Duduknya paling depan dalam makmal. Budaknya kecil molek, separas pinggang saya. Baru dalam Ting. 1. Kelas yang paling hujung sekali. Biasalah tu, cikgu taiko macam saya, memang selayaknya mengajar di kelas hujung tidak kira Ting 1 atau Ting 5.
Hah.... mana buku modul awak Iwan? Jerkah saya, buat-buat garang yang memang sedikit pun tidak menakutkan budak-budak ini.
Dia diam. Mengalihkan tempat duduknya lebih dekat dengan rakan sebelah, cuba berkongsi buku modul yang saya maksudkan.
"Dia tak bayar yuran modul lagi..." Ada pulak tukang sampuk di meja sebelah. Buku modul Sains berharga RM5 untuk Ting 1 dibayar pada awal pendaftaran, termasuk dalam pakej koperasi sekolah.
Saya buat muka.
Lantas meneruskan pengajaran. Malas hendak membebel. Lagi pun bukan dalam kuasa si Iwan untuk membayar, kalau nak dibebel pun pada emak bapanya lah kan.
Pengajaran waktu pertama terpaksa dihentikan kerana memberi laluan solat zohor dan rehat. Sekembali rehat, saya meneruskan lagi aktiviti kelas, menganggar luas tapak tangan masing-masing. Budak-budak Ting 1, itulah yang disukanya, membanding tapak tangan siapa yang paling luas.
Loceng seterusnya berbunyi menandakan waktu saya tamat. Saya perhatikan Iwan masam kelat hendak meninggalkan kelas. Rasa kesian pula.
"Ha...Iwan, kenapa?"
"Dia lapar cikgu..."
"Eh, baru rehat tadi, kenapa tak makan?" Iwan bangun perlahan hendak ke pintu.
"Iwan...mari sini." Pelajar lain yang bukan bernama Iwan pun turut sibuk sama mengelilingi saya.
"Kenapa awak tak makan?"
"Emak tak bagi duit belanja..."
"Kenapa?"
"Emak suruh mintak ngan ayah. Ayah yang hantar sekolah tadi...."
"Pastu...?"
"Ayah tanya, emak ada bagi duit tak. Saya kata tak de.... pas tu ayah terus je pegi. Bingung punya ayah... Baik cerai je..."
"Ha...?" Saya pandang muka Iwan, kawan-kawan nya yang lain sedikit pun tak terkejut. Saya pulak yang lebih terkejut.
"Betullah cikgu, mak saya nak cerai dah.... ayah tu buat hal..." Adeii... Iwan meluah perasaan geram.
"Mmmm.... awak gi beli roti kat kantin. Air awak minum water cooler." Saya hulur duit seringgit. Sedikit sangat, saya tahu.... Tapi di depan rakan-rakannya saya tidak mahu nampak saya sangat pilih kasih, cukuplah sekadar mengalas perut Iwan.
Iwan memandang duit tersebut teragak-agak. Ada sedikit rasa malu terlukis di wajahnya.
"Din...ambikkan, Din..." suara Iwan pada rakannya yang paling dekat dengan saya ...perlahan.
"Teman aku gi beli ya....."
*mengorbankan anak kerana selisih faham antara kita suami isteri....? janganlah begitu...
~cikgunormah@klcitizen~
sedihnya..xpsl2 anak jd mgse kan cikgu..
ReplyDeletecikgu2..ingat saya lagi tak???hahaha...mnerla nk ingatkn..sy batch f5 2006...
negitulah guru, tak tertahan melihat pelajarnya
ReplyDeletekesian bdk tue... malang nsib dia.. tp mungkin ade hikmah disebalik masalah ini....
ReplyDeletebtw, ckg ajar sesi ptg ke??
selalunya begitulah kan kak..
ReplyDelete@AiE
ReplyDeleteingatlah aimuni... dah habis blaja dah ya
@IMANSHAH
ReplyDeleteramai lagi yang lebi teruk dari ini kan iman
tapi... kesimpulannya kesian kat bebudak ni
@Hilmy
ReplyDeletesaya mengajar dua alam
pagi start kul 10 pagi, sampai kul 4 petang..form 5 n form 1
@cikgu isza
ReplyDeletecamtulah isza
blum hbs lg..lagi sthun jer lg..hihi
ReplyDeleteskunk ngah wat projek akhir thun psl separation of oil n water using coconuk husk..mcm sng tp ntahla...haha..bln 5 nie li plak..fufufu
ya Allah, sedihnya bila baca...
ReplyDeleteharapnya si Iwan itu tabahlah.
@AiE
ReplyDeletesaya doakan Allah mudahkan... patah hati aritu dah terubat?
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSayu lak baca cerita cikgu kali ni...
hahaha...dh2...alhamdulillah skunk semua dh ok n berjln ngan lancar...thanx cikgu..hihi
ReplyDeleteBetul Cikgu.
ReplyDeleteMemang ada anak yang sebegitu. Mangsa keadaan.
Makan Sakan-Sakan: Aku Puas Hati Benda Lain...
@Latifah
ReplyDeletebudaknya memang nampak tabah
@Abd Razak
ReplyDeletehidup memang beragam kan...jadi entri pun beragam lah jugak razak
@AiE
ReplyDeletealhamdulillah...eloklah tu
@azieazah
ReplyDeleteramai yang macam tu sekarang ni
Saya simpati dengan nasib Iwan. Anak yang terabai kerana sikap ibubapa yang kurang cermat (mementingkan diri).
ReplyDeleteish kesiannya dia .
ReplyDeletesampai macam tu sekali kan..
kdg2 dalam diam seseorang tu ade masalah sendiri yg nak dikongsi kan , tapi keadaan tak izinkan.
bila orang tanya baru la dia kemukakan cerita yg dia sbnar.
eyh , cikgu ajar sesi ptg pulak ?
ish...ish....kenapa anak-anak yang selalu jadi mangsa atas kesilapan ibubapa.....anak2 matang sebelum usia mereka....
ReplyDeletesalam kak mah...
ReplyDeleteitulah guru .... kekadang dialah insan yang paling rapat dng murid dari ibu bapa sendiri.....
anak jadi mangsa..tak patut..
ReplyDeleteAs-salam..
ReplyDeleteDulu Nida punya pelajar yg cukup bijak... dia seorang lelaki (ketika itu di tingkatan 3)..
kemudian lama dia tak ke sekolah, saya selaku guru kelas amat risau. Hampir dua minggu dia tak ke sekolah, persoalan saya terjawab apabila mendapat surat darinya..
"ibu dan ayah saya dalam proses perceraian, mereka jarang ada di rumah sekarang ini, jadi saya terpaksa menjada adik yang masih lagi kecil di rumah"..
hmmm, menitis airmata saya tatkala membaca surat darinya,,
@ZOOL@TOD
ReplyDeletesusah nak kata zool... masalah perasaan yang tidak terkawal, tempiasnya kena pada anak2
@zakirah mizlan
ReplyDeletezakirah
kesian kan...
saya mengajar dari jam 10 pagi hingga 4 petang sekarang, ting 5 dan ting 1
@Anonymous
ReplyDeletemenjadi matang... itulah hikmahnya kan
@atie
ReplyDeletecuba mana yang boleh atie, kadang tak terbuat pun
@Nida
ReplyDeletekasihannya kan... apalah daya kita