Friday, February 25, 2011

tak malu dah....

Selamat berJumaat untuk semua.

Kalau di kawasan perumahan saya kaum ibu yang tidak bekerja, akan berkumpul setelah selesai urusan harian waktu pagi untuk memakmurkan hari Jumaat dengan membaca alQuran dan mendengar tazkirah.

Semalam petang, selepas hujan yang lebat, saya tiba- tiba menjadi rajin untuk menggoreng keropok. Dapur rumah saya mengadap dapur rumah jiran. Belakang rumahnya kemas, siap ada pokok hiasan lagi, tidak seperti belakang rumah saya.

Yalah .... dia ada bibik yang membantu. Saya pula tiada dan yang menentu rajin atau malas saya ialah kitaran haid saya. :)

Ah, itu semua alasan orang kurang rajin seperti saya.

Sedang menggoreng, terasa seperti sedang diperhatikan dari celah pasu jiran belakang rumah. Berhenti menggoreng sebentar, saya melihat keluar. Benar... ada sepasang mata yang comel, berkelip-kelip memandang saya. Ternampak kelibatnya berlari menyelinap di celah pasu. Cik T rupanya.

Ya ... cik tikus ... Iish gelilah pulak... dengan ekornya yang panjang dan runcing melibas perlahan. Meremang bulu tengkuk, rasa nak melompat masa itu juga.

Seingat saya dulu-dulu, bukankah tikus hanya keluar dari 'rumahnya' waktu malam? Sekarang dalam dunia serba moden ini tikus pun sudah hilang rasa 'malunya' dan dengan jelas memperlihatkan kehebatannya di hadapan siapa sahaja hatta musuh tradisinya si kucing. Walau pun saya kira, kini musuh tradisi itu pun sudah tidak kuasa untuk melayan kerenah si tikus.

Rasa malu pun sudah berevolusi rupanya.

Kalau dulu seingat saya, jika anak dara hatta mak dara , hendak pergi membeli tuala wanita ( sanitary pad ) , rasanya berfikir tiga empat kali. Itu pun, minta tuan kedai membalut bungkusan tuala wanita itu dengan kertas surat khabar, tidak mahu orang lain yang berselisih dengan kita nanti dalam perjalanan pulang, tahu apa yang kita beli.

Tapi itu dulu... sekarang ni sudah lain kan. Bukan setakat nak membeli, kalau diminta menjadi model dalam iklan tuala wanita pun tidak ada masalah kut... Lihat sahaja iklan tuala wanita yang begitu pelbagai dan rencam di media massa sekaeang ini kan. Siap si model yang manis dan menawan beraksi berlari, menari, ke kelas dan sebagainya.

Ya ... banyak yang berubah. Tidak ada yang sama dulu dan sekarang. Walau pun mungkin nilai baik atau buruk itu masih tetap sama, tapi cara kita memandang nilai itu mungkin agak berbeza dengan generasi dulu.

Apa pun, yang pasti perubahan tetap berlaku. Cuma kita mendoakan perubahan yang positif dan memberi kesan baik dalam hidup kita di sini dan yang kekal di sana nanti.


*Jumaat tetap datang dan pergi, cumanya masih ada lagikah kita menyambutnya nanti?

Salam Jumaat yang penuh berkat.

~ cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. akak...macam tulah hidup semuanya berubah mengikut masa. cerita pasal tuala wanita pernah suatu hari balik kampun ibu saudara dalam lingkungan hampir 50 tahun minta dari saya dan dengan slumber saya bagi macam tu sahaja tanpa berbalut kerana memikirkan yang ada cuma saudara2 perempuan dan tak pasal2 kena marah dengan dia...hahahaa...

    itulah bezanya zaman mak cik2 aina dan zaman aina...

    ReplyDelete
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Walaupun zaman sudah berubah namun malu tu mesti masih melekat dalam diri kita...

    ReplyDelete
  3. malu perlu kerana ia separuh dari iman...kan

    ReplyDelete
  4. @JunAina

    ya aina... malu dulu dan malu sekarang ada bezanya. Ada malu yang patut dan ada malu yang tidak patut.

    tapi yang pasti, jangan sesekali malu untuk membuat kebaikan

    ReplyDelete
  5. @Abd Razak

    waalailummussalam razak

    ya... malu untuk membuat kejahatan dan maksiat mesti tetap ada

    ReplyDelete
  6. @hazeleyed lady

    betul kak hazel... malu kena bertempat juga

    ReplyDelete
  7. Malu sebahagian dari iman. Kalau dah tak ada malu maknanya sebahagian iman telah terlerai. Lainlah tikus tu sebab tempat nak sembunyi dah berkurangan....

    ReplyDelete
  8. ya la, dulu dan sekarang amat jauh bezanya...

    ReplyDelete
  9. Penuh berlapik ckgu bagi contoh. saya setuju.. dulu lain skng lain. mslh sosial smkn mjd2 smpai depa lansung xde perasaan malu utk buang bayi, berdua2an, bersentuhan.. jauh sgt bezanya.

    ReplyDelete
  10. walaupun cikt tu dah hilang malu tapi dia masih comel klo nak bandingkan dengan contoh kedua.. :D

    ReplyDelete
  11. dunia dah maju, zaman dah berubah... tapi sifat malu harus dikekalkan, demi kebaikan diri

    ReplyDelete
  12. salam Cikgu..
    saya pun pantang dengan binatang ni..
    asal jumpa dalam rumah ..siap,saya akan pastikan dia mati..

    ReplyDelete
  13. yup2.saya sokong tu cikgu . mak saya pun selalu kata , iklan2 macam tu da tak malu da nak tayang sampai ke bentuk tuala wanita tu pun mereka pandang ringan . klu iklan pun orang pandang ringan , apatah lagi perubahan pemikiran masyarakat sekarang . sedihnya , akhir2 ni saya terlihat remaja yang bukan muhrim apatah lagi sudah berumah tangga dgn seusia itu , dgn bangga saja bercumbu-cumbuan dikhalayak ramai . ishishish

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.