy suka baca, short, simple but yet meaningful entry...hehehe