Sunday, February 27, 2011

bisikan dan jeritan






Dengarlah bisikan, kalau tidak kita akan terpaksa mendengar jeritan .... ~ Ustaz Pahrol

Bila mendengar kat-kata Ustaz Pahrol, apa yang terbayang dalam fikiran saya ialah reformasi dan demonstrasi.  Saya bukan ahli politik, bab politik boleh sahaja membuatkan saya lelah dan sesak nafas, apatah lagi membaca dan cuba memahami politik di Malaysia.


Tetapi melihat dan membaca dari jauh situasi di beberapa negara kini seperti di Mesir, Tunisia dan  Libya menyebabkan secara tidak sedar, kata-kata itu menerjah dan terkait dengan sendirinya. Bukan...., saya bukan hendak mengulas tentang senario politik di sana, walau pun secara tak pandainya sedikit pun kita tidak boleh menyangkal tentang hebatnya 'suara rakyat' yang bersatu. 


Oxford historian Mark Almond, writing for the BBC, noted that the most common catalyst for radicalising discontent over the past 30 years has been violent death. The Tunisian revolution, for instance, was triggered by the self-immolation of street vendor Mohamed Bouazizi. He set himself on fire on Dec 17 last year to protest against the confiscation of his goods and subsequent harassment ~ Not sparked by the web : Jeremy Au Yong


Tidak puas hati sentiasa sahaja ada. Bukan mudah memuaskan hati semua pihak. Tetapi ketidak puasan hati yang tidak ditangani dan disimpan, tanpa dipedulikan, boleh membarah dan membawa perkara yang lebih parah.


sumber

Disebabkan ketidak puasan hati rakyat terhadap keadaan hidup mereka yang mendesak  dan keadaan ekonomi  negara yang tidak membantu, insiden yang kecil mencetuskan huru hara yang bakal merubah senario politik dan masa depan semua rakyat di negara tersebut.


Pemimpin yang adil sentiasa berada di hati rakyat. Terlalu payah untuk menjadi pemimpin yang adil dalam dunia penuh korupsi masa kini. Saya tidak menuding jari pada mana-mana pihak, kerana saya fikir sesiapa sahaja yang berkuasa nanti, beliau pasti akan teruji dengan ujian berat untuk berlaku adil.


Tetapi ... adilkah, bila melihat  para YB yang ber'amanah' ini punya rumah terlebih besar dari istana, ladang berekar melaut pandang, sedang rakyat jajahannya kais pagi makan pagi, dan jika tak mengais maka tak makanlah....



*Kisah Khalifah Umar b Abd Aziz yang menyediakan satu lilin khas untuk urusan kerajaan dan  satu lagi untuk urusan peribadinya, bukan mitos, tetapi kenyataan yang boleh direalitikan....



~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. pemimpin patut sedar betapa besarnya amanah Tuhan yang diorang pegang tu..

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
    Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!

    ReplyDelete
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Beringat agar bahawa jawatan yang kita sandang (tak kira peringkat mana sekalipun), bukanlah suatu tiket untuk kita mengumpul harta dunia. Tetapi ianya merupakan suatu tanggung jawab yang meletakkan sebelah kaki mu di dalam syurga, manakala sebelah lagi kaki mu di neraka. Kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah demi menjamin keselamatan kita dan diri orang yang kita pimpin.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.