Sebelum menaip ini tadi idea datang mencurah dan seolah kepala hendak meledak minta segera dihamburkan dalam blog.
Tapi malangnya idea tetiba hilang pula bila mengadap lappy ini. Teringat tentang Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang ke mana perginya mesti kelihatan mencatat sesuatu dalam buku nota kecilnya. Iltizam dan istiqamahnya itu membuah hasil dengan deretan hasil karyanya yang terbukti gah dan berkesan. Bilalah agaknya saya boleh menjadi seperti beliau? Orang kata, orang yang bijak tidak panjang angan-angannya. Jadi, saya tidaklah mahu berangan-angan, tetapi cuba menjadi yang terbaik buat hari ini.
"Awak tahu...?"
Mengapalah saya mesti memulakan ayat dengan awak tahu?
"Berkat sebenarnya memandang wajah guru semasa guru mengajar. Itu adab tu...."
Sempat lagi menjadi ustazah tidak bertauliah dalam kelas siang tadi. Walau saya asyik bising takut tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran dan mahu mengajar secepat yang boleh, masih lagi berupaya membuang masa memberi tazkirah pendek dalam kelas.
Geram sebenarnya melihat budak-budak ini dok bercakap entah apa di hadapan saya semasa saya mengajar. Itu kepantangan semua guru tu, bukan saya seorang sahaja.
Diam semuanya.
Kalau dah diam sangat, menjadi kepantangan saya juga. Serba salahlah pulak dibuatnya. Macam mengajar dinding batu lah pulak.
"Saya dah puas bercantik hari ini, jadi pandanglah saya semasa saya mengajar. Tau..."
Diam lagi. Masam.
Ish... memang pantang saya mengajar budak-budak yang masam, kalau berbau masam tak pelah lagi, tapi kalau bermuka masam memang saya hendak mengajar pun tak ada mood.
"Dan... hormatlah cikgu awak masa dia mengajar...."
Saya mengambil nafas untuk menyambung ayat...
"Kalau ......dia buat lawak, walau pun .....lawak bodoh, gelaklah untuk dia, bukan gelakkan dia..... Ada paham?"
Saya mengambil nafas untuk menyambung ayat...
"Kalau ......dia buat lawak, walau pun .....lawak bodoh, gelaklah untuk dia, bukan gelakkan dia..... Ada paham?"
Ha.... dah tersenyum masing-masing. Tergelak kecil. Tak taulah diorang ni gelak sebab lawak ke atau sedang menggelakkan saya...
*semakin lama mengajar semakin faham saya dengan isi kandungan yang saya ajar. budak-budak ni saya tak taulah....faham ke tidak. :)
~cikgunormah@klcitizen~
Salam,
ReplyDeleteSaba, cikgu! sabar!
Mereka akan hargainya juga bila dah tak jadi pelajar lagi, ataupun...bila mereka pula yang mengajar
Pengumuman kepada Peserta Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia
Murid zaman sekarang...lambat capai tahap kematangannya
ReplyDeletesabar je selalu...
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteFikir baik jer cikgu...mereka suka ada lawak
saya paham cikgu...
ReplyDeletetersangat betul cikgu..hehehe
ReplyDelete