Sabtu.
Makmal Kimia SMKTSW.
Seronoknya hari ini. Sebab hari ini hari Sabtu. Walau ada kerja di sekolah, kerja menjadi seronok dilakukan kerana tidak terikat dengan formaliti dan desakan loceng.
Saya kira manusia semuanya sama sahaja. Peraturan membuatkan jiwa manusia cepat resah dan terdorong untuk melanggarnya. Walau pun masing-masing pun tahu peraturan memang perlu bagi memastikan kehidupan berjalan lebih tersusun. Namun hendak menurutinya seratus peratus menjadi satu kepayahan yang kadang tidak dipedulikan.
"Mana awak dapat ni?" teringat kisah lama. Budaknya memang nakal, tapi budak sebaya dengannya waktu itu mana yang tidak nakal?
Rod kaca dari makmal dibuat pedang kecil bermain-main dalam kelas ala-ala Star Wars.
Hati rasa gerun melihatnya, takut tercucuk ke mata rakannya atau tertusuk ke perut rakannya tanpa disengajakan. Aissh... tak pasal nanti terpampang di dada akhbar " Cikgu pembekal senjata tajam, anak murid mati tertikam".
Rupanya dalam cikgunya sibuk melayan pertanyaan rakannya di dalam makmal, beliau menyelongkar almari alat radas dan menyeludup keluar rod kaca tersebut. Nasib masih baik, kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Allah masih lagi mengelakkan diri dari musibah. Alhamdulillah.
Itu masalah yang biasa dihadapi guru Sains dan guru Kemahiran Hidup di sekolah, terutama yang mengajar di kelas-kelas hujung. Guru- guru kena punya mata dan telinga di hadapan dan di belakang kepalanya.. Macam alien lah pulak kan.
*seronok juga bersunyi di makmal tanpa pelajar, menanda buku-buku dan menaip dalam blog sendiri
~cikgunormah@klcitizen~
.
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSaya suka sendirian cikgu...apakah itu tabiat?
hehe. nakai noo. saya dulu masa sek, waktu KH kena pi bengkel. masa Sir duk mengajar kat depan, saya duk pulun ketuk paku masuk dalam meja. hehehehe
ReplyDeletejenoh jugak nak kepung budak2 la nih kan..
ReplyDeletekena letak CCTV lah merata-rata, tupun tak tahu sampai bila boleh bertahan..hehe
ReplyDeletedah lama tak datang sini, terperanjat gak baca entry ni... ni mesti kes cikgu ajar lain murid "tangkap" lain...
ReplyDeleterisaukan. takut apa2 hal, mak bapak pulak nak saman cikgu. padahal anak yg canggih bebeno.
ReplyDeletesebab perkara macam ni la..
http://adzriel.blogspot.com/2011/02/ikat-tali-kasut-pun-tak-pandai.html