Thursday, July 1, 2010

Nak nampak seksi

"Cikgu boleh pakai heel berapa inci?" 

Kelas yang saya ajar pada hari ini hanya ada 8 orang pelajar sahaja. Jumlah pelajar semuanya 12 orang. Sebenarnya kelas ini adalah kelas serpihan dari kelas yang paling hujung di Tingkatan 5. Kerana kelas yang asal pelajarnya terlampau ramai, jadi kelas dipecahkan menjadi dua. 12 orang pelajar dari 35 orang dikeluarkan dan disediakan kelas baru khas untuk mereka yang tersangat lemah. 

Mereka ini semua mesti diluluskan dalam peperiksaan SPM, by hook or by crook... Tapi apa pun perancangan manusia, ia tetap tidak boleh mengatasi takdir. Cuma sebelum takdir itu terjadi, kami cuba juga membantu mereka ini.

Selesai mengajar apa yang patut, saya memberi mereka ruang berehat. Masa itulah seorang pelajar perempuannya bertanya saya soalan di atas.

" 1 inci atau 1 setengah inci sahaja," sahut saya
"Awak boleh pakai berapa inci?" tanya saya

"Selalunya 3 inci kalau kat luar, ada sekali tu 3 setengah inci...." 
"Wah hebatnya ...Tak sakit kaki ke?" tanya saya
"Memanglah sakit cikgu... tapi kan cantik. Kaki nampak seksi tu...."

"Oo... gitu ya"

Beauty comes with pain. 



* dalam hati... lutut sendiri pun dah longgar, tak yahlah berangan nak nampak seksi*


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. salam



    pB pun tak pernah pakai kasut tinggi tinggi nie. Tak berani... takut jatuhhhhhhhhh.

    ReplyDelete
  2. hohoho..ntah apa2 la budak tu..saya dulu tingkatan 5, jenjalan pakai sandal ala selipor aje ^^ mana nak tau heels tu apo..ceh..

    ReplyDelete
  3. hi kak..

    kaki kat pict tu memang sangat lawa..

    dah lama tak pakai heels.
    kalaulah dibolehkan, nak je saya ke opis dengan kasut sukan.
    huhu..

    santai dan bebas.
    kalau ngn heel, payahnya nak jalan laju2.

    ReplyDelete
  4. seksi ker pakai high heel? tak tau ler pulak!! moga lulus semua students cikgu tu...

    ReplyDelete
  5. seksanya tengok..hehe

    sekali sekala layan soalan² 'luar biasa' pelajar seronok jugak kan?

    Entri terbaru chekgu

    Di sebalik mudahnya ada kalkulator

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Ada pendapat menyatakan kesan dari penggunaan kasut tumit tinggi boleh mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.

    Namun, semuanya ini adalah atas keizinan Allah SWT.

    ReplyDelete
  7. sekali sekala apa salahnya k.normah.. i'll be the 1st to compliment.. piiweetttt....

    ReplyDelete
  8. adoi la budak2 sekarang....mmg advance betul...saya yang dah senja ni pun x reti nak pilih kasut...abis2 cari yang paling murah tapi selesa...rasa kekok kalo berkasut tinggi!!

    ReplyDelete
  9. salam kak mah...

    perasan seksi je kak mah.....saya dulu kerja pakai 3 inci... kat luar je la dalam office selipar.... nak mampus kaki keje pakai 3 inci tu...sebenarnya pakai kasut tinggi nak nampak tinggi sebab spisis rendah.... utk panduan kalau nak pakai kasut tumit tinggi carik yang senyap tak berbunyi... jadi tak rasa penat sangat... 2ici-21/2 tu dah ok kot.....

    ReplyDelete
  10. Akak juga salah seorang yang tak boleh tengoh high heels cantik...huuu
    boleh pakai kalau badan ringan...
    bagi yang badan berat ...jangan ye dik...memang cari sakit.

    ReplyDelete
  11. heee saye pkai kasut sekola jea..
    :)

    ReplyDelete
  12. Saya pakai heels... Sbb terpaksa. Diluar pakai sneakers aje. Aal kaki selesa

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.