Friday, February 11, 2011

idaman di hati

Hari Jumaat penghulu segala hari. Keberkatannya terserlah di setiap hati seluruh insan. Saya pasti. Tidak kira siapa, hinggakan ada juga bidalan dalam bahasa Inggeris yang menyuarakan seronoknya dengan kedatangan hari Jumaat .... Thank God its Friday!


Hati tidak seronok boleh jadi atas banyak sebab. Menginginkan suatu perkara dan tidak dapat memenuhi hasrat hati boleh juga menyebabkan hati tidak seronok.


Semuanya di kepala.... beritahu rakan guru pagi tadi, sewaktu sedang berhenti rehat dan makan di kantin. Orangnya sentiasa positif dalam tindakan kerana saya pasti fikirannya sentiasa positif. Ada rasa kagum pada peribadinya menyelinap halus dalam hati saya. Kematangannya terserlah dari pengalamannya yang jauh lebih lama dari saya.


Akak memang belum lagi dapat membeli Airbus yang akak teringin. Kapal selam yang diidam pun orang lain dah beli dulu.... tapi janganlah sebab itu kita asyik berfikir-fikir dan tertanya-tanya kenapa kita masih tidak dapat memilikinya, sedang orang lain boleh dapat... perlahan dia membutirkan katanya.

Hahaha, saya tertawa, begitu juga rakan-rakan sebelah yang mendengar.


Kita dok pikir kenapa orang lain ada Mercedes, sedang kita tak ada. Lengan orang lain bersinar dengan berlian dan emas putih mengerlip, dan kita sedih sebab kita tak mampu. Sebenarnya semua di kepala, walau tudung kita berharga rm15 beli di pasar malam , kalau kita fikir kita masih cantik dan bergaya tentu kita bahagia.


Saya tersenyum. Teringat handbag yang menjadi idaman dan entah bila berpeluang memilikinya... Ah....jangan dok pikir. Positif! Positif!


* balik nanti nak polish je la handbag saya ni.... :(

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Salam Cikgu,

    Selagi kita membandingkan diri kita dengan orang, mesti tidak selalu rasa kekurangankan.

    ReplyDelete
  2. perbandingan perlu supaya kita sentiasa bersaing utk berjaya tetapi perlu secara positif...
    untuk insaf bandingkanlah kita yg berkereta dengan org yg berjalan kaki tak punya apa, pasti kita akan cepat2 bersyukur...

    *teringat dikala pak tuan tiada disisi bila anak demam terpaksa membawa kedua-duanya sekali seorang kat bakul dan seorang lagi kat belakang utk ke hospital...

    sehingga kini bila ternampak seorg ayah @ ibu yg terpaksa membawa anak dengan motor terasa air mata ingin mengalir dan sentiasa berdoa agar mereka juga mampu memiliki kereta utk kesenagan anak2...

    ReplyDelete
  3. salam:)

    Realiti hidup yang sering berdepan dgn situasi sebegitu...
    Moga kita terpelihara dari rasa ingin berlebih2han dari orglain......
    YAng utama..kita bahagia di hati dalam kesederhanaan:)

    ReplyDelete
  4. @Kunang-Kunang

    kalau membanding dengan orang2 yang berada di atas kita memang terasa kurangnya kita, kan kak ani

    ReplyDelete
  5. @JunAina

    jun... kena selalu balance up la kan... sesekali perlu juga merasa rumput di bumi dan ada kala perlu juga merenung bintang di langit

    ReplyDelete
  6. @Pn Kartini

    harapan yang sama juga tini agar bahagia sentiasa di dada

    ReplyDelete
  7. Mereka dapat apa yang mereka mahu kerana mereka serius dan fokus mengenainya... jadi sekarang ni jika kita mahu sesuatu kita harus lebih serius dan fokus...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.