Tuesday, February 1, 2011

mabuk asmara

Bersiaran dari Batu Laut , Banting sekali lagi. Cuti panjang begini apa lagi kalau tidak pergi melancong, baiklah pulang menziarah emak di kampong.

Skeptik.

Ragu-ragu atau ada rasa unsur tidak mempercayai.

Bila ada orang mendakwa susu kambing serbuk tidak berbau, sedap dan manis tanpa perlu ditambah gula, saya menjadi orang yang bersifat 'skeptical'. Seperti kata Puan Kate, sahabat saya di sekolah, apa sahaja yang berkait dengan kambing memang tidak dapat diterima dek hati dan perasaan. Alahai.... kesian si kambing yang tidak punya dosa pun kan.

Begitu jugalah dengan saya. Saya bukan penggemar daging kambing. Katalah apa saja tentang kesedapan daging kambing, tekak saya memang tidak dapat menelan daging si kambing.

Jadi apabila orang memberi saranan supaya mengambil susu kambing untuk mengurangkan gastrik yg saya alami,saya memang bersifat 'skeptical'. Perkara pertama yang membuat hati ragu-ragu ialah bau susu tersebut. Selalu yang akan terlintas dalam fikiran saya ialah hamis baunya.

Walau pun saya tahu Baginda Rasulullah memang mengambil susu dan daging kambing dalam menu Baginda, dan apa yang menjadi perbuatannya sunnah sebagai umat Islam untuk menurutinya, saya masih tetap tidak ' berkenan' dengan si kambing.


Namun, kehendak Allah mengatasi kehendak manusia. Gastrik yang teruk dan berpanjangan membuatkan saya tiada arah dan sanggup mencuba susu kambing segera sebagai ikhtiar. Dan ibarat jalan cerita Hindustan yang kita tahu hujung kesudahannya, kini susu kambing menjadi menu utama dalam sarapan pagi dan makan malam .

Kenapa ya entri saya berbau seperti entri promo susu kambing segera?

Maafkan saya ... sedikit pun tidak berniat begitu. Menulis kan biasanya terhasil dari jalan fikir yang berlari-lari dalm diri.

Sebenarnya, hati jadi resah dan gelisah, kerana tergesa-gesa keluar rumah untuk pulang ke kampung pagi tadi, saya tertinggal bekalan susu kambing saya... Ahh... srperti orang mabuk asmara pula jadinya terbayangkan susu kambing saya ..


*cubaan pertama setelah sekian lama, mencuba susu lembu hari ini di rumah emak , sangat menghampakan.... memang susu kambing segera tetap di hatiku

~cikgunormah@klcitizen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. Assalamu'alaikum Normah

    Ya lah bagi yang tak gemar kambing memang loya tekak.. Higoat tu pun ada juga baunya sekali sekala.

    Gastrik teruk ya.. kak ada dapat petua.. minum susu segar tanpa pengawit dengan 7 biji kurma setiap pagi selama 7 pagi.. insyaAllah boleh kurangkan.. kak belum pernah cuba.. kak juga ada gastrik tapi dah lama dah tak menyerang...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dapat juga cikgu terima susu kambing. Tu laa.. kata orang tua-tua, jangan benci lebih-lebih. Hehehehe

    Moga segala penyakit segera sembuh.. aminnnn

    ReplyDelete
  3. السلم عليكم ورحمة الله

    Daging dan susu kambing tu sedap cikgu! Khasiat di dalamnya sudah Allah sediakan untuk memulih sebarang penyakit seperti gastrik...:)

    ReplyDelete
  4. gastrik...hanya org yang pernah kena sahaja tahu rasanya. Aina sampai masuk hospital & buat endoscopy...sebagai penyelesaian alternatif aina ambik gel gamat, alhamdulillah tapi makan still berpantang jugak...

    daging kambing memang kesukaan aina tetapi kalau susu kambing tak sanggup nak minum...

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu.

    Lepas ni bolehlah cuba kambing panggang mcm yg kat rumah Halimi tempoh hari hehehe

    ReplyDelete
  6. ingat kan mabuk asmara ape..

    saya pun ade gastrik...nak cuba lah.

    semoga normah sihat2 saja

    ReplyDelete
  7. Normah,
    seperti yang kita pernah bercengkerama tentang susu kambing itu, maka lara asmaranya menjalar. Sepertimu, saya mula mengheret aroma kambing tu ke mana-mana. Terima kasih kepada sahabat dan adikku ini...dan tidak lupa kepada kambing-kambing dan penternaknya. Jasamu dikenang.

    ReplyDelete
  8. tulah yang dikatakan tak kenal maka tak cinta...

    ReplyDelete
  9. Maaf tambah lagi, kita selalu membuat sesuatu mengkut persepsi... jika persepsi kita kata tak sedap, meloyakan, hamis dan sebagainya, maka itulah tindakan kita, menjauhkan diri darinya dan menjauhkannya dari diri...

    Tapi bila kita ketepikan dulu persepsi tu... nah kau....gila bayang jadinya, tak boleh nak lupa.

    Kambing oh kambing...

    ReplyDelete
  10. salam kak,
    baru2 ni pun saya ada cuba susu kambing dek kerana ingin merasai khasiatnya. cubalah satu produk yang katanya tanpa bau tapi bila diminum memang masih berbau.. rasanya pula lain lemak dengan susu lembu..

    benda baik kan kak.. memang selalu rasa tak sedap..
    tapi semua di pemikiran.. bila dah biasa mabuk asmara :)

    ReplyDelete
  11. @Werdah

    boleh juga dicuba petua kak werdah ni, tapi nak cari susu segar tu, kat mana ya?

    ReplyDelete
  12. @azieazah
    betul azie, benci dan sayang tak boleh berlebih kan...

    ReplyDelete
  13. @Abd Razak

    waalaikummussalam razak, ya memang taknboleh disangkal kelebihan si kambing, cuma hati saya saja masih tertutup nak merasa enaknya daging kambing

    ReplyDelete
  14. @JunAina
    oo aina suka daging kambing ya .... pasni kwna cuba susu kambing pulak

    ReplyDelete
  15. @Yunus Badawi

    YB, ramai yang puji kesedapan daging kambing tu ya ......

    ReplyDelete
  16. @Yatie Ariffin

    elok untuk saya yatie..... cubalah mana tahu sesuai utk yatie, kan....

    ReplyDelete
  17. @khaty

    semoga kak kathy bertambah sihat k...

    ReplyDelete
  18. @muss

    persepsi terhasil dari pengalaman kan muss...

    ReplyDelete
  19. @cikgu isza

    setakat ini saya ok pulak ngan susu kambing tu

    ReplyDelete
  20. Susu kambing tak pernah minum... tapi dagingnye menyelerakan... tambah2 kat utara ni kalau kenduri mesti ada gulai kambing dengan batang pisang... fuh.. menjilat jari..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.